Semalam aku ade tengok melodi jap..Aku satu berita yang seorang artis
bernama Eina Azman menangis-nangis depan camera sambil mendakwa dia
hampir dirogol oleh seorang yang bergelar datuk..So hari ini aku pun
baca laa cerita tu dari Roti Kaya untuk mengetahui apa yang berlaku..
Rupanya dia ditipu dan juga hampir diperkosa oleh Datuk
berkenaan..Kesian plak bila dengar pasal dia kena tipu tu walaupun
statement dia beli kereta bernilai 175K tu boleh menimbulkan spekulasi
memandangkan dia masih muda..Tapi tak mustahil kalau dia datang dari
golongan yang berada..
Bab yang hampir diperkosa tu aku rasa takde nak kesian sangat atas
beberapa fakta kejadian..Satu, tempat pertemuan mereka iaitu
dihotel..Sepatutnya dia tahu yang tak elok kalau perempuan berjumpa
dengan lelaki lain di hotel..Aku tak sure sama ada hotel itu merujuk
kepada bilik atau Coffee House hotel.
Kedua adalah fakta waktu pertemuan yang tidak sesuai iaitu pukul
11.00mlm..Sepatutnya dia harus membawa seorang teman untuk berjumpa
Datuk berkenaan kerana waktu malam macam tu bukanlah waktu yang sesuai
untuk berbincang soal jual beli kereta..
Aku tak menyalahkan Eina nie 100% sebab tak silap aku dia masih muda
lagi...Cuma apa yang kita boleh belajar dari insiden ini ialah
berhati-hati jika mahu melakukan satu pertemuan dengan
seseorang..Especially bila kita dah mula ragu-ragu dengan orang yang
kita nak jumpa tu.
Regards,
-Strider-
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..