Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, December 10, 2018

1 Dinar EMAS pada hari ini 2018











1 Dinar

Tahu kah anda !!!
1 Dinar syiling emas
yang digunakan untuk berusan jual beli
dan ia adalah bersamaan
dengan 4.25gram emas 916

Hari ini harganya Feb 2013
Sekitar = RM 730.00

10 tahun lepas , tahun 2002
Harga 1 Dinar hanya sekitar = RM 160.00

Kalau 10 tahun lama sangat,
kita lihat 5 tahun kebelakangan ini
Tahun 2007
1 Dinar boleh di dapati dengan bermodalkan = RM 400.00

Fikir-fikir…..
Agak-agaknya lah …
Dalam tempoh 10 tahun akan datang
ie 2023
Berapa RM untuk 1 Dinar kan!

Tahun wawasan 2020 pula ?

Ini perkiraan posting 5 Tahun Lalu... Hari ini EMAS 1 DINAR RM764
mana kala 1gm EMAS RM180
Jika Anda Simpan 1 Dinar yg dibeli pd tahun 2013 RM730 = 4.25gm


Harga emas naik paling tinggi sejak 11 minggu lalu






Thursday, September 27, 2018

Nama Mahathir pilihan paling popular 2018






Nama Mahathir pilihan paling popular ibubapa untuk anak baru lahir 2018


Kemasyhuran nama seseorang tokoh semasa menjadi satu faktor pemilihan nama seseorang anak oleh ibu bapa untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Oleh sebab itu tidak hairanlah jika nama seperti “Tun” dan “Mahathir” ialah antara nama popular yang direkodkan oleh JPN iaitu seramai 4,726 orang untuk nama Tun manakala Mahathir seramai 420 orang.

Bagaimanapun, menurut JPN penggunaan nama Tun ketika ini hanya dibenarkan kepada mereka yang ada keturunan Tun sahaja dan berbeza dengan keadaan sebelumnya yang boleh digunakan tanpa mengira keturunan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN Jasri Kasim berkata berdasarkan rekod jabatan itu, orang yang bernama “Malaysia” juga mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu seramai 129 orang manakala nama “Merdeka” 102 orang.

Menurutnya pemilihan nama oleh ibu bapa banyak dipengaruhi keadaan dan faktor semasa seperti politik, sukan, hiburan mahupun peristiwa penting yang berlaku semasa bayi tersebut dilahirkan.

JPN bertanggungjawab bagi mendaftarkan setiap kelahiran bayi yang berlaku di Malaysia sepertimana yang termaktub di dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Cap.10) bagi negeri Sarawak dan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Cap.123) bagi negeri Sabah. — Bernama








RESEPI BUBUR ASYURA UTARA ( SUKATAN PAKAI CAWAN )






BUBUR ASYURA  UTARA ...versi mak aku



1 cawan beras- rendam semalaman dan blend dengan 1 cawan air hingga halus
3 cawan tepung beras cap Teratai
1 kg santan pekat + air supaya jadi 15 cawan santan
5 keping gula kelantan ( boleh ganti 1/2kg gula pasir /Gula Melaka atau gula merah)
2 sudu teh garam halus
1 cawan kacang hijau- rendam & rebus empuk
1 cawan kacang tanah putih- rendam & rebus
1 tongkol jagung
5 biji pisang - pilih yang x terlalu masak
1 ketul ubi kayu- potong besar-besar dan rebus empuk
2 ketul ubi keledek oren-potongn besar dan rebus empuk
1 keledek purple- tak perlu rebus

1. Siapkan bahan-bahan :
    - Beras perlu rendam semalamn atau beberapa jam supaya senang nak blend
2. Blend beras yang sudah direndam dengan 1 cawan air

*** Boleh saja guna tepung beras sahaja 
   Beras digunakan supya hasil lebih baik dan berbau harum seperti tepung beras yang ditumbuk cara tradisi. 
   JIKA guna tepung sahaja ratio  1:4
   Iaitu 1 cawan tepung beras : 4 cawan santan
   JIKA  guna beras pun sama....1:4
   Iaitu  1 cwan beras : 4 cecair 
 (1cawan air guna untuk kisar beras dan lagi 3 cawan ialah santan supya jadi 1:4)

