: Kereta Kebal Adnan Dalam Operasi Geledah Pengganas
Pasukan
keselamatan menggunakan kereta perisai jenis Adnan dalam Ops Daulat
untuk mengempur saki-baki pengganas bersenjata Sulu di Kampung Tanjung
Batu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kereta tersebut mempunyai mobiliti lebih baik dan mudah digunakan.
"Kita lebih
bersedia sekarang dan operasi menggeledah di kawasan Tanjung Batu akan
diselesaikan sepenuhnya hari ini," kata Hamza pada sidang media di sini
pada Selasa.
Hamza berkata
tiga lagi suspek bersenjata berjaya ditahan pada Isnin menjadi jumlah
tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
(SOSMA) kini 107 orang.
"Mereka ditahan di Kampung Sim Sim, Sandakan," katanya.
mStarRead more: HERE ~ SUMBER & KREDIT~
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..