Ajukan kepada sesiapa saja, pasti semuanya setuju jika wujudkan
pejabat sendiri di rumah. Boleh dikatakan ia impian setiap manusia
kerana logiknya, kita akan berasa selesa dan santai untuk bekerja di
rumah. Abaikan rasa malas, memilih untuk tidur ataupun unsur negatif
lain, apa yang penting kerja dari rumah.
Pejabat kecil
a bukan budaya luar biasa khususnya di negara maju. Konsep bekerja
dari rumah atau Small Office Home Office (SOHO) bukan perkara asing
malah semakin diterima masyarakat.
Seiring dengan kemajuan dan
kecekapan teknologi komunikasi dan maklumat (IT), semakin ramai individu
khususnya yang celik IT mencuri peluang untuk bina kerjaya idaman dan
mempunyai pejabat sendiri.
Laporan kajian dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih 25
juta penduduknya menyertai program SOHO dalam pelbagai sektor. Senarai
ini diikuti Kanada (2.5 juta), United Kingdom (2.2 juta), Australia
(778,000) dan New Zealand (200,000).
Mungkin sekitar lima tahun lalu, konsep ini masih dianggap baru
di Malaysia. Namun ia kini semakin mendapat perhatian. Kementerian
Sumber Manusia ada menyediakan program berdasarkan Peraturan Kerja
Separa Masa mengikut Akta Kerja 1955 yang dilancarkan pada 2008 bagi
menggalakkan pekerja sektor awam dan swasta bekerja separuh masa atau
bekerja dari rumah.
Objektifnya, program terbabit memberi peluang
kepada warga kerja khususnya wanita untuk menyertai dan terus bekerja
bagi menambah pendapatan berikutan waktu lebih anjal, kurang tekanan,
bebas daripada kesesakan lalu lintas dan sebagainya.
Lelaki curi peluang
Biasanya,
kerja dari rumah sering dikaitkan dengan wanita khususnya suri rumah
kerana golongan ini dikatakan boleh mengisi slot kerjaya sambil
melakukan kerja rumah. Tetapi fenomena ini semakin berkembang dan
diceburi lelaki.
Tidak dinafikan wanita memonopoli bidang ini.
Tinjauan syarikat laman pekerjaan dalam talian, JobStreet.com
menunjukkan hampir 64 peratus wanita berkata, kepentingan kerjaya dalam
hidup berubah apabila mereka mempunyai cahaya mata.
Meskipun
wanita lebih menguasainya, namun konsep dan pegangannya sama, bekerja
dari rumah banyak keuntungan kerana mereka boleh merancang secara
fleksibel mengikut kesesuaian waktu, dapat membahagikan masa lebih
berkualiti, mudah mengatur rutin seharian dan boleh menumpukan perhatian
hidup sendiri.
Elemen ini sekali gus menarik golongan lelaki
untuk turut serta malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih
berusaha keras, kreatif dan cuba sedaya upaya untuk ‘naik’ dalam tempoh
singkat.
Apa nak buat?
Persoalan biasa diajukan
mereka yang mahu kerja sendiri tetapi tidak tahu nak memulakannya.
Ketahui banyak boleh dilakukan di rumah cuma perlu ada persiapan dan
maklumat terperinci sebelum langkah bermula. Apa saja yang ingin
diketahui ada di hujung jari, boleh dicari di Internet dan kombinasi
kreativiti sendiri, pastinya usaha akan membuahkan hasil.
Yang
terbaiknya adalah pilih kerja yang kita suka dan minat. Oleh itu kepala
tidak terbeban dan urat saraf juga tak kejang. Disenaraikan beberapa
kerja sambilan dan sepenuh masa yang boleh dilakukan di rumah.
Kerja
tangan misalnya. Hasil seni dihasilkan dengan tangan atau dipanggil
kraftangan sudah menjadi minat sejak dulu sampai sekarang. Tak kiralah
aksesori, perabot, pakaian, kasut bahkan makanan atau masakan boleh
dijual cara biasa atau melalui tempahan secara atas talian.
Menjahit
juga antara kerja sambilan yang menjadi pilihan wanita tapi jangan
terkejut ada juga lelaki pandai buat rekaan baju sendiri.
Jika
ingin bekerja di rumah, hasilkan baju fesyen terkini, hijab ataupun
terbuka untuk tempahan luar. Percayalah, boleh kaut keuntungan dengan
mudah apabila tiba waktu perayaan.
Jika mempunyai kemahiran dalam
fotografi, gunalah sebaiknya kelebihan itu. Mulakan dengan membuka
syarikat atau kumpulan jurugambar secara kecil-kecilan untuk penuhi
permintaan majlis kahwin, pesta hari jadi, majlis bercukur,
praperkahwinan dan sebagainya.
Semakin berpengalaman seseorang
itu, semakin tinggi bayarannya. Kerja lain yang berkaitan termasuk
perkhidmatan solekan, dandanan dan katering.
Malah program kerja
‘online’ bersepah di Internet. Anda boleh jana pendapatan dengan mudah
tanpa perlu banyak bergerak. Boleh dilakukan sambil baring atas katil,
cuma perlukan Internet, contohnya bisnes jual beli, forex dan
macam-macam lagi. Banyak yang boleh dilakukan, cuma perlu berjaga-jaga,
elakkan tertipu.
Sendiri atau cari geng
Kerja
di rumah boleh dilaksanakan mengikut kemahuan sama ada secara sendiri
ataupun berkumpulan. Seperti suasana dalam pejabat, anda boleh
aplikasikan konsep sama di rumah.
Individu - Anda bertindak
selaku pengarah dalam menguruskan kerjaya sendiri. Wujudkan pejabat di
rumah dan jalankan perniagaan atau apa saja secara berseorangan, kurang
masalah dan kurang campur tangan orang lain.
Berkumpulan - Banyak
idea boleh dikongsi sekiranya kekurangan bahan. Kreativiti membabitkan
seorang individu agak terhad dan jika mempunyai ramai rakan kongsi,
boleh bahagikan kerja jadi lebih mudah.
Walau apapun pilihan
anda, bidang kerjaya di rumah perlukan usaha lebih berbanding kerja
makan gaji. Penulis buku Work From Home, Judy Heminsley menyatakan, dia
mencintai kebebasan dan fleksibiliti bekerja di rumah.
Boleh
merencanakan hari sendiri, kurang tekanan, tanpa arahan sesiapa dan
menggabungkan kerja pejabat dengan rutin biasa di rumah adalah perkara
yang mengagumkan.
~ sumber ~
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..