Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, May 31, 2012


~Fitness-Work up~

2nd Time work up pehhh...105 kalori jer dpt dibakar...1.5km lari bawah 15minit..huhuhu dulu bleh buat bawah 8minit -10minit...adoiiyaaaii..kembalikan kecergasan aku..tak pa slow n steady..

~kena buka balik kitab-2 diet n fitness..work up....tungguuuuuuuu

~Musim Demam~

Musim demam juga menyerang ketika musim cuti sekolah nie....Nasib Baik Admin tak kena demam panas macam geng2 yg p team building di PD last week..Jadi ramai laa demam, sakit tekak, hilang suara. dek KEPANASAN atau Peningkat SUHU yg Tinggi mencecah 37 darjah Celcius
~MUSIM CUTI SEKOLAH = MUSIM KENDURI KAHWIN~

MUSIM CUTI SEKOLAH kembali lagi...Yahooooooooooo....Paling seronok budak sekolah..tapi sebenarnya yg Paling Paling Paling SERONOK Cikgu Sekolah....dpt rehat..Yang lebih SERONOK org yang NAK Kahwin..hmmmmm..

~Musim Cuti Sekolah=musim Kenduri Kahwin BETUL kan..memang bila cuti sekolah banyak lah kenduri kahwin..jemputan dah diterima bulan lepas, baik dari sahabat handai dan sanak saudara..
so nak tahu cerita kenduri kahwin boleh Baca sini seorang sahabat blogger naik pelamin org hehehe dah gian kot lama tak naik pelamin..

CuTi Sekolah Nie dah bermula 6 hari lepas..aku pun tak sedar sebb p Team Building di Pd...dan lepas Team Building pagi AHAD lepas Aku terus travel ke Melaka..Daerah MERLIMAU, ada kenduri kahwin saudara di sana..Dapatlah jumpa sanak saudara..kali terakhir aku ke daerah Merlimau tu 4 tahun lalu..lama tu..aku relaks jer travel tu..sebb org lain drive..heheheheh..

Wednesday, May 30, 2012

~Post -Entry- Oh posting-N3 ahhh...Ohhhh kerja..Fail aahhhh....


Ahhh dah 2 hari tak sempat masuk N3 huhhh sibuk bebenor kata org Perak...nie name dia N3 serbat sebat jer..mana yg sempat ...dah sibuk2..mcmmcm nak buat claim..tutup fail..huhhh so tak empat nak post N3..jap g nak g GYM..nak maintain fitness yg bawa dr Team Building huhh..dah beli track MAHAL..KASUT MAHAL...tak kan nak simpan...jom bersenam.. yaribaaaaaaaa.............Yooo GO GYM...

Monday, May 28, 2012

WWW 1 Mencatat Rekod No Plate termahal mengatasi MCA 1

WWW 1 dimenangi oleh D.Y.M.M Sultan Ibrahim, Sultan Johor

Berikut adalah senarai nama pembida berjaya dan harga bidaan Nombor pendaftaran siri WWW. Pada umumnya, nombor pendaftaran yang unik dan senang diingati adalah yang paling digemari dan mahal. Surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012 dan nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012.


~Team Building~Port Dickson~GBR

3 hari OFF posting dlm blog 25-27 Mei sebab ada Team Building di Port Dickson , mengimbau kenangan 8 tahun lalu semasa kursus di sana gbr...

Tema team Building nie "Jatidiri & Transformasi Dlm Pasukan" pehhh nama tajuk power n gempak habisss...berdebar juga nie sebb dah memang paham bahawa ahli pasukan akan diberikan secara rawak dan cabaran-2 yg bakal ditempuhi pasti lasak dan hebat... contohnya mcm nie...
Atau pun mcm nie.....

~Spider Web~


~Magic Car @ 4 tyre 2 playwood 11 passangers~

Rupa-rupanya..Cabaran yg diberikan tidaklah terlalu Lasak..tetapi masih mencabar minda dan berlumba dengan masa sebagai pengukur pemenang..Lasak juga sekadar macam nie...

