Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label TIPS-TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS-TIPS. Show all posts

Friday, June 10, 2016

DOA Untuk Kekayaan Melimpah Ruah


Doa Nabi Sulaiman Untuk Kekayaan Melimpah Ruah


Doa supaya cepat kaya seperti Nabi Sulaiman tentu semua orang menginginkannya. Kita tahu Nabi Sulaiman as adalah salah seorang Nabi yang dilimpahi kekayaan melimpah ruah  yang belum pernah ada sebelumnya. Selain itu Nabi Sulaiman as juga dikaruniai beragam mukjizat salah satunya adalah bisa berbicara dengan hewan-hewan.

Ketika itu  Nabi Sulaiman menjadi penguasa yang diwarisi dari nabi Daud Alaihissalam. Dari manusia, jin sampai hewan-hewan pun tunduk akan perintah nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman diberi kuasa  oleh Allah SWT untuk memerintahkan jin-jin dalam membangun bangunan dan memindahkan singgasana ratu Saba’. Dan mengajak ratu Saba’ untuk beriman kepada Allah dan meninggalkan agamanya terdahulu yaitu menyembah matahari.

Doa Nabi  Sulaiman untuk kekayaan ini juga diabadikan dalam al-Qur’an Surat Shod ayat 35 sebagai berikut:

doa nabi sulaiman untuk kekayaan, doa nabi sulaiman doa penunduk, khasiat doa nabi sulaiman, download doa nabi sulaiman, doa nabi sulaiman untuk ratu balqis, doa nabi khidir, doa nabi yusuf, doa nabi sulaiman menundukan binatang



Ia berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi". (QS Shaad: 35).

Allah mengabulkan doa Nabi Sulaiman itu  dengan memberikan anugerah dan pengetahuan yang besar serta melimpahkan kekuasaan yang besar dan wewenang yang kuat atas Nabi Sulaiman as. Dalam ayat-ayat yang menceritakan kehidupannya, berbagai perincian mengenai kekayaan, kewenangan, dan bagaimana dia menggunakan pengetahuannya telah disampaikan.
Karena sudah dianugerahi  berkah yang begitu melimpah, membuat Nabi Sulaiman as semakin bersyukur kepada sang pencipta langit dan bumi, Allah SWT. Syukur nabi Sulaiman saat dipuncak keseksesan di tuangkan kedalam sebuah doa Nabi Sulaiman:

 doa nabi sulaiman untuk kekayaan, doa nabi sulaiman doa penunduk, khasiat doa nabi sulaiman, download doa nabi sulaiman, doa nabi sulaiman untuk ratu balqis, doa nabi khidir, doa nabi yusuf, doa nabi sulaiman menundukan binatang, doa nabi sulaeman, doa sulaiman, Doa nabi sulaiman untuk rezeki, doa nabi sulaiman bersyukur, doa nabi sulaiman untuk binatang, doa sulaiman dan artinya


Artinya : maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". (QS An Naml: 19)


Penjelasan doa Nabi Sulaiman di atas:
Doa di atas baik sekali dibaca agar kita mendapatkan ilham untuk mensyukuri nikmat serta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beramal shalih di dunia hingga kemudian mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Doa tersebut pula yang dibaca Nabi Sulaiman a.s. yang kaya raya tidak ada bandingannya.

Hikmah Doa Nabi Sulaiman Untuk Kekayaan
Jika Anda sudah dikaruniai rezeki oleh Allah, jangan lupa untuk mensyukurinya. Serupa dengan Nabi Sulaiman yang sangat mensyukuri karunia Allah kepadanya. Rezeki, ketenaran dan kesuksesan adalah karunia dari Allah untuk menguji kita apakah kita bersyukur kepada Allah atau malah mengingkarinya.

Sungguh tidak tepat ketika ada orang sukses mengatakan “Kesuksesan ini adalah hasil kerja kerasku”. Orang seperti ini tidak akan kekal kesuksesannya karena tidak bersyukur. Sebaiknya kita mengatakan “Kesuksesan ini adalah dari Allah agar aku mensyukurinya”. Sudahkah Anda bersyukur hari ini? Mari kita syukuri sekecil apapun nikmat yang kita terima...





Thursday, June 02, 2016

Menoreh ZAMAN MAYA skrg INi....$$$$$$$

kITA mULA mEnoreh semula...SEMANGAT.....

Wednesday, September 30, 2015

Berat ke blog Anda?



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~ Berat ke blog Anda? ~~~
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Jom Timbang BLOG Anda


Lama tak mainatainance blog..soo teringat nak test berat blog...


Bagaimana caranya...jom tgk kt sini



  

Laporan akan keluar macam ini........

  


asalmasukduit berkelajuan 28.43 saat... hmmmm..mcam SLOW jer..
  






 Nak test BERAT BLOG ANDA pula???  KLIK SINI










Tuesday, June 30, 2015

10 Blog Paling Popular di Malaysia

http://www.ezprofit2u.com/


Ini dia senarai terkini top 10 blog paling popular 2013 di Malaysia mengikut ranking Alexa. 

