Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label ISLAM Itu Indah. Show all posts
Showing posts with label ISLAM Itu Indah. Show all posts

Saturday, June 09, 2018

Malam Lailatul Qadar (Al-Qadr).




Apabila tiba 10 malam terakhir bulan Ramadan, maka berlumba-lumbalah ramai umat Islam untuk beribadah lebih hebat daripada kebiasaan. Tujuannya adalah satu, iaitu untuk mendapat keberkatan dan kelebihan yang ada pada malam yang disebutkan sebagai Malam Lailatul Qadar (Al-Qadr).

Ada banyak pendapat ulama mengenai bila berlakunya atau tarikh terjadinya Malam Lailatul Qadar ini. Namun, hanya mereka yang berjaya mendapatkannya sahaja akan tahu bila malam tersebut telah berlaku.

3 Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku

Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku
Daripada Ustaz Zahazan Mohamed, persoalan samada Malam Lailatul Qadar telah berlaku atau belum, boleh diketahui menerusi 3 kejadian atau tanda-tanda berikut:

Petanda Pertama

Malam yang tenang, suasana tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. 

3 Petanda Seseorang Telah Temui Malam Lailatul Qadar
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Malam Qadar ini tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk, matahari akan terbit kemerahan dan cahayanya tak begitu kuat." (H.R Ibn Khuzaimah)

Petanda Kedua

Tanda kedua iaitu terangnya cahaya dan Nur malam itu hingga menyebabkan hati rasa lapang lebih dari malam-malam yang lain. Angin pada malam itu pula kelihatan tenang tanda ada tanda sebarang kehadiran tahi bintang. Sabda Rasulullah S.A.W: "Malam qadar adalah ketenangan tidak panas dan tidak sejuk dan juga tiada tahi bintang padanya." (H.R Ahmad )

Petanda Ketiga

Cara Ketahui Malam Lailatul Qadr Telah Terjadi
Tanda ketiga pula ialah matahari terbit pada waktu paginya tidak begitu terang, lain daripada kebiasaan. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Pagi Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa kesilauan hingga lah ia naik." (H.R Muslim)

Dan dari pengalaman dan cerita yang pernah saya dengar, mereka yang telah menemui malam ini akan nampak kelainan dari segi seri wajah, dan wataknya juga menjadi lebih baik daripada sebelumnya, tanpa dia sendiri menyedarinya.

Kena Cari Baru Jumpa

Dan ada yang mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar hanya akan muncul dan berlaku pada orang Muslim yang benar-benar mencarinya. Jika tidak mencari, maka ia tidak akan berlaku pada orang tersebut melainkan dengan izin Allah untuk memperlihatkan kehebatanNya.

Apapun, bila ia berlaku dan akan berlaku adalah di luar pengetahuan kita, kerana ia merupakan rahsia Allah S.W.T. Dan kalau anda nak mencari dalil secara akal pun, agak mustahil diketahui tarikh betul ianya terjadi disebabkan kitaran dan waktu masa antara tempat adalah tidak sama.



Tips Ulama Mencari Malam Lailatul Qadar. Kalau difikirkan, agak malang umat Islam zaman masa kini sebab nyawa dan umur amat pendek jika nak dibandingkan dengan umat-umat zaman terdahulu. Umat akhir zaman, seperti pernah dinyatakan Rasulullah S.A.W, rata-rata mempunyai umur sehingga 60-70 tahun.

Nak dibandingkan dengan umat sebelum ketibaan Nabi Muhammad S.A.W, sebelum hadirnya kitab Al Quran; umat sebelum itu rata-rata umur memang cecah ratusan dan ribuan tahun. Adakah umat Muhammad S.A.W tidak layak untuk memberikan ketaatan kepada Allah SWT sehinggakan dipendekkan umurnya?

Tips Daripada Ulama - Cara Mencari Malam Lailatulqadar

Tips Ulama Cara Mencari Malam Lailatul Qadar
Tips Ulama Cara Mencari Malam Lailatul Qadar
Dari sudut ibadah kepada Allah Taala, nampaknya satu kerugian sebab usia yang tak cukup panjang ini akan menyebabkan amalan baik yang dilakukan pun tak cukup setara dengan umat sebelum ini, walhal Allah S.W.T menyebut umat Islam di zaman ini adalah umat terpilih. Jadi, mana kelebihannya?

