Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label PRU13 Politik. Show all posts
Showing posts with label PRU13 Politik. Show all posts

Thursday, June 16, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : JELLY KELAPA





JELLY KELAPA 


1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.









Thursday, June 09, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : KETAM GORENG KARI





KETAM GORENG KARI

Bahan:
Beberapa ekor ketam (perap ngn kunyit n sedikit garam - kemudian goreng.. sekejap je tau)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 paket kecil serbuk kari (ketam/udang/ika)n + sikit air (jadikan pes)
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan (numlaa) - xde pun xpe... kalu ada lg best... ehhehehe
sedikit air asam jawa
2 biji telur (dipukul sekejap)
Sedikit daun kari
Garam dan gula (i x pakai pak aji lgsg)

Cara:

Goreng ketam terlebih dahulu... ketepikan...
tumis bahan tumbuk hingga naik bau...
masukkan pes kari dan kacau hingga sedikit garing
masukkan air asam jawa... sikit je tau... kalu guna adabi punya pes... dlm setengah sudu kecik jer..
masukkan sos ikan dan sos tiram...
masukkan telur dan kacau cepat2... biar jd mcm scrambled egg
last letak ler garam dan gula... secukup rasa... (kuantiti ikut pengalaman sndri jer... ehheheheh)
Bila kuah sedikit kering, letakkan ketam goreng tadi dan daun kari. Balik-balikkan supaya semuanya sebati. Tutupkan api dapur.









Saturday, October 17, 2015

~ ENAM JAHANAM Era 2015, Siapkah Mereka?~



‘Enam jahanam pimpinan Mahathir cuba pecahkan Umno’



Tindakan sekumpulan pemimpin veteran Umno yang tampil pada sidang media di Putrajaya Isnin lalu dan membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, termasuk pengunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) bagi ‘menutup’ mulut ahli parti daripada mengkritik kepimpinan parti mengundang rasa tidak senang beberapa pemimpin akar umbi.
Bagi Ketua penerangan Umno bahagian Seputeh, Mohd Shariff Badaruddin, tindakan yang diketuai oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta lima pemimpin Umno serta seorang pimpinan MCA hanyalah untuk memecah belahkan parti Melayu terbesar itu.
“Saya lihat mereka semua itu sebagai “enam jahanam” yang mahu pecah belahkan Umno. Saya tak setuju dengan apa yang mereka buat ini,” kata Mohd Shariff kepada Malaysiakini.
“Masa ada jawatan dulu buat lain, bila dah tak ada jawatan buat lain pula. Kalau nak jadi pembangkang yang menyokong tak apa. Saya tak nak ikut sangat cakap dia orang itu,” katanya.
Malah, beliau menegaskan anggota akar umbi bahagian itu tidak memandang serius apa yang diperkatakan pemimpin veteran Umno berkenaan.
Menurutnya anggota akar umbi tetap setia dengan pentadbiran Najib yang juga adalah presiden parti.
“Di peringkat (bahagian Seputeh) kami anggap ia tidak betul sahaja. Kami masih setia dengan pemimpin yang ada hari ini,” kata Mohd Shariff.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan seteru politiknya Tengku Razaleigh Hamzah mengambil langkah mengejutkan dengan membuat sidang media bersama bagi menyatakan rasa tidak senang berhubung beberapa isu termasuk penangkapan bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathias Chang.
Khairuddin ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di negara luar, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berhubung isu 1MDB. Peguamnya Chang turut ditangkap baru-baru ini.
Lebih mengejutkan, pada sidang media di Putrajaya itu, turut disertai oleh bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal.
Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet kerana lantang mempersoalkan cara Najib menangani skandal 1MDB.
Selain mereka, bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat juga hadir.
Akar umbi Umno kini meluat
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno bahagian Kepong Abdul Razak Abdul Rahman berkata anggota akar umbi hari ini semakin meluat dengan kontroversi dan masalah dalaman yang membelit perikatan itu.
“Saya sebagai orang yang dekat dengan akar umbi rasa semakin hari semakin meluat dan pening kepala,” kata Abdul Razak dengan nada kesal.
Menurutnya, meskipun anggota akar umbi rata-ratanya masih menyokong kepimpinan Najib, namun mereka tetap menggesa agar isu syarikat sarat hutang 1MDB itu diselesaikan dengan kadar segera.
“Rata-rata masih menyokong Datuk Seri Najib tapi dalam masa yang sama mereka mahu kerajaan selesaikan segera isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
“Sudah terlampau banyak kenyataan bercanggah daripada kepimpinan parti, agensi kerajaan dan sebagainya.
“Perkara ini (isu 1MDB) ini sudah semakin memeningkan untuk kita faham dan terima perkara ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno bahagian Bandar Tun Razak Mohd Amir Abd Halim ketika dihubungi berkata tindakan ketujuh-tujuh kepimpinan BN itu hanyalah agenda politik mereka.
“Kita tetap bersama dengan perdana menteri.
“Ia lebih kepada kenyataan yang kita tahu ada agenda politik yang mana kesemua mereka yang terlibat ada agenda politik. Ia bukan satu pandangan daripada professional atau pakar perundangan mahu pun peguam negara,” katanya.