~Acara berjalan Di Atas Angin~

~Ahli-2 Team aku memang Hebat..semua menjadi pelengkap kpd pasukan kami Enjoy N Happy Together

~Team SEVEN~

1-Izs One
2-Aishah Mona
3-Ain Ieda
4-One S
5-Mc Coy
6-Harry
7-Riz
8-Icm
9-Sabastain



Team kami semua hebat-2 dlm kemahiran masing...Kami memenagi 3 dari 5 Cabaran yg diberikan ( 3 -1st Place dan 2- 2nd Place ) Mengumpul Mata sebanyak 3840 mata


~Acara Berdiri Diatas Sekeping kertas surat Khabar ( Magic Carpet)~


~Gambar-gambar Aktiviti~

~Cabaran Pertama-Breaking Ais- selepas kump dibentuk~


~Hadiah Kedua yg di Menanggi~


~Salah Satu Cabaran Crazy Compass, Mencari Telur Penyu dgn sebatang lidi~



~Team Kami ( D** SEVEN ) Juara Keseluruhan Dan Pasukan Terbaik~


~Best Team & Champion All Rounders~

~DUMBBELL~

~Sesiapa berminat nak rasai pengalaman Team Building boleh klik bawa nie~
FREE PROMO Imteqsolution

Friday, May 25, 2012

~Money2Gold berehat 3 Hari 25 MEI ~ 27 MEI 2012 - TEAM BUILDING Glory Beach Resort Port Dickson

-cHECK IN Appartment n Aktiviti akan muladlm jam 3.30pm..

Thursday, May 24, 2012

Berkhemah Zaman Berlajar..Berkursus.....

Berkhemah Zaman Berlajar..Berkusus Zaman Kerja...Dah lama kerja "team Buliding" pulak dah

Masa zaman belajar selalu jugak pergi /menyertai aktiviti berkhemah..memang BEST..hobi n aktiviti yang aku minat sejak zaman sekolah rendah lagi..sampai sekarang..Tapi aktiviti berkhemah nie aku aktif sampai zaman berlajar di IPTA jer laa..Bila dah kerja..lama dah sngt tak berkhemah..

Dah kerja nie Berkursus laa pulak..ESOK aku kena p KURSUS TEAM BUILDING @ Team Building..Bagi aku berkhemah atau berkursus lebih kurang sama jer..Sebb nak kena siap barang2 keperluan laa..bezanya Tak Bawa khemah jer..kursus duk hotel ker..resort ke..tapi barang2 keper luan kena bawa..huhh aku dah buat check LIST

** Sebb mengikut maklumat sahabat aku..80% aktiviti adalah lasak atau aktiviti luar..so pakai baju -T kena lebih sikit utk kegunaan 3hari 2malam...

PAKAIAN

1- Baju-T berkolar - 5 Helai

2-Baju Kemeja -2 Pasang ( standby jer kot ada majlis rasmi , nampak dlm jadual ada perasmian)

3-Seluar track -3 helai

4-Seluar Slack-3 helai

5-Baju kecik 2 helai n seluar kecik 5 helai *hehehhe paham2 ajer laah...sport underwear 3 helai

6- Kain Pelikat

Peralatan peribadi

i-Peralatan kebersihan diri
1-Ubat Gigi
2-Sabun
3-Tuala
4-Pisau Cukur
5-Selipar

ii-Pakaian Solat

1-Baju Melayu
2-kain pelikat
3-ketayap

iii-Ubat-ubatan yg berkenaan
1-minyak angin
2-minyak panas

Kasut

1-kasut sukan- 2 pasang ( utk aktiviti basah N kering)
2-kasut kasual-1 pasang
3-Stokin - 5 pasang

Tudiaaa byk barang2 nak kena bawa..Kena bawa tu satu hal...Kena Beli beb $$$$$$$$ melayang-melayang...3 hari aku berpusing2 shoping nak beli barang semua tu..Kasut sukan aku ada sepasang jer..tu pun dah lusuh ( buat pakai aktiviti basah jer lerr nanti..) kena laa beli baru satu..aktiviti kering..dah beli kasut kena beli laa stokin 3 pasang pulak...kasut kasual kebetulan nak beli kasut kerja yg baru..aku beli laa satu....

Sehingga hari nie total kos aku beli semua barang keperluan tu rm800## pehhh...

p/s : Khemah/Kursus memang BEST..tapi mula PENAT akhir PENAT..masa aktiviti ENJOY

itulah N3 utk hari ini..3 Hari rest tanpa N3 kot..heheheheh

Wednesday, May 23, 2012

HARI TELOR SEDUNIA~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suruhanjaya Telur Antarabangsa menganjurkan setiap tahun pada hari Jumaat kedua pada bulan Oktober sebagai Hari Telur Sedunia bagi menggalakkan orang makan telor

Hari Telur Sedunia : Rakyat Malaysia Makan 20 Juta Telur Sehari


PUTRAJAYA: Scrambled, fried, poached or half-boiled; Malaysians love their eggs and are consuming some 20 million eggs every day.