Dek kerana inilah, Baginda S.A.W memohon kepada Allah S.W.T memberi peluang umatnya supaya dapat beramal sama nilainya dengan amalan umat sebelum mereka. Berdasarkan permohonan inilah Allah S.W.T telah menyediakan satu bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang penuh hebat, penuh berkat, penuh mulia... malam yang cukup special yang dinamakan Lailatul Qadar

Maksud al-Qadar

Panduan Mencari Malam Lailatul Qadar
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat malam itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W kerana al-Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu, Allah S.W.T mula mentakdirkan agamaNYA dan memerintahkan NabiNYA bagi menyeru manusia kepada agama dan melepaskan mereka daripada segala kerosakan.

Mari singkap beberapa pendapat dari ulama yang boleh dijadikan panduan dan tips untuk mencari malam Lailatul Qadar ini. 

Ulama Berbeza Pandangan Mengenai Bila Malam Lailatul Qadar

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. 

Ertinya apabila tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, jadi tahun akan datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan Ibn Hazim, lailatulqadar ada kalanya malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan. 

Menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam sama setiap Ramadhan iaitu malam 27 Ramadhan berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W daripada Ubai bin Kaab yang dilaporkan Tirmizi dan hadis daripada Muawiyah yang dilaporkan Abu Daud, yang bermaksud:
"Saya mendengar Rasulullah berkata: Carilah lailatulqadar itu pada malam 27 Ramadan."
Namun, dalil paling kuat mengenai Lailatul Qadar ialah hadis daripada Aisyah yang dilaporkan Imam Bukhari, yang bermaksud:
"Carilah sedaya upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas menunjukkan bila malam itu berlaku tetapi sepakat dengan hadis daripada Aisyah, ia berlaku pada malam ganjil akhir Ramadhan.

Tips Malam Lailatul Qadar dari Imam Al Ghazali

Cara Beribadah Mencari Malam Seribu Bulan
Imam Al Ghazali dan lainnya mengatakan: "Sesungguhnya dapat diketahui (Lailatul Qadar) dari permulaan atau malam pertama bulan Ramadhan.

Jika hari pertama jatuh pada malam Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam tanggal 29 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan. 

Atau jika malam pertama jatuh pada malam Khamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan.

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan membawa kita, sebagai umat Islam sebagai umat yang tahu bersyukur akan nikmat yang telah Allah S.W.T berikan ini. Ia tidak didatangkan kepada umat sebelumnya, maka seharusnya Lailatul Qadar itu dicari, tetapi tidak mengabaikan amalan terbaik sepanjang Ramadhan.































Friday, September 22, 2017

1 MUHARAM 1439 HIJRAH





1 MUHARRAM 1439



SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH


1439H













SUMBER rujukan

Thursday, September 21, 2017

DOA AKHIR Tahun HIJRAH 1439H





3 AMALAN KEKAYAAN



AMALAN KEKAYAAN


3 Rahsia Menjadi Kaya



Semoga menjadi ilmu yang dimanafaatkan kepada anda
sebagai rezeki dan bekalan di akhirat kelak
Kaya sebenarnya di HATI ini...

antara amalan kekayaan oleh Allah ini adalah

Setiap hari amalkan baca

1. Amalan Pertama (3x pagi & petang)


Allahumakfini bi halalika ‘an haramika wa aghnini bi fadlika ‘aman siwak, 

“Ya Allah! Cukupkanlah bagiku rizki yg halal dariMu, jauhkanlah aku dari rizki yg Engkau haramkan. Dan berikanlah aku kekayaan dengan anugerahMu bukan selainMu (HR. Tirmidzi)

 Mengapa kita disuruh mencari rezeki yang halal ?
Supaya mendapat keberkahan dalam hidup kita. Sehingga apa yang kita makan, minum, pakai diberkahi Allah SWT. Kalau semuanya di berkahi maka kita akan mendapatkan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Kerana tujuan hidup seorang muslim tidak hanya bahagia didunia tetapi juga bahagia diakhirat. Inilah yang membezakan kita dengan umat yang lain.
Contoh rezki yang diberkati adalah berapapun rezki yang kita terima banyak ataupun sedikit kita merasa puas dan boleh mensyukurinya. Maka dari sisi ini akan dilahirkan kebahagiaan hidup didunia dan di akhriat kelak.