Friday, October 16, 2015

TOL NAIK sehingga 80%...Hebat Kerajaan Datuk Seri Najib Razak




Parti AMANAH mahu kerajaan ‘mengambil’sedikit wang derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menampung bebanan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan kadar tol sebanyak 200 peratus di 18 lebuhraya hari ini.
"RM2.6 bilion boleh bayar tol. Kalau kenaikan hari ini kerajaan kena bayar RM510 juta.
“RM2.6 bilion itu cukup untuk bayar kepada kepada konsesi lebuhraya," kata Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil kepada pemberita selepas penyampaian morandum memohon Yang di-Pertuan Agong menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan salah guna dana MDB.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar hari ini dilaporkan sebagai berkata kerajaan perlu membayar RM510 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya sekiranya tidak menaikkan kadar tol.
Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata lebuh raya yang terbabit dengan kenaikan tol itu adalah laluan pengguna setiap hari untuk pergi dan pulang dari bekerja dan kenaikan tersebut sememangnya menyukarkan kehidupan rakyat.
"Saya percaya kutipan tol ini amat tinggi dan tiada keperluan untuk kenaikan dibuat walaupun ada perjanjian dimeterai antara kerajaan dengan syarikat konsesi," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengkaji semula kenaikan tersebut.
"Segala perjanjian dengan konsesi lebuh raya dikaji semula demi kebajikan dan kepentingan rakyat," katanya.
Bermula hari ini, 18 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang menaikkan kadar tol antara 10 sen dan RM6.
Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart).
Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).


















~ source & kredit



Monday, March 02, 2015

Faktor Penyebab Tiada LIVE Piala FA 2015






Admin telah memerhatikan ribuan komen daripada peminat bolasepak tempatan dalam page ini, kebanyakan peminat tidak berpuas hati dengan agihan hak siaran langsung Liga M. Mood mereka untuk menyokong bolasepak tempatan seakan-akan telah hilang. Bila kita tanya wartawan Astro Arena kenapa Astro sudah tidak siarkan Liga M musim ini, mereka mengambil pendekatan "tutup mulut" atas arahan majikan mereka.
Tahun ini, Liga M dikatakan tiada penaja sebab tu kita tengok tiada board papan iklan di tepi padang.



FAKTOR FAKTOR PENYEBAB Tiada LIVE Piala FA 2015 dan LIGA MALAYSIA 2015


Nie mungkin Faktor UTAMA..komen komen ini dikutip dr FB Harimau Malaya



Rintihan Peminat Bolasepak Malaysia di FB HarimauMalaya









Sunday, March 01, 2015

Harga Petrol MAC 2015 Naik Kembali...


Hampir sebulan..ehh SEBULAN pun tanpa Posting sbb sibuk posting real LIFE..Jadi nie POST pasal Minyak PETROL NAIK kembali..dan rasa tak kan turun dah..
 Bersesak sesak nie nak p tgk bola ker? Nak p isi minyak...TOL DUKE selayang..mlm nie game Piala FA FELDA Vs Selangor...( Selangor Menang Penalti Lepas seri 2-2 ) Berita Bolasepak KLIK SINI




Kenaikan Harga Minyak Ini dijangkan kekal..dan harapan tak naik lagi Dah..sbb..PENGELUAR MINYAK 3 TERBESAR satu masa DAHULU akan masuk pasaran minyak semula..iaitu NEGARA IRAQ....Mana Den Tahu..sbb den folow ekonomi DUNIA n pasaran minyak dunia...Dan..nak tahu lagi cari post den pasal pelaburan IRAQ DINAR....




Friday, November 21, 2014

Ramai Pengguna Mungkin Beralih Ke RON97.



