Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, June 08, 2012

~MIMPI IKAN BESAR~

N3 kali ini berkaitan ~Mimpi Aku Semlam~ Mimpi Memancing Mendapat Ikan Besar..mimpi tu antara jam 3.45pagi hingga jam 5.30pagi sebb semalam aku menjadi "ascort" abah aku berjumpa sahabatnya di Brisdale Hotel..Minum berbual di "Coffee House sampai laa jam 12.30am..asalnya nak ke Condo di Damai tapi bertukar tempat pulak..Jadi sampai rumah dah jam 1.05am


2.00am dah TIDUR jadi proses mimpi dlm Otak manusia berlaku sejam lebih sikit dari waktu tidur (aku pernah baca satu artikel kajian mimpi ) so aku anggar kan waktu mimpi aku tu jam 3.45am hingga jam 5.30am sebb kul 5.30am tu aku dah bangun tapi mamai-mamai ayam..

"Mimpi Mendapat Ikan Besar, mula-mula aku memancing naik ikan sekor, kecik ajer..lepas tu naik lagi sekor besar sikit..lepas tu naik BESAR punyaaa ikan..dalam 20kg ada la.."

Tadi aku pun nak laa tahu tafsiran mimpi nie..seingat aku bab dpt ikan nie rezeki..so shja nak tambah keseronokan aku pon guna laa Pawang Google cari tafsiran mimpi....KLIK sini Keluarlah banyak pilihan.Pilih laa mana minat nak baca...


~salah satu aku pilih tafsirannya ialah :-

Bermimpi memancing ikan. Artinya, akan mendapatkan rejeki.

Bermimpi melihat ikan besar. Artinya, ada peningkatan keuangan.

WOwww Wang Besar wang Besar...

Kita tgk pula Tafsiran mimpi dari perspektif Islam....

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.


Tafsir Mimpi Mengikut Islam

* Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

* Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

* Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

* Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

* Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

* Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

* Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

* Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

* Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

* Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

* Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

* Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

* Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

* Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

* Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

* Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

* Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.





Ikan:

Mimpi ikan yang agak besar dan biasa ditangkap.maka ia menunjukkan rezeki dan kekayaan.tetapi mimpi ikan kecil-kecil ia menunjukkan musuh dan kerugian.
oleh itu mimpi dapat menangkap ikan-ikan yang agak besar adalah kebaikan,keberkatan dan kenikmatan dari Allah.Ikan juga melambangkan kalimah toyyibah,ietri yang solehah dan banyak memberi manfaat:

Firman Allah swt:
An-Nahl:14 (sila search surah ini)


~Sumber~

6 comments:

  1. saya mimpi macam penulis.. mula mula pancing pakai umpan bodoh dapat ikan kecik, pastu eksaited buh umpan pancing lagi dapat ikan besar sket dari yang pertama.. kali ketiga saja letak umpan besar, tapi tarik balik pancing sbb pikir nanti ikan leh mkn umpan tepi2 jer n then bila ganti umpan saiz biase, tetiba terus kena sambar ikan besar sangat, . dah cuba tarik kuat2 akhirnya naik ikan besar n berat dlm 20kg gak kut..... masa tuh jam pkul 4.30 lebih..

    So penulis dah ade ke dapat apa2 rezeki yang melimpah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~ buat masa ini tidak lah terlalu besar rezeki tu..masih menanti tambahan rezeki yg terbesar...

      Delete
  2. Owh.. brp lame dh mimpi nye tu?hrp la ada rezki besar untuk saye ni... hihi

    ReplyDelete
  3. saya ada bermimpi mendapat bapak ikan sembilang laut,yg peleknye bila dikail naik tali pancinag tu badan ikan tu panjang smpai tak muncul2 ekor ikan tu sgt panjang.lepas dua mggu mcm tu projek saya meletop.btul kata org tua2,mimpi ikan atau atau air tandanya mendapat rezeki..bukan sekali mimpi nk dpt rezki nie.penah sekali memancing ikan atas bot kecik tiba2 nampak kapal terbang terus masuk dlm air laut kapal terbang tu dah tengelam boleh nmpak ekor blkg mcm jerung lalu kapal terbang tu terus terdampar kat batu pembelah ombak kira dekat dgn daratan pastu saya sedar dri mimpi tu..lepas sebulan mcm tu kwn ada cri tnh kosong dlm 100 ekar dkt dgn laut kebetulan sya ada pegang tanah tu dan kwn ckp pembeli nak buat kilang dan gudang spare part kapal terbang skrg ni tgh proceed.harap2 apa yg sya mimpi tu ada rezki lg insyallah......

    ReplyDelete
  4. Mimpi lebih elok dirahsiakan.. Dan diceritakan pada org tersayang saja. Jika
    Mahu tafsir rujuklah guru.. Saya juga sdg memikurkan apa maksud mimpi saya

    ReplyDelete

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...