Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label RESEPI BERBUKA PALING LAZAT. Show all posts
Showing posts with label RESEPI BERBUKA PALING LAZAT. Show all posts

Monday, June 20, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : Buttermilk Chicken




Buttermilk Chicken





BAHAN2:
7 pistol Ayam - potong kecil2
1/2 cwn tepung biasa
1/2 cwn tepung jagung
2 pek Butter
1 ulas Bwg Putih - cincang
2 tangkai Daun Kari
7 bj Cili Padi
1/2 cwn Susu Cair Evaporated (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Cili Merah 
Gula sedikit bagi naik rasa lemak.


CARA2:
1. Perap ayam dgn garam, serbuk cili merah & kari selama 5 minit.
Golekkan ke dlm tepung biasa dan tepung jagung, selepastu goreng sehingga masak & garing.

Ayam yg sudah diperap dgn serbuk kari,serbuk cili merah,tepung gandum dan tepung jagung. Jangan lupa letak garam sikit.




Ayam yg sudah siap digoreng. Toskan minyak bg kering.



Cairkan butter .. Tak perlu letak minyak masak sbb butter dah minyak .


2. Cairkan butter & tumis bwg putih, daun kari & cili padi sehingga wangi.
Bila dah agak mcm garing sedikit,


Masukkan pula susu sedikit demi sedikit, tambah garam,gula & cili padi, kacau sehingga pekat.
3. Masukkan ayam goreng & selamat menjamu selera !!! ðŸ¤—🤗🤗🤗



Tuang susu cair lepas dah tumis bawang tadi.



Masa dia menggelegak tu gaul2 kn .. Takut jadi hangit kt bahagian bawah.. siap lah














Sunday, June 19, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: Lamb Shoulder grill






Bahan-bahan utk perap lamb shoulder (Anggaran 7 keping):

1. 6 keping lamb shoulder
2. Bahan kisar: 5 cm halia,
1 cm kunyit hidup,
4 ulas bawang putih dan
4 ulas bawang merah
3. 3 sudu besar madu
4. 4 sudu besar Sos tiram
5. 4-5 sudu besar lada hitam kisar
6 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,
7. 1/2 sudu kecil jintan putih
8. 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,
9. Sedikit kicap cair penganti garam
.
Cara menyediakannya :
.
1. Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas.
.
2. Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati
.
3. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman.
.
4. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.
.
Bahan-bahan sos:
.
1. Saki baki bahan perapan
2. 2 sudu teh sos tiram
3. 2 sudu teh sos tomato
4. 4 sudu besar lada hitam kisar
5. 2 sudu teh brown sugar
.
semuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi.
.
sedia untuk dihilangkan bersama hiasan yg diingini.



Thursday, June 16, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : BUBUR SOM-SOM KUAH DURIAN





BUBUR SOM-SOM KUAH DURIAN

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
4 cawan santan
1/2 sudu kecil garam

1. Panaskan kukusan
2. Gaul semua bahan dan tapis dalam periuk.
3. Kacau adunan sebentar dan tuang dalam loyang/acuan yang telah disapu minyak.
4. Kukuskan selama 5 minit.
5. Tutup api dan sejukkan.
6. Potong dan hidangkan bersama air gula merah/melaka.

BAHAN KUAH SERAWA DURIAN


1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu

Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.




RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : JELLY KELAPA





JELLY KELAPA 


1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.









Wednesday, June 15, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : PUDING LEMAK CENDOL







PUDING LEMAK CENDOL

Bahan-bahan:

1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula pasir - boleh kurangkan sikit jika tak suka manis
4 1/2 cawan santan sederhana pekat
2 helai daun pandan
500gm cendol - ditapis

Cara:

1. Bancuh tepung jagung bersama santan dan tapiskan kedalam periuk.
2. Campurkan gula dalam adunan kemudian masak dengan api sederhana hingga sebati. Hendaklah sentiasa dikacau selama lebih kurang 20 minit.
3. Bila dah likat, masukkan cendol dan kacau sebati selama 5 minit lagi.
4. Sudukan dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
5. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.






Tuesday, June 14, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : PUDING KARAMEL LAPIS COKELAT






PUDING KARAMEL LAPIS COKELAT


Puding Karamel Lapis Cokelat 
Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 tin susu cair (375 ml)
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla
2 s/b tepung kastad

Bahan B –

1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
2 s/b tepung kastad
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C –

2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu-kite guna 5 s/b gula. suke karamel manyak2.

Cara Membuat:

1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.

2. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.

3. Panaskan periuk kukusan, kukus guna oven. Letak air dalam dulang pembakar dan kukus pada suhu 200′C. Boleh juga kukus atas dapur.

4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.