PETALING JAYA:*Harga baru RON97 yang diturunkan dari RM2.75 ke RM2.55 seliter besar kemungkinan menarik lebih ramai pengguna menggunakan bahan api itu di mana ramai pemilik kenderaan percaya ia lebih efisyen dan baik untuk enjin kenderaan.
Perkembangan ini juga dijangka dapat membantu meringankan beban kerajaan yang pada masa ini memberikan subsidi terhadap petrol RON95.

Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia Datuk Zulkifli Mokti berkata beliau menjangkakan sehingga 15 hingga 20 peratus pengguna RON95 akan beralih kepada RON97.

"Kita tidak tahu angka yang tepat tetapi saya meramalkan anggarannya sebanyak itu. Apabila mereka membuat peralihan, ia akan membantu kerajaan menjimatkan subsidi, bermakna wang pembayar cukai boleh digunakan untuk tujuan lain," katanya.

Walaupun kedua-dua bahan api mempunyai standard yang tinggi, beliau berkata RON97 adalah jauh lebih hebat dan lebih bersifat mesra alam sekitar. 
 
 
"Prestasinya lebih baik dan penggunaannya lebih rendah," katanya kepada The Star.

Ketua Penyelidik RHB Bank Alexander Chia lebih konservatif dalam membuat anggaran.

"Saya tidak fikir ia akan mencapai 20 peratus kerana kos hidup yang semakin tinggi.

"Orang-orang yang beralih kepada RON97 mungkin adalah penggemar kereta atau mereka yang berfikir bahawa ia lebih baik dari segi kemampuan jarak.

"Saya berpendapat kurang daripada 10 peratus akan membuat peralihan," katanya sambil menambah kos untuk satu tangki penuh RON97 adalah kira-kira RM20 lebih tinggi berbanding satu tangki penuh RON95.

"Beberapa penjimatan kepada negara jelas akan berlaku apabila kerajaan kini memberi subsidi 13 sen bagi setiap liter RON95 di mana harga pasarannya adalah RM2.43," katanya.

Seorang guru, Nurul Nadia Ali, 28, adalah antara mereka yang bersedia untuk membayar lebih untuk RON97.

"Saya tidak kisah sangat tentang perbezaannya. Saya tidak fikir ia hanya lebih baik untuk enjin anda semata-mata, tetapi saya dengar ia lebih mesra alam sekitar, jadi saya mahu melakukan tanggungjawab saya," katanya.

Perancang kewangan Shakir Ameer, 29, berkata dia sering mengisi kereta Perodua Myvi miliknya dengan RON97 dan bukan RON95.

"Kualiti RON97 adalah lebih tinggi dan lebih cekap. Ia juga baik untuk enjin kereta. Sekarang harganya lebih rendah sedikit, saya boleh mengisi dengan lebih kerap," katanya.

Pereka grafik Richard Ho, 31, berkata walaupun tidak percaya dengan penjimatan tambahan, dia tidak keberatan berbelanja untuk kualiti petrol yang lebih tinggi.

Jurutera Heikal Rosnan, 29, berkata harga yang hampir sama membuatkan membayar untuk RON97 lebih berbaloi.

RON97 boleh menahan tahap mampatan yang lebih tinggi berbanding RON95 sebelum diledakkan, disebabkan oleh tambahan dalam bahan api yang lebih baik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata jika seseorang mahu beralih kepada RON97, ia akan pastinya dapat membantu dari segi liabiliti subsidi.

"Ini kerana RON97 tidak disubsidi dan berdasarkan kepada nilai pasaran," katanya.

























 














~ source kredit








Putrajaya hapuskan terus subsidi RON95, Diesel mulai 1 Dis





Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal berkuatkuasa 1 Disember ini.


Putrajaya: Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal berkuatkuasa 1 Disember ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, kaedah berkenaan adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 yang dilaksanakan sejak Julai 2010.
Menurutnya, ini bermakna subsidi bagi RON95 dan diesel akan dihapuskan.
"Harga runcit produk petroleum di negara ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatic (APM) sejak 1983.
"Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, melalui pengapungan terkawal itu, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.









~sumber~








Monday, July 14, 2014

DAP features another ‘awek cun’ in its fold





Having sparked a frenzy of wolf whistles by fielding an attractive young woman Dyana Sofya Mohd Daud in the Teluk Intan by-election, DAP unabashedly features another ‘awek cun’ set to send hearts aflutter.



~ sumber





Friday, June 27, 2014

Brazil : KJ troll







Boleh tahan jugak KJ ni. Part yg kena kad merah tu yg tak boleh angkat.
Ini sebab Brazil kembali menang semalam. Nombor 11 score dua bijik (up sendiri). Nombor 4 man of the match (up boss). Yang pakai songkok kad merah.