Malaysians are among the world's largest egg eaters, averaging 320 eggs per person per year as compared to only 250 in the United States and a paltry 48 per person per year in India.


Locally-produced ones are very much in demand for their quality and their avian flu-free status.

Producers are also able to meet the demand, producing 15% more than is needed.

“The 115% is what we hope to maintain until 2020,” said deputy Agriculture and Agro-based Industry minister Datuk Chua Tee Yong after launching World Egg Day here yesterday.


Egg-cellent!: Ti-Ratana Welfare Society children Solasi (left) and Yong Sook Ching holding a bunch of eggs during the World Egg Day launch at Wisma Tani in Putrajaya Friday.

While the biggest importers are Singapore and Hong Kong, local egg producers are also branching out to markets such as China and even Angola through government-to-government efforts.

The annual local egg industry revenue averages at about RM2.19bil.

“It shows that the egg industry is very important to the country's agriculture,” Chua said.

However, the Malaysian World Egg Day organising chairman and the Federation of Livestock Farmers' Associations of Malaysia layer unit vice-chairman Brian Lim said misconceptions about the egg were still holding the industry back from its full potential.

“The more affluent Malaysians are afraid to consume eggs because they think eggs are related to heart diseases,” he said.

He also assured that there were no fake eggs sold in the Malaysian market.

On a separate issue, Chua said a delegation of Agricultural and Health Ministry officials would travel to China to assure its government of the quality of the Malaysian bird's nest.

In July, the Chinese Government had found that it did not comply with its strict zero-nitrate standard.

“Sometimes, high levels of nitrate do not necessarily mean that the bird's nest is fake,” said Chua.

“There is also a possibility that the bird's nest products are imitation of genuine Malaysian imports.”

purata 320 biji telur seorang dlm setahun, tapi betul la pun kalau lepak kedai mamak makan mee goreng ke nasi goreng ke mesti nk ade telur mata. baru sedap......
~Nama-nama Unik

~Semasa memandu nak ke opis pagi tadi mendengar topik Nama-nama Unik di stesen HotFM
berceloteh laa AG, FBI pasal topik tu..sumber dia org pasal nama2 Unik nie dr kenyataan SPR dalam membersihkan nama pengundi sanbil merujuk kepada Jabatan pendaftaran Negara.

Tapi betul nama2 Unik ini memang ada di samping panggilan dari pendengar dan SMS yg mereka terima..Antara nama2 Unik itu ialah BONGOK BT XXXX (pesakit wanita) , CIK



Nama2 itu memang ada org sebenar..ini berlaku semasa pendaftaran NAMA bayi di buat iaitu di Balai Polis ( Ini merujuk pada tahun2 zaman sblm 1980an ) SEBUTAN NAMA OLEH pelapor utk DAFTAR dan yg DiTULIS berlain /lain jadi nya..yer laa mungkin masalah org Zaman Dahulu tak tahu menulis...cth Bapa Saudara hendak dinamakan "ZUL" tapi telah dieja "ZEOUL" dlm IC tetap lah ZUL ditulis "ZEOUL"....

~stop sat 11.55am~

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran



Seorang bayi telah dilahirkan bersama al-Quran dari rahim ibunya. Kejadian itu telah memeranjatkan ibunya dan mendapat perhatian dari kalangan ulama. Akhirnya ibunya memeluk agama Islam.

Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.



Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.


Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

~sumber~

Tuesday, May 22, 2012

~Bila kita akan ingat....

Bila kita akan ingat /tahu BMI kita dah naik atau Turun....
Bila kita sedar eh ukuran seluar aku dah Turun....alamakkkk Size Baju dah bertambah XXL adoiiyaaii..

Bila erk? Bila kita shoping Beli Baju..bila kita p ukur nak buat baju raya/kahwin...Tadi aku beli baju..rasa size baju bertambah..alamak..tapi size seluar turun pulak...mcm mana tu erkkk....So kita kena tahu BMI kita setiap masa..agar sihat sejahtera....so tgk BMI anda..kita kongsi sama2 zasssssssss..........

Sebenarnya kita perlu sentiasa pantau BMI kita.. nak check BMI klik sini


Berlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri.

Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.

Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan(KG) bahagi Ketinggian(M) kali Ketinggian(M)

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6 Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obesiti


~McDonald Chicken Foldover~

Pagi Ini Sarapan dgn fast food...McD Chicken FoldOver..semlm punya tak habis..Kenyang betul Makan..boleh makan 2 orang atau 2 X...Kalau Lapar sangat boleh makan sorang2..