5. Sebelum masukkan adunan B, goreskan sedikit bahagian atas permukaan lapisan A yang sudah masak tadi sedikit dengan sudu garfu. Maksudnya nanti lapisan A dan B akan melekat antara 1 sama lain.

6. Kemudian masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.

7. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis. Boleh buat 2 lapis, 3 lapis atau lebih. Setiap lapisan perlu dikukus.

8. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan. Potong dan hidangkan.





RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : PUDING TEMBIKAI



PUDING TEMBIKAI

Bahan-bahan:

1 paket agar2 serbuk - 10gm
2 keping roti gardenia
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
Cincau dipotong kecil - kalau tak ada cincau boleh guna bijan hitam
Sedikit pewarna hijau dan merah

Cara:

1. Masak agar2 bersama gula dan air. Hingga agar2 dan gula hancur.
2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis kemudian blend halus.
3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau sebagai kulit tembikai sy guna 1 cawan, biar keras sedikit.
5. Lepas tu sedikit lagi warna asal sy guna 3/4 cawan, curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit.
6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih atau warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai, biar sejuk, simpan ke dalam peti sejuk.





Monday, June 13, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: PUDING SAGU BERKUAH KASTARD





PUDING SAGU BERKUAH KASTARD

Bahan puding sagu:

300gm sagu
Air secukupnya - untuk merebus
Sedikit sirap ros

Cara:
1. Campurkan semua bahan diatas, sentiasa kacau supaya tidak hangus dibahagian bawah.
2. Masak sehingga sagu bertukar menjadi jernih.
3. Siramkan sagu yang masih panas dibawah air yang mengalir dengan menggunakan penapis & dikacau supaya kanji sagu keluar.
4. Toskan sagu tadi & masukkan ke dalam acuan yang bersesuaian supaya senang untuk dihidang.
5. Simpan di dalam peti sejuk.

Bahan kuah kastard:

3 sudu makan tepung kastard
1 tin susu cair
4 cawan air
8 sudu makan gula - tak suka manis kurangkan
1/2 sudu teh garam






Sunday, June 12, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : SIZZLING MEE







SIZZLING MEE

BAHAN-BAHAN:

5 ketul yee mee (dicelur sedikit)
1 labu bawang merah
3 biji bawang putih
2 inci halia
(bawang merah, bawang putih & halia - diblender)
10 kuntum cendawan butang hitam
(direbus hingga lembut & buang air rebusan dan potong 2 cendawan tersebut)
3 ketul isi ayam (dipotong sebesar 1 inci)
1/2 cawan kicap masin
3 senduk sos tiram
5 keping cili kering (kalau nak pedas buh cili padi)
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
sedikit minyak untuk menumis
sedikit gula & serbuk perasa
3 gelas air masak
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air masak)
(nota --> kalau tak masin baru bubuh garam)

CARA MEMBUAT KUAH SIZZLING
:

Tumis bawang merah, bawang putih yang telah diblender dan halia, cili kering hingga garing, kemudian masukkan sos tiram dan kicap, biarkan sebentar, kemudian masukkan cendawan dan ayam, dan masukkan air, lada hitam, lada sulah, gula serta sedikit serbuk perasa, biarkan sehingga mendidih dan rasa, jika tak berapa masin boleh tambah sedikit garam, kalau dah masin tambahkan sedikit air lagi dan kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dan sedia untuk dihidangkan

BAHAN-BAHAN HIASAN:
Sawi pendek (dicelur sebentar dengan air panas)
telur mata kerbau (digoreng)









RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : PUDING KARAMEL TANPA TELUR





PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan A gula hangus:

2 sudu besar gula pasir


Bahan B puding:

10gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sdb tepung kastad
1 sdk esen vanila

Cara:

1. Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil. Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan.
2. Satukan semua bahan-bahan B. Kacau di atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad tidak bergentel.
3. Apabila menggelegak dan adunan sedikit pekat, tutupkan api. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras. Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan.









Saturday, June 11, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: PAJERI TERUNG






PAJERI TERUNG

Bahan-Bahan:

3 biji terung panjang (sederhana kecil)
3 sudu besar minyak
1 1/2 cawan santan pekat
3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
1 sudu besar kerisik
Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)
Bahan untuk dikisar halus:
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu besar udang kering
Cara Penyediaan:

Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.
Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Masak hungga pecah minyak.
Masukkan terung, kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedkit gula kerana pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis.





