Dalam
Ops. Daulat di Sabah baru-baru ini, Condor yang antara kenderaan
berperisai pertama turun ke Lahad Datu. Ramai antara Rakyat Malaysia
mengenali kenderaan ini, tapi tidak semua
memahami dokrin yang digunakan ketika dalam peperangan. Jadi, admin mahu
jelaskan serba sedikit mengenai Lagenda Condor yang telah banyak
menabur bakti di Malaysia.
1. Condor
4×4 merupakan kenderaan berperisai kategori APC, berkelajuan 95Km/j di
atas jalan dan amfibi 10 km/j di atas air dengan jarak operasi 900km..
2.
Merupakan APC rekaan asal Thyssen-Henschel of Germany dan dikilangkan
oleh Henschel Wehrtechnik, dari German. Ia berdasarkan casis model
UNIMOG dan digunakan oleh Kor Armor Diraja dan RAMD sejak 1981 sebagai
penganti Cadilac Cage V-150 Commando.
3. Turut
dioperasikan oleh Kuwait 8 unit, Portugal 12 unit (Polis), Thailand 19
unit, Turkey 25 unit dan Uruguay 64 unit. Tetapi Malaysia adalah
pengguna terbesar di dunia dengan mengoperasikan sehingga 457 unit~!!!
4. Selalu
digunakan untuk misi pengaman PPB, United Nation (UN) dan pernah
terlibat dalam Battle of Mogadishu atau Black Hawk Down dalam misi
menyelamatkan US Ranger yang terperangkap di Bakhara Market, Somalia.
5. Di
Malaysia, antara varian yang digunakan ialah Personnel Carrier (APC) ,
Ambulan (AMB), Command and Control (ACV), Anti-tank (AKK) dan bagi versi
Montar (AMC) pula tidak dibeli utk RAMD.
6.
Dilengkapi dengan turet jenis TH-1 yang diperlengkapkan dengan senjata
twin GPMG (General Purpose Machine Gun), 1 laras GPMG sebagai senjata
Rear Gunner, dan selaras 20 mm Oerlinkon sebagai senjata anti armor.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..