Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label Raja Raja Melayu. Show all posts
Showing posts with label Raja Raja Melayu. Show all posts

Tuesday, October 18, 2016

Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong ke-15







KUALA LUMPUR 11 Okt. - Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-243 (Khas) yang akan bersidang pada Jumaat ini, diadakan bagi memilih Yang di-Pertuan Agong baharu.

Sebelum mesyuarat khas itu dijalankan, terlebih dahulu diadakan Mesyuarat Pra-Majlis sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 hari ini diikuti mesyuarat rasmi pada esok dan Khamis.

Ketika ini jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkuat kuasa 13 Disember 2011 dan tempoh perkhidmatan Seri Paduka akan berakhir 12 Disember ini.

Berdasarkan sistem penggiliran yang telah ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Walau bagaimanapun jika Sultan Muhammad V menolak pemilihan tersebut, mengikutkan sistem penggiliran, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Selain itu, terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong; tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental; merupakan raja yang berada di kedudukan teratas; mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaannya dalam negara atau kerana keuzuran.























Saturday, October 08, 2016

Tengku Amir Shah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor





KLANG: Tengku Amir Shah dimasyhurkan Raja Muda Selangor dalam Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli di Istana Alam Shah, di sini, pagi ini

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan mengurniakan Keris Kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor kepada Tengku Amir Shah

Turut berangkat ke istiadat berkenaan, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin

Terdahulu, Tengku Amir Shah mengangkat sumpah sebagai Raja Muda Selangor dan menandatangani Lafaz Akuan Sumpah Gelaran

Tengku Amir Shah kemudian berangkat meninggalkan Balairung Seri untuk keluar dari Selangor selama tujuh hari, seperti amalan yang ditetapkan sebelum kembali semula pada 15 Oktober nanti bagi menyempurnakan Istiadat Menghadap dan Menjunjung Duli di istana sama

Raja Muda Selangor diputerakan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat, hasil perkahwinan Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Puan Nur Lisa Idris

Baginda mempunyai dua kekanda, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah

Tengku Amir Shah mendapat pendidikan awal dan menengah di Alice Smith School, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pendidikan di Wellington College, United Kingdom pada 2004 hingga selesai peringkat A Level pada tahun 2009

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekologi dan Biologi Alam Sekitar di Universiti Leeds, United Kingdom

Selepas tamat pendidikan, Tengku Amir Shah menjalani kursus persediaan ketenteraan di Akademi Tentera Darat (ATD) di Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum mendaftar diri Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, United Kingdom dan menamatkan latihan dengan cemerlang pada 15 April lalu

Baginda kini adalah seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda di Batalion ke-17, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), yang ditauliahkan kepada baginda pada 19 Julai lalu





wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...