1. BeautifulNara.com (73) 
2. Pen Patah Blog (126) 
3. PaulTan (130) 
4. Blog Serius (140) 
5. Roti Kaya (144) 
6. Denaihati (204) 
7. AhmadFaizal.com (237) 
8. Blog New And Old (269) 
9. Ameno World (272) 
10. Mia Liana (276) 

Nampaknya, BeautifulNara masih lagi mengungguli dunia blogging di Malaysia. Kepada rakan-rakan blogger sekalian, selamat berblogging dan teruskan mewarnai dunia penulisan alam maya ini...:P

P/s: Ramai blogger yang buat duit dengan Churp-churp dan 8share. Tak der blog pun boleh join. Salah satu cara buat duit online. Selain itu jika anda mempunyai blog, tempeklah iklan CPM PopAds untuk meningkatkan pendapatan pasif dari blog anda. Earning dikira macam Advertlets tapi tak kan ganggu Gliteratti Nuffnang korang.

P/s: Jika anda berminat nak mulakan bisnes sampingan secara online, boleh cuba affiliate bersama Lazada Malaysia. Promote bermacam-macam barang dari sana. Komisyen 4% dari jualan.

http://www.ezprofit2u.com/


Thursday, June 25, 2015

Tips Kesihatan Untuk Wanita Hamil Yang Berpuasa




Tips Kesihatan Untuk Wanita Hamil Yang Berpuasa | Apakah tips kesihatanyang perlu diketahui dan dititikberatkan oleh wanita hamil untuk menjalaniibadah puasa? Wanita hamil perlu mengambil berat berkaitan dengan kesihatandiri dan juga bayi dalam kandungan. Supaya tidak mendatangkan kesan sampingan kepada ibu dan bayi. [ Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad SAW ]
Menurut sesetengah kajian, tiga perempat wanita-wanita Islam yang hamil di seluruh dunia memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Tetapi setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi puasa.
Wanita Hamil Berpuasa
Kebanyakan ulama Islam berkata yang wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Mereka juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat. Jangan abaikan kebenaran khas ini jika anda rasa tidak sihat, atau anda takut puasa akan memudaratkan anda atau bayi anda. [ Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan ]
Hanya anda boleh menilaikan bagaimana sihat anda rasa, dan apa keputusan yang tepat bagi anda. Bincanglah dengan keluarga anda, bidan atau doktor, dan ustaz atau ustazah, untuk membantu anda menimbangkan pilihan anda.
Tips Kesihatan Untuk Wanita Hamil Yang Berpuasa
  • Sentiasa bertenang dan elakkan stres. Perubahan dalam rutin anda, kekurangan makanan dan air, dan makan dan minum pada masa yang berlainan, boleh menyebabkan tekanan. Wanita hamil yang berpuasa pada bulan Ramadan didapati mempunyai tahap hormon kortisol dalam darah mereka yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak berpuasa.
  • Terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Kurangkan kerja rumah dan apa-apa aktiviti yang meletihkan.











KREDIT &SUMBER : http://www.babycenter.com.my

Friday, March 13, 2015

TINGKATKAN KOSENTRASI DENGAN BERBEKAM…





1. Tidur yang cukup
Tidur malam selama 6 sampai 8 jam tanpa gangguan merupakan cara yang efektif adalah salah satu cara meningkatkan daya konsentrasi dan kesegaran keesokan harinya.
2. Berolahraga 30 menit setiap hari
Berolah raga secara rutin dapat menjaga pikiran anda tetap tajam,  anda juga mendapatkan jeda  dari kehidupan dan rutinitas yang membosankan yang memungkinkan anda untuk rileks dan meningkatkan konsentrasi mental. Latihan dapat juga membantu membakar kelebihan kalori mereka memberikan  anda tidur nyenyak seperti yang disebutkan di poin dan inipun berlaku untuk meningkatkan konsentrasi anak.
3. Meditasi dan Relaksasi
Meditasi adalah cara yang sangat santai untuk melarikan diri dari hiruk pikuk kehidupan  dan membangun konsentrasi. Jika Anda memiliki jadual sibuk konstan dan banyak stres, meditasi dapat membantu menghilangkan masalah konsentrasi dengan menurunkan tingkat kecemasan ketika segala sesuatu tampaknya menjadi terlalu banyak.
4. To Do Lists
Buat To do list dan jadikan  suatu kebiasaan,  ini sangat membantu konsentrasi Anda dan penetapan tujuan dalam mengisi hari. Membuat prioritas  dan meluangkan waktu untuk istirahat, pergi ke luar ruangan untuk memberi jeda,  tarik napas dalam-dalam dan pergi untuk berjalan cepat beberapa menit dan anda akan kembali dengan perasaan positif yang lebih segar dan konsentrasi yang lebih tinggi.
5.Rawatan bekam
Menjalani rawatan bekam darah akan menjadikan badan anda segar dan sihat.Secara automatiknya ia akan meningkatkan kosentrasi anda semula.





Friday, September 26, 2014

KHASIAT DAUN PANDAN






Khasiat Daun Pandan

1. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas
sahaja. Minum airnya.


2. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

3. Melembutkan Daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

4. Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

5. Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari

P/s : Selamat mencuba







Thursday, March 06, 2014

Tip Malam Pertama


Semestinya malam pertama adalah satu malam yang istimewa bagi para pengantin yang baru bernikah untuk meraikan pernikahan yang telah berjaya dijalankan serta setelah penat seharian menjadi raja sehari, pastilah belaian kasih sayang pasangan menjadi penawar. EH! titipkan beberapa tip yang mungkin membantu anda.

malam-pertama
Gambar: momtastic.com

Pelajari soal seks
Semestinya anda tidak mahu dilihat seperti terpinga-pinga dan tidak tahu bagaimana ingin melayani pasangan anda. Buku adalah salah satu rujukan yang bagus untuk anda pelajari tentang seks. Maklumat di internet juga banyak yang boleh membantu.

Rawatan pra pengantin
Sebulan sebelum hari pernikahan pengantin perempuan selalunya disarankan untuk melakukan rawatan pra pengantin kerana ia digalakkan kepada pengantin perempuan kerana rawatan ini bukan sahaja mengubat dari segi jasmani, malah juga untuk rohani.

Kamar romantik dan selesa
Kamar yang cantik dan romantik juga adalah faktor penting yang mendorong keseronokan sewaktu hubungan intim berlangsung.  Sebolehnya para pengantin bermalam pertama di hotel kerana suasana di kamar hotel biasanya sangat istimewa dan romantik.

Pencahayaan sederhana terang
Pencahayaan di ruang kamar seharusnya di letakkan pada takat sederhana terang kerana pencahayaan yang agak kurang terang dan berlampu kekuningan boleh menimbulkan emosi kasih sayang dan suasana romantik tat kala bersama orang yang kita sayang.

Wangian aromaterapi
Penggunaan wangian aromaterapi di dalam kamar boleh memberikan bau wangi yang juga membantu menaikkan rasa ghairah pasangan pengantin. Aromaterapi bunga geranium adalah pilihan yang baik kerana zat dalam bunga geranium boleh merangsang hormon seks.

Bersihkan diri
Mandi untuk membersihkan tubuh badan anda dari sebarang kekotoran dan bau yang kurang menyenangkan bagi pasangan anda. Mungkin anda boleh lakukan Brazillian Wax di spa yang menyediakan servis ini kerana ia sangat efektif membuang rerambut di tubuh badan kita.

Memakai pakaian yang memikat hati suami
Pakailah pakaian dalam yang memikat hati suami. Ia membantu dalam meningkatkan hormon seksual dalam diri suami dan rasa ghairah kian muncul melihat isteri berpakaian seksi.

Memakai wangian badan
Sejurus mandi, persiapkan diri anda dengan memakai wangian untuk tubuh badan agar bau badan kita lebih harum serta digalakkan juga bagi pengantin perempuan bersolek pada malam pertama agar kelihatan menawan dan cantik istimewa untuk pasangan lelaki.

Usah Paksa Diri
Tentukan anda dan pasangan sememangnya sudah bersedia. Usah memaksa diri, lakukan apabila kedua-dua kamu selesa. Rasa penat menguruskan perkahwinan mungkin menyebabkan salah seorang daripada anda berasa kurang sedia.

~ sumber & kredit

Wednesday, March 05, 2014

Perangkap Nyamuk Genius



CARA BUNUH NYAMUK (BUATAN GENIUS)
==========================
Bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Cubalah.
Bahan-bahan :
• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar
Langkah-langkah:
1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian 
tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan
 karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik
 seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas 
botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.
Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.
Selamat mencuba.
♥|♥


Thursday, February 06, 2014

cara buat duit dengan Nuffnang

~ So lama dah cari teknik nie..aku nak share sekarang...............

