Kawan2 Sekolah nak Buat mini gathering Klang Valley...So aku pilih makanan Arab sebagai menu..tempat mestilah restoran Arab..Gathering nie nak buat dlm bulan Jun...so aku buat posting dulu pasal makanan arab...jommm...zasss...
Restoran Arab – Wadi Hadramawt
Jika melalui Jalan Ampang dari KLCC ke Ampang ternampak laa Restauran Wadi Hadramawt. (Ini bukan Hadramawt di Jalan Raja Chulan). Untuk cari Wadi Hadramawt nie sangat mudah. Kalau dari di Jalan Ampang berhadapan KLCC (KLCC berada di kanan anda). Hanya 2 km dari situ. Dari situ pergi terus sampai Ampang Park. Terus lagi sampai ada Volvo, Rozel di sebelah kiri, kemudian Thai Embassy, kemudian ada Ampwalk dan Sucasa Appartment.. itu dah sampai. Dapat dilihat bangunan banglo dengan papan iklan “WADI HADRAMAWT”. (rujuk gambar)
Jika untuk 4-5 orang, sila ambil makanan berikut.
a. Lamb Madghout – 1 kg = RM 45.00(ini adalah nasi bersama daging kambing, seperti dalam gambar.)
b. Arabic Salad – RM 8.00 (timun, tomato dan sayur)
c. Mixed Grill – RM 25.00 (kebab ayam, daging dan kambing)
d. Mint Tea one pot – RM 8.00 (teh o bersama daun pudina)
e. Mineral Water big – RM 5.00
Total = RM 91.00
Ini adalah memadai untuk makanan 4-5 orang. Harga akan menjadi tinggi, jika minuman. Minuman ringan seperti Sprite atau Coke berharga RM 3.00. Jus berharga RM 8.00 dan minuman paling mahal berharga RM 13.00.
Buat permulaan, pembaca boleh mencuba makanan asas yang saya berikan di atas dahulu. Nanti bila dah tere datang ke kedai Arab, boleh la order benda lain seperti Hummus atau Falafel.
OK. Selamat mencuba dan berikan feedback di sini.
terima kasih
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..