3. Rebus bahan yang perlu rebus..Rebus berasingan setiap bahan yang kena rebus)
   Toskan bahan rebus supay rtio cecair tepat

4. Bancuh beras kisar, tepung beras,santan,garam dan kacau rata suopaya tidak bergentel.

5. Letak atas dapur dan kacau tanpa henti hingga  pekat dan meletup-letup..



    ** Jika bubur terus pekat tanpa ada tetupan kecil tu tandanya adunan keras..
        Tapi jika ratio cecair betul..memang akan beraku letupan kecil macam lumpur gunung 
        berapi










AHLI Parlimen Baling Azeez Abdul Rahim DIreman SPRM






Bekas Pengerusi Tabung Haji Direman Empat Hari


AHLI Parlimen Baling Azeez Abdul Rahim, seorang abangnya dan seorang sepupu mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk permohonan reman berhubung siasatan kes rasuah. 

Azeez, abangnya Latiff dan sepupu mereka itu yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dibawa oleh ke mahkamah pada kira-kira jam 10.35 pagi.

Individu berkenaan dibawa oleh beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiganya ditahan oleh pasukan tersebut semalam dan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM kerana didakwa menerima rasuah.

Sekumpulan kira-kira 50 orang penyokong berhimpun di luar mahkamah sebagai tanda setiakawan.

Laporan media semalam mengaitkan penahanan individu berkenaan dengan kontrak kerajaan di bawah seliaan Azeez.

Kontrak tersebut didakwa diberikan kepada sebuah syarikat yang beliau ada kepentingan.

Media juga melaporkan mereka disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Pada Mei lepas, SPRM menggeledah rumah Azeez di Subang Jaya, Baling dan juga pejabatnya di Jalan Tun Razak.

Pihak berkuasa merampas wang tunai RM500,000 dan wang asing dengan nilai tukaran hampir RM1.2 juta.

Azeez mendakwa wang tersebut untuk membiayai misi ke Gaza, Palestin dan untuk bantuan Ramadan bagi Umno bahagian Baling.

Azeez yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno dilantik ke Lembaga Tabung Haji pada 2011 dan kemudiannya menjadi pengerusi pada 2013 lapor The Malaysian Insight

Kemudiannya laporan dari Malaysiakini mengatakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu direman selama empat hari.

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Abangnya Latiff dan saudaranya Mohamed Nazri turut direman dengan tempoh sama.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Peguam bela S Devanandan berkata ketiga-tiganya ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan beberapa kontrak yang diberikan Lembaga Tabung Haji.



Thursday, August 30, 2018

JOM minning BTC mudah dgn CMF







CMF Cloud Mining Paling Unggul Abad ini!!



CRYPTO MINING FARM

CMF atau nama penuhnya Cryptominingfarm merupakan salah sebuah HYIP cloud mining yang dah lama wujud dalam dunia cloud mining ni. Pada pendapat aku, CMF ni hyip paling lama bertahan & membayar dengan konsisten tanpa miss , reputasi cun dan paling kental. ye lah mana tidaknya. Dia bagi 50ghs free, tu xpelah lagi. tapi no maintanance fee, no difficulty increase. fuhh. wa cakap lu, hashflare pon itu hari terjejas sampai hentikan mining bitcoin SHA 256 dek kerana difficulty level increase yang tak menguntungkan. refer SINI untuk selanjutnya.

cryptomining farm malysia,

Setelah aku study & observe sikit dekat blog & forum, rupanya CMF ni ada buat beberapa business lain antaranya adalah perkhidmatan AI chatbots, server, VoIP, networking serta kedai kopi. Selain itu mereka juga ada labur dalam ICO sollar farm, tapi masih on HOLD, tak pasti kenapa. apa pon itulah sebabnya macam mana dorang boleh bayar dengan konsisten.


cryptominingfarm, cmf investment bitcoin,

ini pula jaminan CMF membayar keuntungan pada pelanggan melalui trading cryptocurrency