Hari ini saya nak kongsikan satu tutorial lengkap mengenai Nuffnang.Saya tahu dah ramai yang mengenai dan mengenali Nuffnang ni tetapi saya buat tutorial ini khas untuk blogger-blogger baru.Ini kerana semasa saya blogwalking,saya terjumpa blog-blog yang bertanyakan mengenai Nuffnang ini.
“Macam mana nak join Nuffnang ni?,”Kena bayar ke?”,”Kena ada akaun bank ke?”,”Macam mana nak letak iklan Nuffnang dalam Blog?,”Macam mana nak dapat duit dari Nuffnang?”,”Apa itu Buffered Earnings dan Metered Earnings?”,”Macam mana nak dapatkan Buffered Earnings?”…
Itulah antara persoalan yang sering ditanyakan oleh blogger baru termasuklah saya satu ketika dahulu.Atas niat ini membantu rakan-rakan blogger,saya buatlah tutorial lengkah edisi cara membuat duit dengan Nuffnang(A to Z) bagi menjawab semua persoalan diatas itu.Harap membantu korang=)
Apakah Nuffnang?
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia.Nuffnang menawarkan perkhimatan menyewa tempat iklan di blog-blog kita(Kita ini dinamakan publisher).Nuffnang akan meletakkan iklan mereka di blog kita dan kita akan mendapat duit sekiranya visitor blog kita klik pada iklan berkenaan.(penjelasan secara basic)
Adakah Kena Bayar Untuk Join Nuffnang?
Tidak,korang tidak perlu membayar apa-apa pun untuk menyertai Nuffnang ini.Ini kerana mereka menggunakan khimat kita untuk mempromosikan iklan mereka,jadi mereka harus berikan duit kepada kita bukannya kita yang bagi duit kepada mereka.Boleh dikatakan kita ini adalah promoter bagi syarikat Nuffnang.Kerja yang perlu kita buat adalah mempromosi iklan Nuffnang di blog kita.
Adakah Nuffnang Memerlukan Akaun Bank Untuk Mendaftar?
Tidak.Ini kerana setelah duit simpanan anda mencukupi RM50,Nuffnang akan menghantar cek ke rumah anda.Selepas menerima cek berkenaan bolehlah anda masukkan duit berkenaan ke akaun bank anda sendiri.
Macam Mana Nak Dapatkan Duit Dari Nuffnang?
Terdapat 3 jenis pengiklanan yang disediakan oleh Nuffnang iaitu Campaign(CPC),Buffered Earnings dan Advertorials .Ini penjelasan yang telah dibuat oleh Blur.Saya ambil dan kongsikan disini:-
CPC (Cost per click)
  • Earning anda adalah berdasarkan click visitor anda kepada iklan anda… Iklan nie selalu ade pukul 12 tengah malam dan 12 tenga hari… Pukul 4-6 petang pon ade jugak…
CPM (Buffered earnings)
  • Earning ini adalah bagi blogger yang mempunyai unique visitor yang maintain 200+ sehari… Earning ini dimana advertiser akan berurusan dengan pihak Nuffnang untuk menyewa tapak di blog anda dengan mengikut bilangan unique visitor anda…
  • Katakan Celcom tertarik dengan blog anda dan ingin menyewa untuk 200 UV sehari selama seminggu… Jadi tiap -tiap hari bermula pukul 12 tengah malam iklan nie akan muncul di blog anda dan akan hilang apabila UV anda mencecah 200 UV pada hari tersebut…
  • Iklan ini selalu berlangsung selama 1 minggu…
  • Jika ada visitor yang mengclick iklan ini anda juga akan mendapat earnings untuk CPC bagi iklan ini secara automatik… Ianya akan dikira sekiranya iklan yang diklik melebihi 0.2% daripada nilai keseluruhan BE anda…
  • Jika tidak earning untuk CPC tersebut akan burn…
Advertorials
  • Ini merupakan earnings yang sangat advance di dalam Nuffnang… Earning nie merupakan sesuatu yang confidential dimana mereka yang mendapat earning ini tidak boleh mereveal nilai earnings mereka…
  • Format earnings ini pula adalah di mana jika ada Advertiser yang tertarik dengan blog anda dan anda mempunyai bilangan UV yang tinggi maka mereka akan beriklan dengan anda…
  • Caranya ialah anda dikehendaki menulis 1 post berkenaan produk terbaru mereka ataupon berkenaan website mereka…
  • Earnings ini paling masyuk sebab nilainya boleh menjadi beratus-ratus satu post dan mungkin menjadi beribu-ribu satu post…
  • Untuk medapat iklan ini anda perlulah mempunyai UV yang sangat tinggi dalam masa sehari dan mempunyi content blog yang menarik… (UV tak sure plak berape ramai sehari)
  • Contoh iklan advertorials nie anda boleh tengok post berkenaan Jipaban di blog Beautifulnara danHanis Zalikha nie…  [Sumber:Jenis-Jenis Pengiklanan Di Nuffnang oleh Blur]
Apakah Buffered Earnings Dan Metered Earnings
Buffered Earnings biasanya korang akan dapat sekiranya visitor korang melebih 100 uv-200 uv sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog anda menerusi Nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog korang sehinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.
Contohnya,Celcom memberikan ruang iklan anda dengan harga RM50 untuk 10000 page impression,jadi korang akan dapat RM 50 setelah page impression blog korang melepasi 10000.Bagi memudahkan korang dapat duit hari-hari,jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun korang akan mendapat duit setiap hari.Iklan Celcom itu akan bertukar menjadi Metered Earnings setelah blog korang melepasi page impression yang dibeli oleh pihak Celcom.
Cara Mendapat Buffered Earnings
Untuk mendapat Buffered Earnings,blog korang perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Nuffnang.Saya pun tidak berapa tahu syarat-syarat untuk mendapatkan Buffered Earnings ini dengan tepat tetapi blog korang mesti mendapat visitor sekurang-kurangnya 100-200 uv sehari.
Selain itu,korang kena mengemaskini biadota dan survey mengenai blog korang di akaun Nuffnang korang.Pastikan korang mengambil sedikit masa untuk mengemaskini akaun anda.Ini kerana,pihak pengikanan akan melihat biodata dan survey yang korang buat sebelum memilih untuk beriklan di blog anda.
  • Mesti mempunyai visitor sekurang-kurangnya 100 uv sehari
  • Mesti mengisi dan mengemaskini biodata diri di Nuffnang(ada dibahagian Blogger Bio)
  • Mesti update blog survey di Nuffnang(ada di bahagian Manage Blog)
  • Sekiranya masih tak dapat BE,try lah hantarkan email ke Nuffnang
Kegunaan Menu-Menu Yang Terdapat Di Nuffnang
Menu-Menu Yang Terdapat Di Nuffnang
Getting Started
Ini merupakan menu baru yang disediakan oleh Nuffnang.Menu ini memberikan tunjuk ajar kepada blogger yang baru mendaftar dengan Nuffnang.
  1. Complete the blogger bio
    Please take a few minutes to complete the Blogger Bio, and tell us a little about yourself. This will help us know you better, and allow us to recommend you for sponsored posts.
  2. Add your blog(s) to the Blog Manager
    After you have completed your blogger profile, register your blog(s) on the Nuffnang network using the Blog Manager. Once you have added your blog to the Blog Manager, you will be prompted to fill in a survey for that blog. This survey is very important as it allows us to target ads for your blog.
  3. Add Nuffnang ad units to your blog
    Click on the “Add Ads” icon on your dashboard. Here you will find the codes to add ad units to your blog.
Analytics
Menu ini memberikan kemudahan kepada korang untuk membuat analisis mengenai blog korang.
Earnings
Korang boleh melihat jumlah earnings korang kat sini.Disini semua maklumat mengenai Buffered Earnings,Metered Earnings dan Campaign.Disini juga korang boleh nak cashout earnings korang.
Add Ads
Add ads ini adalah tempat untuk korang dapatkan kod untuk diletakkan di blog anda.Terdapat tiga jenis iklan iaitu :-
  1. Leaderboard