~Sambil makan nie termuncul ilham nak buat N3 nie tapi..ada lagi selera makan dlm n3 nie nak foldOver Fillet Ikan pulak hehehehe....Jadi biaslah jalan2 di sesawang..cari makan..Jalan-jalan cari Makan di sesawang...jumpa laa nie....Fillet Fish Foldover Siap Ada Resepi Lagi boleh buat sendiri nanti...jom kita tgk cara-cara Oleh Chef Mat Gebu


Yang ni boleh makan 2 orang, kalau lapar tersangat melampau, boleh bedal sorang. Mat cuma guna bahan2 mudah saja. Guna prata jenama KAWAN, fillet ikan tempura dan sayur2 segar seperti salad, hirisan timun, bawang besar dan tomato. Untuk sos terpulang pada anda, tapi mat guna kraft sandwich spread dan juga sos thousand island. Mat tabur juga sedikit hirisan buah zaitun (boleh beli di Tesco). Nampak tak prata tu ada garisan2?. Yang tu mat bakar guna kuali ajaib (seperti ini) yang mat selalu guna dalam kebanyakkan resipi yang memerlukan ianya dibakar, salai atau panggang. Harus ada dirumah untuk memudahkan kerja2 kita. Mat tulis serba sedikit bahan2 yang mat gunakan, tapi sebelum tu, kita lihat entri pilihan DTS di sini...Terima kasih...


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 fillet ikan tempura (contoh di sini)
1 keping prata jenama KAWAN
Daun salad secukupnya
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Sedikit hirisan bawang besar
3 biji buah zaitun, hiris
Sandwich spread (mat guna jenama Kraft)
Sos thousand island secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng fillet ikan tadi hingga garing, gunakan api sederhana, angkat dan toskan (mat hanya bakar dalam kuali ajaib tu, dan guna sedikit minyak zaitun). Kemudian bakar roti prata hingga masak, tapi jangan garing sangat, nanti pecah masa nak lipat. Ketepikan.
  2. Ambik roti prata tadi. Sapu dengan sandwich spread pada 1/2 bahagian prata tadi, susun daun salad, hirisan timun, tomato dan bawang. Paipkan sos thousand island. Tabur hirisan buah zaitun atasnya. Letak fillet ikan tadi.
  3. Lipat roti prata tadi hingga menutupi fillet ikan tadi. Cucuk dengan lidi sate tadi seperti dalam gambar. Tujuan untuk mengelakkan ia terbuka, dan jika anda nak kerat dua, ia lebih mudah. Kalau anda nak gulung dengan aluminium foil pun boleh. Hidangkan, tapi pastikan anda cabut lidi tadi sebelum dimakan. Selamat mencuba...
~sumber~

Monday, May 21, 2012

~EMAS Sudah Mula NAIK....SLOW..Slow...slow...



Seperti yg Saya ramalkan @ unjurkan EMAS naik selepas 17 MEI 2012..akan Naik Slow.slow..

Dari RM156.90 pada 15 Mei 2012 dan dah mula NAIK mulai 18Mei 2012 Dan Hari InI Harga EMAS RM163.81 ( SELL) dan RM156.90 ( BUY)




~ Harga Emas Public Gold~


~Harga Maybank Gold Counter rates
~Harga Murah Minggu Lalu Post EMAS JATUH

~Sekarang Juga MASA yg Tepat utk Membeli EMAS sblm IA naik Semula...

Tarikh Bulan Rejab 2012 Di Malaysia

Tarikh bulan rejab 2012 jatuh pada hari Selasa bermula 1 Rejab. Jadi malam (Isnin) 21 Mei 2012 adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.

Umum Islam digalakkan supaya berdoa Istighfar pada malam 1 Rejab. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa dan juga makbulkan doa pada malam tersebut.