Penduduk Paling Bahagia Di Dunia



Penduduk Baling, Alor Gajah, Pekan dan Raub rekod kadar kebahagiaan tertinggi

 


KUALA LUMPUR 26 Jun - Penduduk di empat daerah iaitu Baling, Alor Gajah, Pekan dan Raub merekodkan kadar kebahagiaan tertinggi di negara ini, manakala penduduk di 90 kawasan lagi mencapai tahap sederhana pada tahun lalu.

Penilaian yang dibuat menerusi Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013 itu menunjukkan kebahagiaan penduduk di Majlis Daerah Baling mencecah 84.62 peratus, diikuti Majlis Perbandaran Alor Gajah (81.54 peratus), manakala Majlis Daerah Pekan dan Raub masing-masing mencatatkan 80 peratus.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pelaksanaan indeks berkenaan sebagai sebahagian daripada Jaringan Petunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNINets) yang merangkumi 151 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini.



.~ sumber



















Sunday, May 25, 2014

Ketibaan panda gergasi disambut kritikan rakyat






KUALA LUMPUR: Ketibaan dua panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia hari ini mengundang kritikan hebat di kalangan rakyat negara ini kerana ia disifatkan sebagai satu pembaziran.

Rata-rata rakyat negara ini meluahkan kritikan mereka di dalam media sosial seperti Facebook.

Malah ada di antara mereka menyifatkan kerajaan telah melakukan pembaziran di kala rakyat sedang terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos hidup termasuk berhadapan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan.

Beberapa komen pengguna Facebook yang tidak berpuas hati dengan kos perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan semata-mata untuk dua ekor panda itu.

Airil Zack: Klu lah duit perblanjaan brjuta2 tu dibuat ntuk mmbina rumah2 kos rendah khas ntuk rakyat kan bagus. Bak kata pepatah; panda dihutan dirumahkan, rakyat dinegara sendiri mati merempat smpai 7 kturunan.

Alin Ajel: Smlm baru baca kisah satu keluarga 'manusia' terpaksa tido di bawah jambatan di kuala lumpur.

Faisal Salih: Kos buat rumah panda nie dh x masuk akal..watpe abiskn duit cmtu banyak? Baik bantu rakyat yg memerlukn..

Shahril Nizam: Apa dapat tgk panda?....dtg2 melawat dia tgh tdo...tiket ntah bape ke byr....membazir...baik bwk famili makan2...kenyang jugak..

Bukan itu sahaja, Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia juga berpendapat keutamaan perlu diberikan memastikan survival haiwan itu di habitat liar.

Melainkan hasil perjanjian itu membawa pulangan positif kepada pemuliharaan panda dan hidupan liar, WWF melihat ia sebagai satu pembaziran kos.

"Ini kerana kos RM3 juta setahun untuk membiayai kedua panda itu dilihat lebih baik digunakan untuk program pemuliharaan haiwan lain khususnya haiwan terancam di malaysia seperti harimau, penyu, orang utan dan badak Sumatra," tegas WWF.

Pasangan panda itu dipinjamkan China kepada Malaysia atas dasar setiakawan bahkan ianya turut membabitkan kos kepada negara ini.

Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setahun untuk tempoh 10 tahun bagi membela haiwan berkenaan.

Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Bagi menempatkan panda berkenaan kerajaan telah membelanjakan RM25 juta untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.

Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974.

Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.


- HARAKAHDAILY 21/5/2014











Friday, May 23, 2014

Surat tnb kepada perdana menteri tersebar.



Pasti ramai tidak tahu, bekas pengerusi TNB terdahulu, Tan Sri Ani Arope terpaksa letak jawatan kerana beliau membantah perjanjian IPP.

Kejadian blackout di 5 negeri

Apakah benar kejadian blackout itu satu kebetulan atau dirancang?

6.5.2014 – Kejadian blackout 5 negeri dikatakan berpunca dari kegagalan 3 turbine di Manjung Power beroperasi. Ianya sesuatu yang luarbiasa telah berlaku.

7.5.2014 – Akhirnya mesyuarat kabinet ambil keputusan luluskan project untuk YTL atas dasar direct nego tanpa diapunkan tender.

16.5.2014-Najib melawat TNB.

Kesan penyerahan projek ini pd TNB ialah YTL akan untung besar melalui perjanjian belian bekalan elektrik (PPA) dengan TNB. Dalam perjanjian dengan IPP terdahulu, TNB dipaksa terima perjanjian berat sebelah yang memang nyata merugikan TNB.