Selain itu, CMF juga mengeluarkan coin mereka sendiri iaitu UNITCOIN, yang mengejutkan aku adalah, coin tersebut ada dalam list coinmarketcap dan boleh didapat di exchange yang terpilih 👍

universalcurrency, unit coin, cmf coin,

Kalau korang tanya aku samada hashflare, genesis atau CMF ?? aku akan pilih CMF & jugak eobotsbb boleh topup free melalui faucet di eobot 😀 Dengan modal minimum 0.0029 BTC iaitu sekitar RM70 harga market sekarang. korang boleh jana berlipat kali ganda. Dan setakat ini, CMF platform mining yang paling berbaloi untuk mining dengan harga kontrak yang ditawarkan. Sebelum aku habis menaip, jom kita layan gambar2 dari CMF








Kepada sesiapa yang nak join, boleh register di SINI ya. atau nak tanya ke nak apa ke boleh wsap sini 0107917614



























sumber & kredit :  blog, forum, CMC, CMF & Lifetime Web

















Saturday, June 09, 2018

FIFA WORLD CUP 2018


RUSSIA 2018
FIFA WORLD CUP




14th June 2018 to 15th July 2018




FIFA world cup groups 2018

Their are total 8 groups that will play the group stage matches (fifa world cup qualifiers schedule). From each group Top 2 will be selected for Knock out stage. The groups are shown in the picture.
World Cup 2018
GroupsTeams
Group ARussia, Saudi Arabia, Egypt, Uruguay
Group BPortugal, Spain, Morocco, Iran
Group CFrance, Australia, Peru, Denmark
Group DArgentina, Iceland, Croatia, Nigeria
Group EBrazil, Switzerland, Costa Rica, Serbia
Group FGermany, Mexico, Sweden, South Korea
Group GBelgium, Panama, Tunisia, England
Group HPoland, Senegal, Colombia, Japan










Monday, April 16, 2018

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH


SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI
WEB SPR




Anda boleh semak daftar pemilih anda di web spr ori ini




ini web ori spr

BAGAIMANA nak PASTIKAN WEB ini ori 
PASTIKAN link 
https://


Selepas Pastikan web itu ori dan selamat
Boleh laa check daftar Anda dan tempat Anda Mengundi


MASUKAN NO KAD PENGENALAN ANDA






Butiran Peribadi Pengundi dan Kawasan Mengundi Akan Dipaparkan



JOM Semak Daftar Pemilih Anda


KLIK LINK INI






Friday, October 06, 2017

Jurulatih direman 5 hari









JURULATIH pasukan renang kebangsaan yang ditahan kerana merogol atlet renang negara direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 7 Oktober.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, suspek ditahan susulan laporan yang diterima mengenai atlet renang yang dirogol pada 26 September lalu.

"Mangsa membuat laporan pada 1 Oktober kerana bimbang akan keselamatannya.

"Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga jurulatih," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


















https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...direman-7-hari

Bajet 2018 dibentang 27 Oktober |TERKINI : Khabar gembira untuk penjawat awam





Bajet 2018 dibentang 27 Oktober |TERKINI : Khabar gembira untuk penjawat awam
PUTRAJAYA: Bajet 2018 akan dibentangkan di Parlimen pada 27 Oktober ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata demikian dalam ucaptamanya ketika mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2018 bertema Negaraku Membentuk Masa Depan di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap cadangan dan pandangan rakyat akan didengar kerajaan dalam menggubal bajet negara. "Setiap isu yang dibangkitkan dan cadangan yang dikemukakan akan diperhalusi dan diberi pertimbangan sewajarnya.

"Majlis Konsultasi ini adalah satu platform yang penting bagi sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi pandangan dan maklum balas terhadap cabaran dan isu semasa serta langkah menanganinya. "Inilah dasar keterbukaan dan keprihatinan kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat," katanya. Yang turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata, meskipun pelbagai negara berhadapan dalam ketidaktentuan ekonomi dunia, Malaysia masih mampu menghadapi cabaran ini dengan pelbagai langkah dan inisiatif termasuk melaksanakan Dasar Transformasi Nasional. "Kalau kita tidak buat dasar ini, mungkin kita berhadapan dengan kemelesetan ekonomi atau berhadapan dengan situasi ekonomi yang lebih sukar," katanya.

