  2. Skyscraper

  3. Large Rectangle

Blog Manager
Korang boleh tambah dan buang blog korang menggunakan menu Blog Manager.Disini juga korang update blog survey.[rujuk diatas]
Blogger Bio
Update biodata korang[rujuk diatas]
Cara Nak Letakkan Kod Iklan Di Blogspot
Baiklah,sekarang saya akan tunjukkan cara-cara untuk letakkan kod iklan di blogspot anda
  1. Log in Dashboard Blog Anda
  2. Pergi ke “Page Element”
  3. Klik “”Add a Gadget” dan pilih “Html/Javascript”
  4. Log in ke akaun Nuffnang dan pergi ke menu “Add Ads”
  5. Copy kod yang diberikan dan paste di widget “html/Javascript”
  6. Save
Rasanya itu sahaja yang korang perlu tahu pasal Nuffnang ini.Agak-gak dah lengkap ke info yang saya berikan kat atas tu?Kalau tak lengkap korang tolonglah tambah ye.Nanti saya letakkan dalam post ini supaya blogger-blogger baru boleh belajar dari A to Z tentang Nuffnang.
 
 ~ money2gold : dpt sebln rm20K sudah laa heheheh
 
 
 
~sumber kredit amir

Monday, January 20, 2014

Tips Jimat Penggunaan Elektrik




Tips Jimat Penggunaan Elektrik Yang Ramai Tidak Tahu 

 Tips ini pernah di keluarkan oleh salah seorang pengadu (Normah Hamsin) kepada TNB CareLine. Si pengadu ini tanya bertanyakan satu soalan mungkin ramai yang tidak ambil tahu akan hal yang dianggap kecil ini.


Bagaimanapun ia adalah berguna kerana ia boleh menjimatkan duit poket kita.

Mari kita saksikan jawapan dari TNB Careline yang mungkin tidak diduga oleh sesiapa. Jom kita
amalkan tips ini.


sumber : FB Iman Muda Hassan

 


Saturday, January 18, 2014

Cari duit dari rumah

Ajukan kepada sesiapa saja, pasti semuanya setuju jika wujudkan pejabat sendiri di rumah. Boleh dikatakan ia impian setiap manusia kerana logiknya, kita akan berasa selesa dan santai untuk bekerja di rumah. Abaikan rasa malas, memilih untuk tidur ataupun unsur negatif lain, apa yang penting kerja dari rumah.
Pejabat kecil

 a bukan budaya luar biasa khususnya di negara maju. Konsep bekerja dari rumah atau Small Office Home Office (SOHO) bukan perkara asing malah semakin diterima masyarakat.

Seiring dengan kemajuan dan kecekapan teknologi komunikasi dan maklumat (IT), semakin ramai individu khususnya yang celik IT mencuri peluang untuk bina kerjaya idaman dan mempunyai pejabat sendiri.

Laporan kajian dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih 25 juta penduduknya menyertai program SOHO dalam pelbagai sektor. Senarai ini diikuti Kanada (2.5 juta), United Kingdom (2.2 juta), Australia (778,000) dan New Zealand (200,000).

Mungkin sekitar lima tahun lalu, konsep ini masih dianggap baru di Malaysia. Namun ia kini semakin mendapat perhatian. Kementerian Sumber Manusia ada menyediakan program berdasarkan Peraturan Kerja Separa Masa mengikut Akta Kerja 1955 yang dilancarkan pada 2008 bagi menggalakkan pekerja sektor awam dan swasta bekerja separuh masa atau bekerja dari rumah.

Objektifnya, program terbabit memberi peluang kepada warga kerja khususnya wanita untuk menyertai dan terus bekerja bagi menambah pendapatan berikutan waktu lebih anjal, kurang tekanan, bebas daripada kesesakan lalu lintas dan sebagainya.


Lelaki curi peluang

Biasanya, kerja dari rumah sering dikaitkan dengan wanita khususnya suri rumah kerana golongan ini dikatakan boleh mengisi slot kerjaya sambil melakukan kerja rumah. Tetapi fenomena ini semakin berkembang dan diceburi lelaki.