REZEKI YANG HALAL,  SUMBER KEBAHAGIAAN. Minta dengan Allah agar mendapat rezeki yang HALAL. Jangan menipu, makan rasuah, kurang timbangan, khilaf


2. AMALAN KEDUA ( selepas solat 5 waktu)


الّلهُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙ‰ Ø£َعُÙˆْذُبِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْÙ‡َÙ…ِّ ÙˆَالْØ­َزَÙ†ِ Ùˆَ Ø£َعُÙˆْذُبِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْعَجْزِ ÙˆَالْÙƒَسَÙ„ِ Ùˆَ Ø£َعُÙˆْذُبِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْجُبْÙ†ِ ÙˆَالْبُØ®ْÙ„ِ Ùˆَ Ø£َعُÙˆْذُبِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ غَÙ„َبَØ©ِ الدَّÙŠْÙ†ِ ÙˆَÙ‚َÙ‡ْرِ الرّجَالِ

ALLAHUMMA INNI A’UDZUBIKA MINAL HAMMI WAL HAZAN, WA A’UDZUBIKA MINAL ‘AJZI WAL KASALI, WA A’UDZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI, WA A’UDZUBIKA MIN GHLABATID DAYNI WA QAHRIR RIJAAL

Ertinya : “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kedukaan, aku berlindung kepada-Mu dari lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari takut (miskin) dan kikir, aku berlindung kepada-Mu dari banyaknya hutang dan paksaan orang-orang”

Disamping doa tersebut di atas, tambahkan  bacaan ini setiap solat sunnah fajr/qabliyah subuh (2 rakaat sebelum sholat fardhu subuh) ;

SUBHANALLAH WA BIHAMDI, SUBHANALLAH AL-AZHIM, ASTAGFIRULLAH 100x

(Maha Suci Allah dengan segala puji-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung, aku memohon ampunan-Mu)

Kemudian tangan kanan memegang dada sebelah kiri (jantung), dengan membaca

YAA FATTAH YAA RAZZAQ 70x

(Yang Maha Pembuka, Yang Maha Pemberi Rezeki)

Itulah doa dan amalan untuk lunas hutang dan rejeki lancar deras mengalir. Akan lebih afdhol jika anda imbangi dengan sedekah semampunya. 

kita cuma perlu pertolongan Allah sahaja...yakin perkara ini....


3. surah at taubah - ayat 128 & 129 - 7x pagi & petang.



Bacaan Rumi : Laqad ja akum rasulun min anfusikum 'azizun 'aalaihi maa 'anittum harisun 'alaikum bil-mu' minina ra uufur rahimFain tawallau faqul hasbiyallahu la ilaha illa hu(wa) 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul- 'arsyi 'azim (128, 129 At-Taubah)

Terjemahannya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. 

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
RAHSIA & FADILATNYA SURAH AT-TAUBAH :-

1. Membaca Surah At Taubah akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.

2. Barangsiapa membaca ayat 111 dari surah At Taubah, di kedai atau di tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

3. Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah iaitu ayat 128 & 129 sebanyak 7 kali ulang sesudah solat fardu, atau sekurang-kurangnya selepas solat Subuh dan Maghrib, maka :-

       a. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat       
       b. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia            
       c. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan       
       d. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan       
       e. Terhindar dari sihir.     
       f. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya     
       g. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.       
       h. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat melangsaikan hutang-hutangnya.       
       
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” Riwayat al-Baihaqi

4. Ayat 128 – 129 hendaklah dibaca sekali setiap selesai melakukan solat fardhu, insyaAllah orang yang mengamalkannya akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w. di hari perhitungan kelak.