SUMBER KREDIT : https://www.bharian.com.my/node/293158

Wednesday, August 16, 2017

BR1M 2017 (Fasa 3) akan mula dibayar 16 Ogos


BR1M 2017 (Fasa 3) akan mula dibayar 16 Ogos 2017



PETALING JAYA: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini akan diagihkan bermula 18 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.







Perdana Menteri membuat pengumuman itu selepas menerima banyak pertanyaan mengenai bantuan wang tunai itu di akaun sosial miliknya.

"Ramai orang yang bertanyakan mengenai BR1M di laman Facebook, Twitter dan Instagram saya.

"Saya gembira mengumumkan bahawa, Insya-Allah, BR1M akan diagihkan bermula pada 18 Februari. Mudah-mudahan ia membantu," kata Najib di laman Facebooknya pada Jumaat.

Ketika pembentangan Bajet 2017 pada Oktober lalu, Najib mengumumkan bahawa jumlah bantuan BR1M akan ditambah untuk semua kategori.

BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200.

BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, meningkat daripada RM800 kepada RM900.

Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Manakala Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas dengan peruntukan RM6.8 billion.

Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.



























kredit sumber


Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 22 Ogos




Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 22 Ogos


Tarikh Hari Raya Qurban akan ditetapkan berdasarkan rukyah dan hisab. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah untuk menetapkan Hari Raya Qurban adalah pada petang 22 Ogos bersamaan 29 Zulkaedah 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Ia akan mengisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Qurban.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah di tempat yang ditetapkan. - Bernama









kredit sumber



Tuesday, August 15, 2017

Kerap dipanggil ‘rasmi’ majlis



KEUNIKAN nama ‘Rasmi Abdullah’ meninggalkan pelbagai kisah tersendiri buat empunya nama sejak kecil sehinggalah hari ini.
Nama diberi bapa, Abdullah Magiri, 60, menjadikan Rasmi, 34, istimewa dan unik serta paling menonjol sebagai anak sulung daripada empat beradik.
“Masa sekolah, ramai juga kawan-kawan pelik dengan nama saya sebab terlalu ringkas dan pendek.
“Setiap kali ada majlis perasmian, mesti kawan-kawan kata, ‘juru acara panggil kau tu Rasmi, pergilah’,” katanya kepada Sinar Harian.
Rasmi berkata, pada mulanya memang rasa geram juga dengan kawan-kawan yang gemar mengejek namanya, namun dia tidak terlalu mengambil pusing dengan usikan tersebut.
Katanya, walaupun ejaan namanya nampak pelik seperti tidak cukup suku kata, namun dia menganggap tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Apa yang penting, kawan-kawan senang panggil nama saya...Ini tak, ada nama sampai berbelit nak sebut dan menyusahkan semua orang.
“Bila orang terpaksa baca sampai dua, tiga kali nama saya yang tertera pada buku atau dokumen, saya pasti tolong bacakan betul-betul supaya mereka tak salah eja dan baca,” katanya.
MyKad milik Rasmi yang menunjukkan nama istimewa diberi oleh bapanya.
Ketika ditanya adakah dia sering terasa hati apabila orang sekeliling mentertawakan namanya, Rasmi berkata, dia tidak ambil hati dan lebih suka berfikiran positif dan menganggap namanya itu sangat unik serta mudah diingati.
“Tapi ramai juga yang ingat saya mualaf kerana nama ayah Abdullah, tapi saya memang beragama Islam sejak lahir.
“Tapi bila dah berkerjaya, nama tu macam susah juga sebab tiap kali menemu ramah orang, mesti mereka ingat pemilik nama tu lelaki,” katanya yang pernah menjadi wartawan sebuah akhbar arus perdana.
Rasmi yang pernah menjadi wartawan berkata, disebabkan namanya unik,  dia mudah dikenali oleh majikannya kerana nama itu jarang didengari.
Katanya, 'byline' (nama) pun senang ditulis terutamanya di muka hadapan akhbar.
“Pernah beberapa kali juga nama pelik tu menghiasi muka depan surat khabar antaranya kes kematian Teo Beng Hock dan beberapa laporan khas semasa bertugas bersama Utusan Malaysia dan Harian Metro.
“Dahulu sewaktu bertugas di Melaka, seorang kawan wartawan kata kalau pergi periksa nama kau di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), mesti kau seorang saja ada nama macam tu kan.... tapi mungkin ada juga yang guna nama itu tapi tidaklah ramai,” katanya seronok berkongsi kisah namanya.
Selain itu, sejak menceburi bidang perniagaan pakaian terpakai, Rasmi memberitahu, kadang-kadang ada juga pembekal yang bertanya adakah betul nama itu atau mereka yang salah dengar.
Katanya, biasa mereka akan tersalah panggil jadi 'Resmi' mungkin lebih nampak keperempuanan, tetapi lama-lama mereka sudah biasa dengan panggilan Rasmi.
Bagaimanapun, baginya,  ibu bapa yang beri nama panjang-panjang hari ini mungkin mengikut peredaran zaman dan semua ibu bapa mahu nama anak-anak mereka mempunyai maksud yang terindah.
“Tapi saya tidaklah memberi nama terlalu panjang untuk kedua cahaya mata hanya sekadar mempunyai maksud baik-baik sahaja.
“Adik beradik lelaki saya pun nama pendek-pendek sahaja seperti Mubarak, 24, dan Mahadir, 27...Cuma adik bongsu sahaja nama panjang sedikit iaitu Nursyuhadatul Ain,16,” katanya yang  aktif menjalankan perniagaan pakaian terpakai di Tawau, Sabah.