Tidak dinafikan wanita memonopoli bidang ini. Tinjauan syarikat laman pekerjaan dalam talian, JobStreet.com menunjukkan hampir 64 peratus wanita berkata, kepentingan kerjaya dalam hidup berubah apabila mereka mempunyai cahaya mata.

Meskipun wanita lebih menguasainya, namun konsep dan pegangannya sama, bekerja dari rumah banyak keuntungan kerana mereka boleh merancang secara fleksibel mengikut kesesuaian waktu, dapat membahagikan masa lebih berkualiti, mudah mengatur rutin seharian dan boleh menumpukan perhatian hidup sendiri.

Elemen ini sekali gus menarik golongan lelaki untuk turut serta malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih berusaha keras, kreatif dan cuba sedaya upaya untuk ‘naik’ dalam tempoh singkat.


Apa nak buat?

Persoalan biasa diajukan mereka yang mahu kerja sendiri tetapi tidak tahu nak memulakannya. Ketahui banyak boleh dilakukan di rumah cuma perlu ada persiapan dan maklumat terperinci sebelum langkah bermula. Apa saja yang ingin diketahui ada di hujung jari, boleh dicari di Internet dan kombinasi kreativiti sendiri, pastinya usaha akan membuahkan hasil.

Yang terbaiknya adalah pilih kerja yang kita suka dan minat. Oleh itu kepala tidak terbeban dan urat saraf juga tak kejang. Disenaraikan beberapa kerja sambilan dan sepenuh masa yang boleh dilakukan di rumah.

Kerja tangan misalnya. Hasil seni dihasilkan dengan tangan atau dipanggil kraftangan sudah menjadi minat sejak dulu sampai sekarang. Tak kiralah aksesori, perabot, pakaian, kasut bahkan makanan atau masakan boleh dijual cara biasa atau melalui tempahan secara atas talian.

Menjahit juga antara kerja sambilan yang menjadi pilihan wanita tapi jangan terkejut ada juga lelaki pandai buat rekaan baju sendiri.

Jika ingin bekerja di rumah, hasilkan baju fesyen terkini, hijab ataupun terbuka untuk tempahan luar. Percayalah, boleh kaut keuntungan dengan mudah apabila tiba waktu perayaan.

Jika mempunyai kemahiran dalam fotografi, gunalah sebaiknya kelebihan itu. Mulakan dengan membuka syarikat atau kumpulan jurugambar secara kecil-kecilan untuk penuhi permintaan majlis kahwin, pesta hari jadi, majlis bercukur, praperkahwinan dan sebagainya.

Semakin berpengalaman seseorang itu, semakin tinggi bayarannya. Kerja lain yang berkaitan termasuk perkhidmatan solekan, dandanan dan katering.

Malah program kerja ‘online’ bersepah di Internet. Anda boleh jana pendapatan dengan mudah tanpa perlu banyak bergerak. Boleh dilakukan sambil baring atas katil, cuma perlukan Internet, contohnya bisnes jual beli, forex dan macam-macam lagi. Banyak yang boleh dilakukan, cuma perlu berjaga-jaga, elakkan tertipu.


Sendiri atau cari geng

Kerja di rumah boleh dilaksanakan mengikut kemahuan sama ada secara sendiri ataupun berkumpulan. Seperti suasana dalam pejabat, anda boleh aplikasikan konsep sama di rumah.

Individu - Anda bertindak selaku pengarah dalam menguruskan kerjaya sendiri. Wujudkan pejabat di rumah dan jalankan perniagaan atau apa saja secara berseorangan, kurang masalah dan kurang campur tangan orang lain.

Berkumpulan - Banyak idea boleh dikongsi sekiranya kekurangan bahan. Kreativiti membabitkan seorang individu agak terhad dan jika mempunyai ramai rakan kongsi, boleh bahagikan kerja jadi lebih mudah.

Walau apapun pilihan anda, bidang kerjaya di rumah perlukan usaha lebih berbanding kerja makan gaji. Penulis buku Work From Home, Judy Heminsley menyatakan, dia mencintai kebebasan dan fleksibiliti bekerja di rumah.

Boleh merencanakan hari sendiri, kurang tekanan, tanpa arahan sesiapa dan menggabungkan kerja pejabat dengan rutin biasa di rumah adalah perkara yang mengagumkan.

~ sumber ~

Wednesday, January 15, 2014

Tak Cukup Duit Setiap Bulan?



 ~ Tips-tips dari PakDi.net~

Tak Cukup Duit Setiap Bulan? Cabaran Satu Hari Satu Ringgit


Tak cukup duit?
Banyak hutang?
Kos hidup makin tinggi?
Saya ada satu cabaran untuk kalian untuk keluar dari masalah hutang serta tidak cukup duit setiap bulan.
Keluarkan derma RM 1 setiap hari, selama 30 hari.
Sama ada menderma RM 1 pada 1 tabung / orang yang berlainan setiap hari.
Atau, masukkan RM 1 terlebih dahulu dalam tabung khas setiap pagi. Pada hari ke-30 dermakan kesemuanya.
Sila lakukan sekarang juga!
Jika masih belum murah rezeki, teruskan untuk 30 hari seterusnya.


