Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Saturday, March 16, 2013

Kenapa Aku Nak Jadi Jutawan ?

 Sebab Aku boleh Bantu orang lain dengan Kekayaan yg Aku ada..tgk mereka yg dah berjaya Jadi Jutawan Di Malaysia zommm

HEBAT: 5 Jutawan Termuda Malaysia (2013)

Penemuan hebat yang akan anda baca ini adalah kesimpulan daripada Senarai 40 orang terkaya Malaysia (2013). 5 orang JUTAWAN ini masih muda-muda lagi. Ada yang mewarisi harta keluarga dan ada juga yang bermula dari bawah. Yang lebih cemerlang 4 daripada 5 orang ini adalah orang MELAYU. Tentulah aku bangga sebab akukan orang Melayu. Cuba fahamkan ciri-ciri jutawan daripada cerita dibawah ini.

(5) RAJA ELEENA AZLAN SHAH


Kekayaan Terkumpul: RM 819,000,000     Umur: 53 tahun

Yang Amat Mulia Raja Eleena Binti Sultan Azlan Shah ialah anak kepada Sultan Perak sekarang. Beliau memiliki Ijazah Perundangan dari University of London. Pada permulaan, beliau menjadi peguam di London dan apabila tiba di tanah air, beliau menyertai Messrs Skrine & Co. Akhirnya pada 1987, beliau menubuhkan Messrs Raja Eleena, Siew Ang & Asssociates. Seterusnya, Raja Eleena menjadi lembaga pengarah Gamuda di mana syarikatnya (Generasi Setia) merupakan pemegang saham tertinggi dalam Gamuda. Antara yang lain, beliau juga lembaga pengarah KAF-Seagroatt & Campbell Holdings Berhad dan Danau Permai Resort Berhad.

(4) DATUK KAMARUDIN MERANUN


Kekayaan Terkumpul: RM 2,352,000,000     Umur: 51 tahun

Datuk Kamarudin adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia dan Tune Group (orang kanan Tony Fernandes). Sebelum menyertai Tony, beliau bekerja di Arab-Malaysia Merchant Bank sebagai Portfolio Manager dan kemudian sebagai Pengarah Exekutif Innosabah Capital Management Sdn Bhd. Beliau memiliki Diploma Actuarial Science dari UiTM, B.Sc. Degree with Distinction (Magna Cum Laude) majoring dalam Kewangan dan MBA dari Central Michigan University.

(3) TAN SRI TONY FERNANDES


Kekayaan Terkumpul: RM 2,583,000,000     Umur: 48 tahun

Tan Sri Anthony Francis Fernandes ialah pengasas TUNE AIR SDN BHD. Beliau telah berjaya mengubah syarikat penerbangan yang “hidup segan mati tak mahu” kepada sebuah syarikat yang sangat cemerlang dengan memperkenalkan penerbangan tambang murah (Air Asia). Kejayaan ini disusuli dengan pertolongan Tun Dr. Mahathir (PM ketika itu) untuk mencapai persetujuan Penerbangan Terbuka di Negara2 Asia Tenggara. Persetujuan itu membenarkan syarikat penerbangan tambang murah mendarat di negara2 terbabit.

(2) MOKHZANI MAHATHIR


Kekayaan Terkumpul: RM 2,881,000,000     Umur: 52 tahun

Beliau mengaut keuntungan sebanyak 43% kekeyaan apabila Kencana Petroleum miliknya bergabung dengan Sapura Crest milik Shahril dan Shahriman Shamsudin. Dalam Sapura Kencana, beliau dilantik sebagai Timbalan Pegawai Exekutif Pengerusi dan Sapura Kencana merupakan syarikat servis Oil & Gas terbesar di Malaysia. Selain itu beliau memiliki Bugatti Veyron yang berharga sekitar RM10 juta. Kereta ini merupakan kereta terpantas didunia. Beliau juga mengikut jejak langkah ayahnya Tun Mahathir untuk keluar UMNO pada tahun 2008. Sepang International Circuit juga adalah miliknya.

(1) SHAHRIL & SHAHRIMAN SHAMSUDDIN


Kekayaan Terkumpul: RM 3,549,000,000     Umur: 52 tahun

Ayah mereka, Shamsuddin Kadir telah mengasaskan Sapura Group dengan menamakannya sempena mendiang isterinya, Sapura. Shahril & Shahriman mewarisi harta kekayaan ayahnya ini dan menubuhkan Sapura Kencana selepas bergabung dengan Kencana milik Mokhzani Mahathir. Si abang merupakan CEO dan President manakala si adik menjadi ahli lembaga pengarah.

KESIMPULAN:
Kebanyakan yang tersenarai disini ada kaitan dengan Tun Mahathir. Sebab itulah bagi aku, mungkin ada korupsi ketika Mahathir memerintah, tapi tanpa dia Malaysia tidak mungkin dikenali di mata dunia seperti sekarang. Bahkan tanpanya juga Malaysia tidak mungkin KAYA seperti zaman sekarang. Walau apa pun, tidakkah anda mahu tersenarai seperti diatas? Bayangkan seperti Mokhzani, kereta Bugatti tu harga dia macam RM1,000 je. Kalau kita? Kumpul sampai tua pun tak lepas!

Credits: 
 
 
 ~ Admin : dah mula baca buku Biografi Syed Mokhtar Al Bukhari....Pak Cik kayooo
 

1 comment:

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...