IKA mengaku pernah diajak menjadi peneman tidur oleh pemain golf kalangan orang kenamaan.
KUALA LUMPUR 7 Jan. – Kedi-kedi wanita yang berwajah cantik dan berkulit cerah sering dipelawa untuk menjadi peneman tidur para pemain golf di sebelah malam dengan bayaran yang begitu lumayan.
Perkara itu didedahkan oleh seorang kedi yang dikenali sebagai Ika, berusia 20-an dan masih bekerja di salah sebuah kelab golf terkenal di negara ini.
Ika yang berasal dari Surabaya, Indonesia berkata, dia sendiri pernah ditawarkan wang sebanyak ribuan ringgit hanya semata-mata untuk menjadi teman tidur seorang lelaki bergelar Datuk.
“Selama saya menjadi kedi di sini, lebih dari 20 kali saya diajak keluar jalan-jalan ‘makan angin’, membeli-belah dan ditawarkan wang ringgit yang banyak oleh beberapa orang Datuk dan juga ahli perniagaan dengan syarat sanggup tidur di hotel bersamanya.
“Tetapi saya tidak pernah termakan dengan ajakan mereka. Memang betul kalau ikut mereka akan dapat wang yang banyak, tetapi apa guna wang yang banyak kalau diperoleh dengan cara menjual diri,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurut Ika, seorang rakannya pernah disogok dengan pelbagai tawaran termasuk dibawa ‘makan angin’ ke Genting Highlands, membeli belah di gedung-gedung pakaian, makan malam, karaoke dan tidur di hotel.
Seorang lagi kedi, Suriya, 22, berkata, dia pernah mengikuti seorang ahli perniagaan sehingga ke hotel sewaktu dia tidak bertugas.
Katanya, sebelum ke hotel, dia dibawa membeli belah dan berkaraoke bersama beberapa kawannya yang lain.
“Ketika di bilik hotel, saya pernah mendengar perbualan telefon ahli perniagaan itu dengan seorang yang dipanggil Tan Sri mengenai sebuah projek kerajaan, tetapi saya tidak pasti projek apa, yang pasti selepas itu saya pula diprojeknya” ujarnya.

AYU kerap menjadi kedi kepada seorang lelaki bergelar datuk.
KUALA LUMPUR 7 Jan. – Rata-rata pemain golf terutama lelaki akan terpikat dengan kedi wanita kategori ‘kelas A’ kerana mereka pandai melayan selain bijak membaca garisan, sekali gus memudahkan pemain memasukkan bola tepat ke dalam lubang.
Layanan mesra ini menjadi senjata utama kedi-kedi wanita di semua kelab golf terkenal.
Mereka juga menjadi penambat hati pemain-pemain golf lelaki negara ini sama ada yang bergelar Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, mahupun pemain muda untuk berulang kali bermain di kelab-kelab golf terbabit.
Panggilan seperti “abang sayang”, “abang comel”, “sayang” misalnya, mampu meruntun jiwa pemain-pemain golf amatur terutamanya mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas.
Kerana layanan istimewa inilah ada dalam kalangan pemain golf termasuk kalangan orang kenamaan berperang dengan isteri masing-masing apabila mendapat tahu suaminya ‘miang’ dengan kedi di kelab golf.
Sehubungan dengan itu, dipercayai terdapat kelab-kelab golf tidak menggunakan perkhidmatan kedi wanita di lapangan mereka.
KREDIT SUMBER
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..