 ~money2gold: cuba nak praktikan

Tuesday, November 12, 2013

[MISI] Kumpul 1 JUTA CASH Dalam Tempoh 5 TAHUN hingga Feb' 2018

Tips-Tips Nak Jadi Jutawan




Salam Semua ,

Just nak SHARE macam mana kita nak kumpulkan modal untuk perniagaan OR early retirement.
Umur aku sekarang ni awal 30an, bini 1 dengan 2 anak.
Mungkin tuan2 boleh beri pandangan or ambil iktibar. Target aku nak ada around 500K TUNAI dalam
tempoh 5 Tahun lagi untuk memudahkan urusan Jihad ekonomi Ummah.
Misi aku ni 'tanpa' melibatkan sebarang modal tambahan hasil daripada perniagaan/kerja ETC.
Just 100% melalui tools kewangan sahaja. Mungkin ada yang akan kata tak sampai 5 Tahun pun
boleh capai dan ada juga yang akan kata mengarut dan itu jugalah tujuan perbincangan.

ASET Bersih yang ada sekarang
Tunai--------------------30,000++ (Baki dalam OD ASB/ASW)
Saham B.Rakyat-------3,000+
Saham Amanah PM---4,000+
Tanah--------------------3 Ekar lebih tanam sawit
Emas---------------------adalah sikit2

Komitmen LOAN yang ada sekarang ni
-LOAN-------JUMLAH(RM)---FINANCED BY---COMMENTS
Rumah----------120,000------Maybank Islamic---Market Value 180,000
Kereta 1----------13,000------Maybank Islamic---
Kereta 2----------18,000------CIMB-----------------
OD-ASB-----------32,000------Maybank------------Max Amount 72,000
OD-ASW----------22,000------CIMB-----------------Max Amount 27,000
ASB 1------------120,000------Maybank Islamic---Start FEB'2009
ASB 2------------200,000------Maybank Islamic---Start APR'2009
ASB 3------------200,000------Maybank Islamic---Start MAY'2012
ASB 4------------150,000------Maybank Islamic---Start SEPT'2012
ASB 5--------------80,000------Maybank Islamic---Start FEB'2013
ASB 6------------200,000------Maybank Islamic---Start MAC'2013
ASB 7------------200,000------Maybank Islamic---Start MAY 2013
ASB 8------------200,000------Maybank Islamic---Start JUNE 2013, UPFRONT 1 TAHUN(rekod ccris buruk)
ASB 9------------150,000------Maybank Islamic---Start SEPT 2013

Orang Hutang Duit dengan Aku
Kawan Pakai Grand Livina RM12K->rm5K --Dia cagar Kereta
Kawan Pakai Isuzu D-Max RM10K->rm5K --Dia cagar Emas bini
Kawan Pakai Merc ------------RM5K->rm3K --Dia cagar Myanmar Kiat(Sapa nak Kyatt??)
Kawan Pakai Odyssey -------RM2K->rm0K --Takda cagaran

So, dengan duit dividen ASB setiap awal tahun tu mungkin aku akan labur dulu
dalam UT/Emas/KLCI dulu sebelum buat monthly payment untuk Loan2 ASB tu.
Adakah MISI aku akan tercapai atau berkubur, sama2lah kita tunggu
nanti dan jika ada cadangan menarik sama2lah kita kongsikan di sini.

Terima Kasih semua.

 ~ money2gold : Kredit pada sahabat nie Kaneshiro , money2gold pun bercita cita macam dia...

Thursday, November 07, 2013

Mau Buat Duit Online Jom Daftar Percuma

TERBARU ! Applikasi Mobile Pertama Yg Membayar Pengguna Smartphone di Seluruh Dunia.



FACEBOOK ... 9 tahun dlu pernah dgr TAK ORANG YANG TERAWAL ..
Promote FB kpd dunia DIBAYAR sehingga SKRG NI dan ADA SAHAM di FB?

Sekarang ni peluang anda utk promote PA dan AKAN DIBAYAR SETIAP BULAN??
USD100??USD1000??USD10000??USD100000??
ANDA YANG TENTUKAN


Apa PERLU dibuat untuk Menjana PENDAPATAN tanpa MODAL di PA ?

Langkah # 1 : Pasang Applikasi Perfect (PA) pada komputer/laptop anda dan akan datang pada peranti mudah alih (smartphone) anda

Langkah # 2 : Gunakan pelbagai ciri-ciri yang hebat pada App Perfect seberapa kerap yang anda suka. Fungsinya akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Langkah # 3: Menjemput orang lain untuk menyertai PA CASH Program dengan PERCUMA seumur hidup dan dibayar setiap bulan dengan memenuhi syarat-syarat mudah yang ditetapkan.

PERINGATAN :

Tarikh Tutup Menjemput Ahli baru Menyertai PA CASH PROGRAM ialah pada 1 Mac 2014. Setiap aktiviti Anda dan rangkaian anda dari level 1 – 5 dikira sebagai CASHFACTOR berdasarkan jumlah jam pengguna setiap Bulan. Makin Besar Rangkaian (Network) yang anda ada, maka makin besar jumlah CASHFACTOR, besarlah juga Potensi PENDAPATAN BULANAN Anda di PI – PERFECT INTERNET

Selepas 1 Mac 2014, setiap ahli baru yang join di bawah ref-link anda HANYA dikira sebagai DEALFACTOR / DEALPOINT iaitu Mata Ganjaran yang boleh digunakan untuk membeli-belah PERCUMA di Portal Shopping PI (IDS)


PERSOALAN : Dari Mana datangnya Sumber KEWANGAN Syarikat ?