Contoh:- TNB beli kuasa dari IPP 19 sen seunit tapi TNB jual 15 sen seunit. Sedangkan kos operasi semua TNB tanggung dan IPP (penjana bebas) tidak menanggung apa-apa kos operasi malahan dapat subsidi minyak lagi.

TNB akan terus tertekan menampung kos PPA yang tinggi utk dibayar pd YTL.

Akhirnya TNB akan naikkan tariff atau rugi seperti apa yang berlaku pada MAS dan rakyat akan menyalahkan TNB sebab rakyat tidak faham apa yang berlaku.









 





kredit ^ sumber


























Thursday, May 15, 2014

Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia> Harga MINYAK Naik Lagi.. Yahooo...




Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat Malaysia perlu menyusun semula dengan efektif strategi pembahagian subsidi kepada yang kurang bernasib baik di negara ini.

"Saya setuju dengan Bank Dunia, sejajar dengan keperluan Malaysia menyusun semula dengan berkesan pembahagian subsidi itu," kata perdana menteri dalam Twitternya malam tadi..

Najib mengulas laporan Bloomberg berjudul 'Subsidi Minyak Mungkin Menghalang Perbelanjaan untuk golongan Termiskin,' kata Bank Dunia.

Laporan itu berkata subsidi tenaga mungkin menghalang kerajaan dari Mesir hingga Malaysia dari melakukan perbelanjaan yang cukup untuk program sosial yang akan membantu golongan miskin, kata bank itu dalam laporan yang disiarkan semalam.

Laporan itu menjelaskan subsidi minyak adalah tertinggi di Timur Tengah dan Afrika Utara, iaitu lebih empat peratus daripada keluaran dalam negeri kasar (GDP), kata bank itu.

Ini berbanding satu (1) peratus dari GDP yang dibelanjakan untuk program bersih keselamatan sosial seperti pemindahan tunai bersyarat, tambah laporan itu.



DS Najib mengulas dari laporan Bloomberg..
Sila Klik..
http://www.bloomberg.com/news/2014-0...bank-says.html





~p/s : Den nampak mcm nak naik kan lagi harga minyak nie..hmmm tunggu jer laa








Sunday, May 11, 2014

Gambar Himpunan Anti GST Di Dataran Merdeka


Himpunan Anti- GST Di Dataran Merdeka 
Di Hadapan Sogo

Perhimpunan Anti GST Di Dataran Merdeka

koleksi beberapa gambar yang diambil bersempena Perhimpunan Anti GST yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur sempena Hari Pekerja. Kita pasti ramai yang sedia maklum mengenai perhimpunan ni kan. Perhimpunan ini bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap perlaksanaan sistem GST yang akan berkuat kuasa 1 April 2015. 
Himpunan Anti- GST Di Dataran Merdeka
Di Hadapan KLCC
Himpunan Anti- GST Di Dataran Merdeka 
Mahasiswa Bantah GST
Himpunan Anti- GST Di Dataran Merdeka 
Di Hadapan Masjid Negara
Embedded image permalink
Di Jalan Raja Laut 
 Himpunan Anti- GST Di Dataran Merdeka
Di Hadapan Sogo
 Embedded image permalink
Dataran Merdeka
 Embedded image permalink
Dataran Merdeka
 Embedded image permalink
Dataran Merdeka
Embedded image permalink
Dataran Merdeka

Apa-apapun berhimpunlah secara aman ya. Harap-harap mereka yang berhimpun ni benar-benar faham apa itu GST dan kesannya terhadap kita semua sebagai rakyat Malaysia. Jangan ikut-ikut aje tau..


p/s : Ahli Parlimen pun ada tak paham ada ker kata penduduk Langkawi Tak Kena GST..di Langkawi memang bebas Cukai..tapi bila berurusan di Malaysia selain kawasan Bebas CUkai kena laa juga..


Tuesday, May 06, 2014

GST bukan 'Government Service Tax' TAPI Tetap CUKAI jugak kan..






SHAH ALAM – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa GST merupakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan bukannya cukai kerajaan seperti yang didakwa.

Menurutnya, peserta himpunan bantah GST pada 1 Mei lalu rata-rata tidak memahami apa itu GST.

“Bila mereka (peserta himpunan) ditanya, mereka tidak tahu. GST bagi mereka ialah ‘Government Service Tax’.

