GARA-GARA tidak dapat
menahan nafsu, sepasang kekasih berasmara di dalam sebuah rumah di
Kampong Batu 9 disini di cekup penduduk, polis dan pegawai penguatkuasa
Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, baru-baru ini.
Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampong (JKKK) Kampong Baru, Batu 9, Ahmad Bahrom, 59, berkata,
penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri
pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki tersebut
yang dikatakan telah menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.
Menurutnya juga, sebelum ini, ibu bapa
lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah
dengan gadis pilihanya itu tetapi lelaki tersebut sengaja
melengah-lengahkan untuk berkahwin.
“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki
itu dikatan tiada dirumah, ia memaksa kami untuk memecah pintu depan
rumah tersebut yang dikunci kerana pasangan tersebut dikatakan enggan
untuk memberi kerjasama.
“Lelaki yang berusia 30-an tersebut
adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman
wanitanya yang berusia 25 tahun yang berasal dari Terengganu, adalah
merupakan seorang guru yang bertugas si sebuah sekolah menengah di
Setapak, Kuala Lumpur, kata ketika ditemui.
Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan,
lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman
wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.
Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal
menunjukan dokumen yang mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri
yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam
Perak, Hilir Perak.
Pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam
Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan
hanya boleh dibuat oleh Pegawai Penguatkuas di Ibu Pejabat Jabatan
Agama Islam Perak di Ipoh.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..