sumber kredit



Saturday, August 12, 2017

Nak Anak Pandai Baca Seawal Usia Setahun,


Nak Anak Pandai Baca Seawal Usia Setahun, Ibu Boleh Praktikkan 7 Perkara Ini Sejak Anak Berumur 5 Bulan




Memperkenalkan flashcard antara pembelajaran awal di peringkat kanak-kanak. Mungkin bagi setengah ibu bapa mainan yang berwarna-warni, berbunyi adalah perkara utama untuk bayi bawah umur setahun untuk merangsang deria penglihatan dan pendengaran.

Tapi sebenarnya jika ibu bapa dah mula mengenalkan flashcard huruf, nombor kepada anak seawal usia anak 5 bulan lagi secara konsisten, hasilnya sangat menakjubkan apabila anak mula menginjak usia setahun.

Konsisten yang bagaimana? Luangkan masa bersama anak selama 10 hingga 15 minit setiap sesi bermain. Jika anda ibu bekerja, anda boleh lakukan ini di waktu malam sementara anak hendak tidur.

Tip yang dikongsikan oleh Puan Aminah Hussain, ibu kepada dua cahaya mata lelaki ini boleh dimanfaatkan dan dijadikan panduan buat ibu yang mengajar sendiri anak mereka di rumah. Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah.

Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran :

1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.

2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula. (bagi anak yang dah boleh berjalan dan melompat)

3. Beri anak mainan ‘fidget’ untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.

4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.

5. Apabila membaca kuat, latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.

6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca.

7. Flashcard yang digunakan hendaklah besar, terang dan berwarna- warni. Selepas sesi membaca, bagi anak pegang flashcard itu dan biarlah dia nikmati sendiri berada di alam flashcard.

Ibu jangan terlalu memaksa anak untuk duduk diam dan memfokuskan kepada aktiviti pembacaan. Bayi yang masih lagi dalam proses menyesuaikan diri mungkin akan lebih fokus pada sesuatu yang dirasakan menarik. Sebenarnya anak kecil yang selalu mendengar perkataan berulang-ulang akan mudah faham. Lama-kelamaan anak akan faham dan dengan sendirinya berminat dengan apa yang ibu bapa lakukan untuk mereka.

Jangan terkejut jika anak sudah mengenal huruf semenjak usianya 9 bulan. Anak syurga kita semua dilahirkan sebagai genius, mereka mampu membuat perkara lain yang lebih daripada itu.




Sumber: Majalah Pa & Ma

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...