5. Mengamalkan ayat 128 – 129 sangat baik kesannya untuk menolak sebarang penyakit.

6. Laits bin Sa’ad r.a. meriwayatkan: Ada seorang yang patah paha dalam satu kemalangan, mendapat mimpi seseorang menyuruhnya meletakkan jarinya di atas paha yang patah itu sambil membaca ayat 129 seratus kali. Setelah orang tersebut terbangun, dia melakukan sebagaimana yang dianjurkan mimpinya. Tidak berapa lama kemudian, dia merasakan pahanya yang patah itu sudah sembuh.

7. Ayat 129 adalah doa bertawakal kepada Allah SWT supaya mencukupkan keperluan diri dan keluarga. Amalkannya ayat ini dengan membacanya tujuh kali selepas Solat Subuh dan tujuh kali selepas Solat Maghrib dengan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang dapat memberi pertolongan. InsyaAllah, Allah SWT akan mencukupkan segala urusan dunia dan akhiratnya.

8. Ayat 129 ini adalah ayat pendinding.

9. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

10. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

11. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.


amalan utk lembutkan hati...amalkan ini
banyakkan menangis
banyakkan rasa bersalah dalam diri sendiri (sesalan)
maafkan saya jika selalu jumpa orang


4.AMALAN KEEMPAT istifar 100x




Istighfar yang paling utama adalah mengucapkan
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’

(Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat pada-Mu).


Lalu nabi saw telah menjelaskan bahwa siapa yang membacanya,
"maka akan diampuni dosanya meski dosa itu berupa lari dari medan perang.”

(HR. Turmudzi, dengan sanad baik, dan disepakati oleh adz-Dzahabi).


"Subhanallah, Walhamdulillah Walaa ilaha illallah Wallahu akbar Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem."
(HR Muslim)


Salah Satu Doa Yang Sering Dibaca Nabi Muhammad Saw. 

ÙŠَا Ù…ُÙ‚َÙ„ِّبَ الْÙ‚ُÙ„ُوبِ Ø«َبِّتْ Ù‚َÙ„ْبِÙŠ عَÙ„َÙ‰ دِينِÙƒَ Ùˆَ عَÙ„َÙ‰ Ø·َاعَتِÙƒَ

YAA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII 'ALAA DIINIKA WA ‘ALAA THOO'ATHIK.
Artinya : Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu.


Semoga saya dan anda dapat manafaatkan ilmu ini


semoga kaya dan berjaya

dunia dan akhirat



















SUMBER & KREDIT



Wednesday, August 16, 2017

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 22 Ogos




Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 22 Ogos


Tarikh Hari Raya Qurban akan ditetapkan berdasarkan rukyah dan hisab. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah untuk menetapkan Hari Raya Qurban adalah pada petang 22 Ogos bersamaan 29 Zulkaedah 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Ia akan mengisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Qurban.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah di tempat yang ditetapkan. - Bernama









kredit sumber



Wednesday, February 15, 2017

Kelas mengaji Quran dalam jet mewah dicaj RM33,400 sejam



PETALING JAYA: Bayangkan anda mengikuti kelas mengaji al-Quran pada ketinggian 9,000 meter dalam jet peribadi serba mewah bernilai AS$21 juta (RM93.4 juta), tentu sekali ia pengalaman yang mengujakan.

Lebih menarik lagi, turut disediakan pakej untuk memilih destinasi ketika mengikuti kelas mengaji itu sama ada di dalam atau luar negara, termasuk ke Timur Tengah, Arab Saudi, China mahupun Australia.

Pelbagai pakej yang ditawarkan ini berharga ratusan ribu ringgit dan ada pelanggan yang sanggup membayarnya.

Namun orang yang mengendalikan kelas mengaji Ouran ini bukan sebarangan orang kerana ia dikendalikan oleh johan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.

Kelunakan suaranya ketika mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan personalitinya yang disenangi membuatkan Sharifah Khasif mempunyai ramai pengikut setia untuk menimba ilmu dengannya.