“Sedangkan GST yang diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan ialah Good Services Tax (Cukai Barangan dan Perkhidmatan),” katanya yang dipetik dalam portal berita N9kini.com.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan keraguan dan kemusykilan orang awam terhadap GST perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa.

“Ini merupakan satu perkara yang perlu dibuat pemahaman dan pencerahan oleh pihak berwajib.

“Sebenarnya kita menarik dua sistem cukai yang mana dulu cukainya amat tinggi, 10 peratus dan 6 peratus (cukai barangan dan perkhidmatan), kadang-kadang ia melebihi perkara yang sepatutnya dikenakan cukai,” katanya.

Tegas beliau, jika ada mana-mana pihak tidak berpuas hati, mereka perlu tampil dan memberi cadangan kepada kerajaan bukannya membuat protes di jalanan.

“Jika ada yang tidak berpuas hati, mereka perlu memberi cadangan dan pandangan kepada kerajaan, daripada kita memekak-mekak di tepi jalan menunjukkan protes. Ia secara tidak langsung memburukkan imej negara ini,” katanya.

Khamis lalu, satu perhimpunan membantah pelaksanaan GST di negara ini berlangsung di ibu kota.

Sehubungan itu, polis sedang menjalankan siasatan terhadap perhimpunan tersebut yang didakwa melanggar beberapa syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

GST bukan 'Government Service Tax' TAPI Tetap CUKAI jugak kan..Geng Songkok Tinggi cukai Melampau Tanda Kerajaan yg Lemah urus Kewangan..memerah wang rakyat....



Monday, March 24, 2014

Analisis Keputusan PRK Dun Kajang 2014| Kajang Election Result 2014:Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Win


Kajang:PKR mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mengalahkan Barisan Nasional (BN) biarpun peratusan keluar mengundi merosot 16 peratus berbanding ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 5,379 undi kurang 1,445 undi berbanding PRU13.

Wan Azizah memperolehi 16,741 undi manakala calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman.

Peratusan keluar mengundi merosot 16 peratus berbanding PRU13 dimana sebanyak 28,314 atau 72 peratus daripada 39,278 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Pada PRU13 sebanyak 87.9 peratus pengundi DUN tersebut menunaikan tanggungjawab mereka daripada jumlah keseluruhan 39,728 pengundi.


Pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas.

Pada PRU-13 lalu, calon PKR, Lee Chin Cheh yang memperoleh 19,571 undi dan menang dengan majoriti sebanyak 6,824.

Calon BN, Lee Ban Seng menerima 12,747 undi, sementara Mohamad Ismail (Berjasa) 1,014 undi dan tiga calon Bebas lain mendapat kurang daripada 250 undi.

sumber:Astro Awani




Friday, February 28, 2014

BR1M 4.0 2015 Naik Lagi Menjadi RM950, RM750,RM600!! Yahooo....



Gelombang GST 2015 (SEPERTI DI SINI) untuk dirasai bahangnya oleh rakyat Malaysia sudah tidak lama sahaja lagi.

Bersedia atau tidak, kalangan ahli perniagaan, usahawan, rakyat Malaysia perlu menghadapinya. Pejam celik pejam celik, akan menginjak April 2015. Dan bagi mengurangkan sedikit sebanyak beban yang bakal dihadapi rakyat Malaysia kelak kerajaan Malaysia bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas. Butirannya?

BR1M 4.0 2015 : Butiran BR1M Khas GST 2015?

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas GST 2015 membolehkan bayaran BR1M 4.0 2015 RM300 yang merupakan tambahan kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.
Ini bermakna jika anda sekarang telah menerima RM650 (bagi kelayakan isi rumah RM3000 dan ke bawah), anda bakal layak menerima RM650 +RM300 (bayaran khas GST 2015)
Begitu jika anda terima bayaran BR1M 3.0 2014 dengan jumlah RM450 (bagi isi rumah RM3000-RM4000) dan RM300 (bujang berpendapatan RM2000 dan ke bawah), bermula tahun dapat dijangka anda akan menerima bantuan bayaran khas GST 2015 sebanyak RM300 menjadikan BR1M 4.0 2015 anda menjadi RM750 & RM600. Jelas?

Apa pandangan dan respon balas dengan pengumuman terbaru Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai BR1M 4.0 2015 naik lagi menjadi RM950,RM750 & RM600 dengan adanya bantuan bayaran BR1M khas GST 2015 kelak?

SUMBER



~ money2gold : wah...lepas ini boleh jadikan BR1M bayaran tetap bulanan pulak

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...