Sumber: Tarikh Bulan Rejab 2012 Di Malaysia

Kalendar Islam 2012 Di Malaysia

~Sibuk duk beli Saudi Riyal nak pergi Mekah tu..teringat Kalender Islam 2012 Anda boleh semak di bawah

Sila Klik Pada Imej Untuk Paparan Lebih Jelas

Berikut adalah Kalendar Islam 2012 di Malaysia. Kalendar ini termasuklah tarikh-tarikh penting dalam islam antaranya awal muharam, maulidur Rasul, Isra’ Mikraj, Nisfu Syaaban, Nuzul Quran, Tarikh Puasa 2012, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan sebagainya. Kalendar ni sebagai panduan kepada umat Islam di Malaysia.
~SAUDI RIYAL~simpan buat Duit Raya~SAUDI RIYAL~

Saudi Riyal juga potensi yg baik utk pelaburan jangka pendek..selama 3-5 bulan cuma modal shja besar skit n kena pantau naik turun pasaran mata wang...semasa bersiar2 di Pavillion tadi lepas membeli iPhone 4S..singgah sekejap di Money Changger itu.. harga yg berpatutan
100 Saudi Riyal = 84 MYR Utk Percubaan pertama Ini Aku beli Dulu 1000 Saudi Riyal yg bersamaan MYR840 , tempat lain mungkin ada lagi murah tetapi bg aku nie dah murah sebb minggu lepas semak harga di MC Carefour Wangsa Maju 100 Saudi Riyal = 87MYR kalau jual semula dia ambil myr80 Mahal JUAL, BELI Murah Sangat margin sampai MYR7 kaya mamak tu


Saudi Riyal ini aku buat unjuran keuntungan dalam MYR25 sehingga SEPTEMBER iaitu musin Haji...kita tungggu...


BELI 1000 Saudi Riyal = 840MYR (Target profit 1000 Saudi Riyal = 1250 MYR ) pada Semtember nanti....
~iPhone OH! iPhone....Akhirnya Dapat juga...

Beberapa minggu lepas I pernah post pasal iPhone n pakej TELCO..so..dah dpt pakej terbaik...( aku rasa laaa ) dan
smartphone idaman..iPhone Akhirnya dapat juga Aku Beli..mula2 tanya Di Celcom Center jln Ampang..HQ laa nie..kiosk dlm bangunan celcome service center nie diuruskan oleh vendor..Bila di tanya brapa lama baru dpt iPhone 4S nie..satu minggu dan lebih..huisshhh..lama betul..stok tak der..yg ada 32GB, 64GB yg aku nak nie 16GB jer tak der stok..LARIS betul..

Pakej Dah study 2 minggu dah..phone nya pulak tak ada..Ada info dr kawan2 ada satu center di Pavvilon KL ada byk stok..so zasss...berlari ke sana..( Berlari konon Naik motor laa.. merempit)


Pavillion...

Tawaf 3 kali jugak laa aku nak cari park motor kt Pavillion nie..biasa lalu dgn keta jer..motor nie 1st time..nasib baik berdua..jadi tak lah bengong nak tawaf nie...


Jadi cari laa pulak kiosk CELCOM Center dlm PAVILLION tu mcm rusa masuk kampung..tapi akhirnya dapt juga jumpa CELCOm Center tu dan Dapat beli iPhone 4S yahooooo.....

WARNA PUTEH lagi..well special utk honey I.....Dan WARNA HITAM utk I ..hitam itu menawan..

Semakan Keputusan Maktab Perguruan KPLSPM 2012

Semakan Keputusan Permohonan Maktab Perguruan KLPSM 2012 boleh disemak mulai 5 Jun 2012. Kepada calon SPM yang telah pun berjaya menghadiri temuduga, anda digalakkan untuk membuat semakan pada tarikh yang ditetapkan. Berikut adalah cara semakan keputusan KPSLPM 2012.

Cara Semak Keputusan Temuduga KPLSPM 2012

Semakan boleh dibuat di Applikasi Permohonan Program Perguruan

Pendaftaran pelajar baru pada 18 Jun 2012


~Sumber~

Sunday, May 20, 2012

Restoran Burger Paling Besar Di Pulau Pinang Malaysia

Lokasi restoran burger paling besar terletak di Pulau Pinang Malaysia. Restoran ini dinamakan Zul’s Burger dan semestinya burger ini diminati ramai kerana saiznya yang cukup besar. Kalau anda nak tahu, saiz burger ni amat mengagumkan kerana ia lebih besar dari saiz mulut dan kepala manusia. Dengan harga serendah RM30, anda boleh kongsikan burger ini bersama rakan anda yang lain.

Alamat Zul’s Burger

Zul’s Burger Penang 30Y, Kompleks MPPP Lebuh Nipah Sg Nibong 11900 Penang.


Fenomena Gerhana Matahari Cincin Berlaku 20 Mei 2012

Fenomena Gerhana Matahari Cincin akan berlaku hari ini pada 20 Mei 2012 bersamaan dengan hari ahad. Gerhana Matahari Anulus (Cincin) tersebut dapat dilihat dengan jelas di Sabah dan Sarawak.


Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahariFasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan bahagian barat Amerika Syarikat serta Kanada.

~Gambar Perkahwinan Mark Zuckerberg Dan Priscilla Chan~


Gambar perkahwinan Mark Zuckerberg Dan Priscilla Chan. Tahniah diucapkan kepada pengasas Facebook Mark Zuckerberg apabila telah kahwin dengan wanita idamannya Priscilla pada 19 Mei 2012. Pengumuman perkahwinan ini telah dinyatakan sendiri oleh Mark di status facebooknya.

Mark merupakan jutawan paling termuda di dunia melalui aset terpentingnya facebook. Faktor pengiklanan adalah sumber utama dan punca kekayaan Mark.

~~~ Penulis blog jelita terima Anugerah Naib Canselor UiTM~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SHAH ALAM - Kesibukan menulis blog peribadi dan terlibat dalam dunia seni peragaan bukan penghalang bagi Hanis Zalikha Zainal Rashid, 22, untuk menggenggam segulung diploma pada majlis Konvokesyen ke-76 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Malahan gadis jelita yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter itu berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.9.

Hanis yang memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, anugerah tersebut merupakan pencapaian terbaiknya di institusi pengajian tinggi kerana ia tidak pernah diimpikan sebelum menjejak kaki ke UiTM Segamat, Johor.

Menurutnya, resipi kejayaannya cukup mudah dengan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam dewan kuliah selain berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan bijak membahagi masa.

"Semasa di sekolah, saya tidak pernah mendapat gelaran pelajar cemerlang namun apabila masuk ke UiTM, keputusan peperiksaan saya pada setiap semester adalah cemerlang," katanya di sini semalam.

Hanis yang terkenal dengan laman blog http://inibelogsaya.blogspot.com juga bercadang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda pada tahun hadapan selain membuka perniagaan produk kecantikan selepas tamat pengajian.

Sementara itu, penyanyi dari kumpulan Flava yang pernah memasuki pertandingan akhir Geng Starz, Ed atau nama sebenarnya, Nasnoor Zulfadhli Mohd. Nasiruddin, 22, turut menerima Anugerah Naib Canselor.

Dia yang mendapat keputusan cemerlang dengan PNGK 3.78 berpendapat, gelaran sebagai artis tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan tumpuan perhatian dalam bidang akad

~~~sumber~~~

~hUHUhuhu bila pulak aku Nak Sambung Belajar Nie~~~

Saturday, May 19, 2012

~Nasi Arab~

~Pak Arab nie bab makan memang hebat..tak percya tgk laa...nalaaa punya talam...mcm kolam ikan koi Talam dia...Nasi yg pupular nasik mandi..kalau tgk talam tu memang boleh mandi dlm talam tu..mandi nasi nama dia...tudiaaa...

~sesiape yg teringin nak makan nasi arab..nak masak sendiri nie teman ade sedia kan resepi yg serupe..cilok jo...nak try boleh buat..mcm senang...tapi nak cari talam besor tu..ntah lerr teman tak tahu....giler punya kojerr....heheheheh




~Gambar Hiasan~

Resipi Nasi Mandhi, Ayam Bakar dan Sos

Resipi asal dari Puan Raidah

Cara Penyediaan Nasi Mandhi

  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya – **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Cara Penyediaan Ayam Bakar Untuk Nasi Mandhi

  • 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )- Akak pn letak rempah kari mcm Mamasya gak..
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Aluminium foil.
  1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250′c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas. **suhu oven tak sampai 250′c, jadi bakar suhu 220′c selama 1 jam…kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit…tu yg nampak sikit2 hitam….
  4. (untuk kambing, kite cuma bakar tak sampai sejam, bila nampak air dah kering dah daging dah lembut, kite tutup oven. Lebih kurang 30 minit gitu)

Cara Penyediaan Sos Untuk Nasi Mandhi

  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.
  1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.


Bahan-bahan ( 3 orang )

6 ketul ayam
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar - di mayang
1/2 cawan sos tomato
2 sdb rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

Cara lainnya:
Resipi Nasi Arab

1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan
tumis 5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara

Panaskan minyak sapi dan minyak.
Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air.
Kacau rata. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam.
Biarkan mendideh.
Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis.
Tutup sebentar.
Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori. Resipi ayam tandoori di sini http://ceria-resipi.blogspot.com/2010/11/ayam-tandoori.html


wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...