Pengalaman baharu yang berbeza ini dicetuskan syarikat yang menguruskan jet peribadi, Elite Jets Sdn Bhd dengan kerjasama Sharifah Khasif Production Sdn Bhd.

Pengurus kepada Sharifah Khasif, Haryati Mohd Tahar berkata, cetusan idea itu telah membuka peluang kepada orang ramai yang berkemampuan untuk merasai pengalaman berbeza semasa mengikuti kelas mengaji.

"Kita menawarkan perkhidmatan ini secara eksklusif buat mereka yang berkemampuan. Kelas mengaji bersama Sharifah Khasif akan dilakukan sekurang-kurangnya sejam untuk penerbangan pergi dan sejam lagi bagi penerbangan pulang," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Haryati, pakej yang ditawarkan itu bukan sahaja untuk penerbangan pergi balik tetapi juga boleh melibatkan penginapan dan lawatan di destinasi tertentu mengikut permintaan pelanggan.

Sebuah video dimuat naik di Facebook Sharifah Khasif pada Khamis lalu menunjukkan sesi pengenalan kelas mengaji beliau bersama beberapa anak muridnya di dalam pesawat jenis Falcon 2000 yang bernilai AS$21 juta sebelum ia berlepas ke Dubai dan pulang semula ke tanah air keesokan hari.

Haryati berkata, penyertaan kelas yang dibuka sejak Sabtu lalu itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Setakat ini, sudah terdapat kira-kira 50 orang yang berminat dan kita juga menerima maklum balas daripada pengikut Sharifah Khasif dari luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Arab Saudi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Elite Jets, Nik Eleena Zurenee Nik Mustapha memberitahu mStar Online, jet peribadi Falcon tersebut merupakan antara kira-kira 30 pesawat yang diuruskan syarikat itu untuk kelas mengaji bersama Sharifah Khasif.

Katanya, pelbagai pakej ditawarkan berdasarkan permintaan pelanggan, tempoh penerbangan dan juga jenis pesawat yang mereka inginkan.

"Secara purata, caj yang dikenakan adalah lebih kurang AS$7,500 (RM33,400) seorang bagi sejam penerbangan. Sebagai contoh, penerbangan ke Dubai mengambil masa tujuh jam dan tujuh jam lagi pulang ke Malaysia.

"Kita juga menawarkan pakej promosi 100 jam penerbangan yang membolehkan pelanggan mengikuti kelas mengaji pada bila-bila masa dalam tempoh setahun ke mana-mana destinasi menggunakan masa penerbangan itu," kata Nik Eleena yang merupakan isteri kepada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Elite Jets, Kapten Hani Salman Ahmad.

Beliau menambah, setiap penerbangan boleh membawa antara enam sehingga 13 peserta pada satu-satu masa bergantung kepada keadaan dan jenis pesawat.

Mengenai caj yang dikenakan boleh mencecah ratusan ribu ringgit, Nik Eleena tidak menafikan kebanyakan pelanggan terdiri daripada golongan kenamaan dan kerabat diraja.

Bagaimanapun kata Nik Eleena, terdapat juga tawaran pada kadar lebih rendah untuk masyarakat merasai pengalaman kelas mengaji di dalam jet peribadi.

"Kita buka kepada semua yang berkemampuan. Ada juga kelas mengaji di dalam jet peribadi di lapangan terbang tanpa diterbangkan ke mana-mana, dengan hanya kira-kira RM2,000 sejam," katanya.

Ditanya bilakah penerbangan sulung bagi sesi mengaji tersebut, Nik Eleena berkata, Elite Jets sudah bersedia menjalankan operasi pada bila-bila masa tetapi bergantung kepada jadual Sharifah Khasif dan urusan membabitkan peserta.

Penyertaan kelas mengaji bersama Sharifah Khasif dibuka secara individu atau berkumpulan, dan maklumat lanjut boleh emelkan kepada psharifahkhasif@yahoo.com atau WhatsApp ke +60122747918.




pakej mengaji al-Quran sejam US$7,500 (RM33,400) di atas jet peribadi diminati hampir 100 peserta daripada pelbagai latar belakang dari dalam dan luar negara.



















SUMBER






wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...