Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label VIRAL. Show all posts
Showing posts with label VIRAL. Show all posts

Monday, January 16, 2017

_TEGURAN RAHSIA SEORANG GURU_



Assallamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai sahabat semua.Sebuah kisah utk renungan dan iktibar bersama
_TEGURAN RAHSIA SEORANG GURU_
Harun ibn ‘Abdillah, seorang ulama Ahli Hadith yang juga pedagang kain di Kota Baghdad bercerita:
Suatu hari, larut malam .. pintu rumahku di ketuk.
“Siapa..?”, tanyaku.
“Ahmad”, jawab orang di luar perlahan.
“Ahmad yang mana..?” tanyaku makin penasaran.
“Ibn Hanbal”, jawabnya perlahan.
SubhanaLLAH, itu guruku..!, kataku dalam hati.
Maka kubuka pintu.
Kupersilakan beliau masuk, dan kulihat beliau berjalan terjingkit-jingkit, seolah tidak ingin terdengar langkahnya.
Saat kupersilakan untuk duduk, beliau menjaga agar kerusinya tidak berderit mengeluarkan bunyi.
“Wahai guru, ada urusan yang penting apakah sehingga dirimu mendatangiku selarut ini?”
“Maafkan aku ya Harun. Aku tahu biasanya engkau masih terjaga meneliti Hadith selarut ini, maka aku pun memberanikan diri mendatangimu. Ada hal yang mengusik hatiku sedari siang tadi.”
Aku terkejut.
"Sejak siang..? Apakah itu wahai guru?”
“Mmmm begini…” suara Ahmad ibn Hanbal sangat pelan, nyaris berbisik.
" _Siang tadi aku lalu di samping Majlismu_, _saat engkau sedang mengajar murid-muridmu_.
_Aku saksikan murid-muridmu terkena terik sinar mentari saat mencatat Hadith-hadith_, _sementara dirimu bernaung di bawah bayangan pepohonan_.
_Lain kali_, _janganlah seperti itu wahai Harun_.
_Duduklah dalam keadaan yang sama sebagaimana murid-muridmu duduk_ ..!"
Aku tercengang , tak mampu berkata…
Maka beliau berbisik lagi, lalu minta izin balik dan melangkah kaki terjingkit2 dan menutup pintu dgn hati-hati.
Masha'ALLAH .....
Inilah guruku Ahmad ibn Hanbal, begitu mulianya akhlak beliau dalam menyampaikan nasihat.
Beliau boleh saja membetulkan kesalahanku saat melintasi Majlisku.
Tapi itu tidak dilakukannya demi menjaga wibawaku di hadapan murid-muridku.
Beliau juga rela menunggu hingga larut malam agar tidak ada orang lain yang mengetahui kesalahanku.
Bahkan beliau berbicara dengan suara yang sangat pelan dan berjingkat saat berjalan, agar tidak ada anggota keluargaku yang terjaga.
Lagi-lagi demi menjaga wibawaku sebagai imam dan teladan bagi keluargaku.
Teringat perkataan Imam Asy Syafi’e :
“Nasihati aku saat sendiri, jangan di saat ramai dan banyak saksi. Sebab nasihat di tengah khalayak, terasa hinaan yang membuat hatiku pedih dan koyak; Maka maafkan jika hatiku berontak.”
_Mudah2an bermanfaat untuk kita semua_


Thursday, January 12, 2017

'Biskut Sembahyang Orang Cina' halal: JAKIM





KUALA LUMPUR: 'Biskut Sembahyang Orang Cina' yang viral di laman sosial baru-baru ini, adalah halal dan dikeluarkan oleh Iced Gem, syarikat yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia. 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan semalam, mengesahkan biskut terbabit juga tidak mengandungi lemak haiwan yang tidak halal atau bahan terlarang yang bercanggah dengan syariat Islam. 

Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal JAKIM, berkata semakan lanjut unit berkenaan mendapati biskut jenis itu turut didaftarkan dalam sistem mereka.

"Apa yang berlaku adalah kebanyakan pemborong menjualnya kembali dalam bentuk pembungkusan semula seperti timbang, sukat dan paket yang kecil. Malangnya, ada di antara pemborong berkenaan masih belum memohon pensijilan halal JAKIM. 

"Perkara ini disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab, sekali gus mengundang keresahan dalam kalangan pengguna," katanya. 

Sehubungan itu, unit berkenaan berkata pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih barangan makanan halal dan perlu bijak dengan mengutamakan produk biskut yang memiliki sijil atau logo Pengesahan Halal Malaysia atau logo Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM.

"Untuk semakan lanjut berkenaan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM, orang ramai boleh melayariwww.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim," katanya.






VIRAL Pakcik Ali jual buku agama seikhlas hati



Tular kisah Pakcik Ali jual buku agama seikhlas hati, Netizen tersentuh

Kuala Lumpur: “Pak cik tak fikir untung sangat yang penting mereka ikhlas dan baca buku itu,” kata warga emas yang mahu dikenali sebagai Ali, 66

Kisah Ali menjual buku agama termasuk panduan solat dan himpunan doa berhampiran Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS), di sini, menjadi tular selepas seorang lelaki memuat naik ke dalam akaun Facebook miliknya

Menerusi status berkenaan, lelaki terbabit tersentuh apabila harga buku yang dibeli hanya perlu dibayar dengan seikhlas hati

Bercerita mengenai kisah terbabit, Ali berkata, menjadi rutin hariannya ke terminal berkenaan untuk menjual buku agama, dari 6 petang hingga 9 malam

Menurutnya, setiap hari juga lebih 40 hingga 50 buku dibawa untuk dijual di sekitar kawasan berkenaan

“Pak cik guna modal sendiri beli buku dan kebanyakan buku adalah buku agama termasuk panduan solat bagi perempuan dan lelaki

“Kalau soal harga memang tak tentu. Pak cik jual dari serendah RM1 hingga RM10. Terpulang pada mereka nak beli berapa, janji ikhlas. Sambil cari rezeki, memang pak cik niat untuk berdakwah,” katanya yang sudah menjalankan peniagaan terbabit lebih dua tahun

Ditanya mengenai gambarnya yang menjadi tular, Ali berkata, ia banyak membantu jualan buku berkenaan

“Patutlah ramai singgah beli buku pak cik. Kalau selalunya antara 10 buku saja terjual, namun minggu ini jumlahnya lebih daripada itu. Pak cik anggap ini sebagai rezeki,” katanya yang tinggal bersama anak saudara lelakinya di Kampung Baru, di sini

Ketika ditanya berhubung pandangan sesetengah orang ramai yang menganggapnya sebagai peminta sedekah, Ali berkata, dia tidak terlalu memikirkan mengenai perkara berkenaan sebaliknya teguh dengan pendiriannya dalam mencari rezeki halal

“Pakcik tak kisah pun orang nak kata apa sebab pakcik dah tua. Ini saja yang termampu pakcik buat untuk cari duit,” katanya















kredit


wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...