JAWAPAN : Jika anda sudah masuk (LOGIN) ke Laman Profile PI dan PA, setiap laman, semua Web Galaxy PI ada diselitkan Iklan berbayar dan Iklan GOOGLE ABSENSE dimana setiap Ahli yang aktif dan menggunakan Laman PI akan memberikan Sumber Pendapatan kepada syarikat dan akan diagihkan 20% - 50% keuntungan kepada semua ahli yang layak, menyertai PI/PA pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.

CONTOH lebih jelas, lihat shj Facebook, Google, dan Yahoo yang mengaut Keuntungan Berbillion dollar setahun hanya kerana KUASA Pengguna PERCUMA, seperti saya, anda dan sesiapa sahaja yang menggunakannya dan perkhidmatan pengiklanan serta laian-lain service percumanya .

Adakah Anda DIBAYAR setiap bulan apabila anda menggunakan email PERCUMA di GOOGLE atau YAHOO ?
Adakah Anda DIBAYAR Setiap bulan setiap hari .. berjam2 melayari FACEBOOK yang PERCUMA ni ?

Register sekarang disini-->
JOIN HERE

- nanti saya ajak sape yang rigister tu join group di facebook,
- bukan kene bayar pun
- free jerr
- sambil-sambil2 tu layan promote applikasi ni


Dah register tu boleh PM saya, saya akan invite masuk group, dalam group akan ada semua ceritanya, cara download, dan mcm2 lagi












--> Ambil Peluang ni & Share pada Rkn² FB. Tawaran ini Utk TEMPOH TERHAD ► 1 Mac 2014 Shj. Join Skrg B4 TERLAMBAT !


Friday, September 06, 2013

Pelbagai cara jimat minyak


Mereka sanggup membelanjakan ratusan ringgit memasang alat jimat minyak bagi mengurangkan kos perbelanjaan. 
Bagaimanapun, tidak semua alat itu berfungsi dengan baik kerana ada yang hanya memberikan prestasi minimum. 

Asasnya, semakin kuat pedal minyak ditekan, semakin pantas enjin bekerja menyebabkan kereta bergerak laju, sekali gus penggunaan minyak bertambah. Kini, banyak pengeluar menggunakan pemancit bahan api, bukannya karburator. Pemancit bahan api kini dikawal komputer bagi memastikan penggunaan minyak paling minimum tapi memberikan prestasi tertinggi.

Bagaimanapun, cara terbaik dan mudah menjimatkan minyak ialah pemanduan yang lancar. Ramai pemandu sengaja tidak memperlahankan kenderaan walaupun menyedari mereka perlu berbuat demikian apabila ada sesuatu menghalang di depan.

Tindakan memperlahankan atau memberhentikan kereta secara tiba-tiba menyebabkan penggunaan minyak meningkat kerana tidak seimbang dengan kelajuan kenderaan. 

Jika memandu terlalu laju di lebuh raya dan ingin memperlahankan kenderaan, jangan tekan brek sebaliknya lepaskan pedal minyak hingga mencapai kelajuan yang dikehendaki serta tutup semua tingkap bagi mengurangkan rintangan angin. 

Matikan enjin apabila berhenti walaupun beberapa minit terutama ketika singgah di kedai atau menunggu seseorang. Matikan enjin ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Enjin yang pegun boleh menggunakan sehingga satu liter petrol setiap 10 minit. 

Pandu terus sebaik enjin dihidupkan tapi pada kelajuan rendah kerana langkah itu membolehkan enjin lebih cepat panas dan pergerakan minyak enjin lebih baik. Penalaan enjin yang sempurna dapat mengurangkan penggunaan petrol dan membantu enjin mudah dihidupkan. Bagi gear manual, amalkan menggunakan gear yang sesuai dengan kelajuan enjin. 

Ini kerana memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) dengan gear kelima (putaran enjin 2,500 pusingan seminit) menggunakan kurang petrol berbanding 40 km/j pada gear ketiga (putaran enjin juga 2,500 pusingan seminit). 

Jangan cuba memecut apabila mendapati kelajuan semakin menurun ketika mendaki bukit. Walaupun menuruni bukit pada gear neutral menjimatkan minyak, ia boleh menyebabkan kereta terlalu laju serta brek menjadi panas. 

Tabiat mengisi minyak pada waktu pagi juga menjimatkan petrol kerana tahap kepekatan petrol dalam tangki minyak stesen petrol meningkat. 

Jumlah kuantiti liter adalah sama tapi jumlah jirim petrol bertambah pada waktu pagi menyebabkan kandungan tenaga dalam petrol bertambah. 

Selain itu, tekanan tayar yang rendah juga mempengaruhi penggunaan minyak kerana ia mewujudkan daya seretan lebih besar menyebabkan enjin terpaksa membakar lebih banyak petrol bagi menghasilkan tenaga untuk menggerakkan kereta.

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...