52 maut menjelang sambutan ke-10 Perang Iraq
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 52 maut dalam siri serangan di Iraq semalam
ketika beberapa menteri melancarkan boikot berikutan kelewatan pilihan
raya wilayah serta menjelang sambutan ke-10 Perang Iraq yang diketuai
Amerika Syarikat (AS).
Lebih 20 letupan dan beberapa siri serangan senjata api yang meletus
menyebabkan lebih 170 orang cedera. Ia dianggap insiden berdarah
terbesar sejak enam bulan lalu.
Keadaan itu memaksa pihak keselamatan melancarkan operasi memburu di setiap pintu masuk dan menutup jalan raya utama ke ibu negara berkenaan.
Sekurang-kurangnya 15 serangan itu membabitkan letupan bom kereta termasuk dua membabitkan serangan berani mati.
Serangan semalam adalah yang terbesar sejak 9 September tahun lalu yang mengorbankan 76 nyawa. - AFP
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..