Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, January 12, 2017

VIRAL Pakcik Ali jual buku agama seikhlas hati



Tular kisah Pakcik Ali jual buku agama seikhlas hati, Netizen tersentuh

Kuala Lumpur: “Pak cik tak fikir untung sangat yang penting mereka ikhlas dan baca buku itu,” kata warga emas yang mahu dikenali sebagai Ali, 66

Kisah Ali menjual buku agama termasuk panduan solat dan himpunan doa berhampiran Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS), di sini, menjadi tular selepas seorang lelaki memuat naik ke dalam akaun Facebook miliknya

Menerusi status berkenaan, lelaki terbabit tersentuh apabila harga buku yang dibeli hanya perlu dibayar dengan seikhlas hati

Bercerita mengenai kisah terbabit, Ali berkata, menjadi rutin hariannya ke terminal berkenaan untuk menjual buku agama, dari 6 petang hingga 9 malam

Menurutnya, setiap hari juga lebih 40 hingga 50 buku dibawa untuk dijual di sekitar kawasan berkenaan

“Pak cik guna modal sendiri beli buku dan kebanyakan buku adalah buku agama termasuk panduan solat bagi perempuan dan lelaki

“Kalau soal harga memang tak tentu. Pak cik jual dari serendah RM1 hingga RM10. Terpulang pada mereka nak beli berapa, janji ikhlas. Sambil cari rezeki, memang pak cik niat untuk berdakwah,” katanya yang sudah menjalankan peniagaan terbabit lebih dua tahun

Ditanya mengenai gambarnya yang menjadi tular, Ali berkata, ia banyak membantu jualan buku berkenaan

“Patutlah ramai singgah beli buku pak cik. Kalau selalunya antara 10 buku saja terjual, namun minggu ini jumlahnya lebih daripada itu. Pak cik anggap ini sebagai rezeki,” katanya yang tinggal bersama anak saudara lelakinya di Kampung Baru, di sini

Ketika ditanya berhubung pandangan sesetengah orang ramai yang menganggapnya sebagai peminta sedekah, Ali berkata, dia tidak terlalu memikirkan mengenai perkara berkenaan sebaliknya teguh dengan pendiriannya dalam mencari rezeki halal

“Pakcik tak kisah pun orang nak kata apa sebab pakcik dah tua. Ini saja yang termampu pakcik buat untuk cari duit,” katanya















kredit


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...