Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, June 29, 2012


MAEL LAMBUNG : HAK Eksklusif Zizan Raja lawak


SIAPA sangka watak Mael Lambong seorang penarik kereta yang direka dan diketengahkan oleh pasangan pelawak Jozan iaitu Zizan Razak dan Johan dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) kini adalah karakter yang popular.

Zizan yang bertanggungjawab mencipta dan melakonkan watak Mael Lambong sewaktu bertanding dalam MLM boleh berbangga dan tersenyum puas apabila ia diangkat sehingga ke layar perak.

Sebagai pencipta watak Mael Lambong, dia kini memegang hak eksklusif karakter itu biarpun ia digunakan oleh Excellent Pictures Sdn. Bhd. dalam filem Mael Lambong yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 21 Jun lalu.

"Saya telah mendaftarkan nama Mael Lambong atas hak cipta saya sebelum ia diangkat ke dalam filem Mael Lambong. Nama dan karakter Mael Lambong kini menjadi hak eksklusif saya selaku pencipta watak tersebut.

"Atas kebenaran saya itulah maka watak Mael Lambong kemudiannya telah difilemkan. Saya lakukan semua itu bukan kerana duit semata-mata, tetapi demi masa depan karakter itu yang boleh diperkembangkan pada masa depan.

"Ini kerana selepas MLM berakhir ada wakil stesen televisyen yang menawarkan saya berlakon dan menghasilkan sebuah drama berdasarkan karakter Mael Lambong. Tetapi saya tolak kerana mahu mengangkatnya terus ke filem.

"Saya lakukan itu berdasarkan keyakinan saya apabila ramai penonton yang gelak dan seronok melihat kemunculan watak Mael Lambong sewaktu MLM dulu," katanya semasa ditemui di majlis pratonton filem Mael Lambong di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Mael Lambong arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri adalah filem ketujuh terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. dan merupakan sebuah filem komedi.

Sementara itu, Ahmad Idham yang juga penerbit syarikat produksi terbabit sudah lama menghidu kekuatan karakter Mael Lambong sebelum dia meminta kebenaran daripada Zizan bagi mengangkatnya ke layar perak.

"Saya dapat mengesan keunikan watak Mael Lambong kerana ketika Zizan dan Johan bertanding dalam MLM kerana saya adalah salah seorang jurinya. Saya dapati ramai penonton suka dengan watak itu.

"Selepas habis MLM saya berjumpa Zizan bagi mendapatkan pandangannya. Dari situlah saya mula mencipta watak-watak lain yang ada dalam filem Mael Lambong seperti Tiger yang merupakan watak antagonis," ujarnya.

Percaturan

Ternyata percaturan Ahmad Idham membuahkan hasil apabila Mael Lambong yang turut dibintangi oleh Juliana Evans, Taiyuddin Bakar dan Shenthy Feliziana berjaya membuatkan pawagam gamat dengan gelak tawa para penonton.

Malah pengarah prolifik itu turut terkejut apabila kebanyakan pawagam menayangkan sehari awal iaitu pada 20 Jun lalu kerana yakin dengan kekuatan dan sambutan yang akan diberikan oleh para peminat filem Melayu.

Mael Lambong hak eksklusif Zizan

Mael Lambong antara lain mengisahkan tentang Mael Lambong lakonan Zizan yang merantau ke Kuala Lumpur kerana kecewa apabila pinangannya ditolak oleh ibu kekasihnya dan kemudiannya bekerja sebagai seorang penarik kereta.

Tanpa dirancang Mael kemudiannya telah pulang ke kampungnya dan dia bertambah kecewa apabila mengetahui kekasihnya sudahpun ditunangkan dengan Tiger.

Juliana Evans yang juga pelakon penting dalam Mael Lambong turut mengakui kekuatan filem genre dark comedy tersebut sehingga sanggup meluangkan masanya mempromosikan filem itu.

"Saya sekarang sedang bercuti daripada belajar sanggup balik dari Michigan, Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur semata-mata bagi mempromosikan Mael Lambong kerana yakin filem ini mampu pergi jauh.
"Ini adalah gandingan saya dan Zizan yang membuahkan hasil selepas Hantu Bonceng kerana mungkin ada keserasian antara kami. Kebetulan saya sedang bercuti sehingga hujung Ogos ini bagi menyambut Syawal di sini.

"Sepanjang berada di sini saya akan meluangkan masa bagi membantu promosi filem ini," katanya yang kini sedang melanjutkan pengajian di Western Michigan University dalam bidang Filem, Video dan Pengajian Media

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...