Friday, June 10, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: PUDING COCKTAIL





PUDING COCKTAIL



Bahan custard:

2 cawan bird custard
8 cawan air

Cara:


1. Masukkan bird custard dalam bekas. Masukkan 3 cawan air. Gaulkan sebati hingga tidak berketul.
2. Pada masa yang sama, masak 5 cawan air di dalam periuk hingga hampir mendidih. Kemudian masukkan adunan tepung custard dalam periuk. Masak hingga custard masak, biasanya kita boleh nampak macam ada buih angin di dalam custard tu.
3. Tuang dalam loyang dah sejukkan.

Bahan kuah cocktail:

1.5gm tin susu cair - satu tin berat 410 gram
7-8 sudu gula - bancuh dengan sedikit air panas untuk cairkan gula, boleh tambah lagi jika perlu
1-2 tin fruit cocktail in syrup - berat 410 gram
2 cawan air masak - untuk masuk dalam kuah cocktail, boleh tambah lagi jika perlu, ikut citarasa nak kuah pekat atau cair

Cara:

1. Campurkan semua bahan dalam bekas. Rasakan manisnya sama ada mencukupi atau tidak.
2. Potong tepung custard yang telah sejuk. Masukkan ke dalam kuah coctail
3. Sejukkan di dalam peti sejuk.



RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: MEE UDANG MEAT BALL






MEE UDANG MEAT BALL

Bahan-bahan:

mee kuning secukupnya ~ dicelur
telur ~ direbus
tauhu ~ digoreng
sawi ~ dicelur
bawang goreng secukupnya

Bahan kuah:

sos cili secukupnya
udang secukupnya
meat ball / fish ball
1 kiub pati ayam / lembu
1 kiub tom yam
1 genggam ikan bilis ~ digoreng & dikisar halus
1 biji kentang ~ direbus
garam dan gula secukupnya

Bahan dimesin:

1 batang serai
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 genggam udang kering ~ rendam dulu
lada kering yg direbus secukupnya ~ kalau nk pedas, letak banyak
sedikit halia
sedikit belacan

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimesin hingga garing dan wangi.
2. Masukkan sos cili, gula, garam, ikan bilis digoreng, kiub ayam dan tom yam. Kacau sebati.
3. Masukkan kentang yang dimesin dengan air secukupnya. Jika kuah terlalu pekat, tambah lagi air ikut cita rasa. Masukkan meat ball dan renihkan kuah hingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan udang. Bila rasa semua dah ok, tutup api.
5. Siap dihidang









Thursday, June 09, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: MEE REBUS KELEDEK






MEE REBUS KELEDEK

Bahan-bahan:

Sebungkus mee kuning
3 - 4 cawan tauge
daun bawang dan sadri
4 keping tauhu digoreng
3 batang lada hijau dipotong
6 biji limau kasturi dibelah
4 biji telur direbus
Tepung goreng (resepi kat bawah....)

1/2 kilo tulang
200 gm daging potong nipis
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
sedikit lengkuas diketuk
2 biji kentang atau keledek direbus dan dimesin halus
2 sudu taucu
2 sudu udang kering dimesin
3 sudu rempah kari daging
3 sudu kacang tanah mesin (kalau suka...)

Cara-caranya :

1. Daging dan tulang direbus hingga empuk.
2. Tumiskan bawang dan halia yg dimesin halus dan lengkuas, hingga wangi.
3. Masukkan rempah kari dan dibiar seketika.
4. Masukkan daging dan tulang yg direbus tadi, kentang, taucu, udang kering dan kacang tanah.
5. Tambahkan 1 jag air dan dibiar mereneh hingga kepekatan kuah yg dikehendaki. Sesuaikan rasanya.

Tepung goreng

Bahan-bahan:

Tepung beras
serbuk kunyit
serbuk kari
garam
2 sudu udang kering direndam dan dikisar.

Cara membuat:

Campurkan semua bahan dan ditambahkan air hingga mendapat adunan seperti tepung goreng pisang dan digoreng hingga garing.




RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: MEE KUNGFU




MEE KUNGFU

Bahan-bahan buat mee:

500gm mee kuning
4 biji telur gred A @ 5 biji gred B
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Caranya:

1. Gaul semua bahan diatas.
2. Panaskan minyak dalam fry pan, Goreng mee diatas anggaran untuk seorang makan. Goreng hingga kekuningan kedua belah permukaan. Buat sampai habis

Bahan-bahan kuah:

7 ulas bawang putih diketuk
150gm isi ayam dipotong kecil
10 ekor udang dibuang kulit
3 ekor sotong dipotong bulat
2 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
4 cawan air
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
5 batang baby corn dipotong memanjang
5 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus
hirisan brokoli
hirisan kobis bunga
garam secukup rasa
molassses brown sugar secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

Caranya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan.
2. Masukkan ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan udang & sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih
5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.
6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT : KETAM GORENG KARI





KETAM GORENG KARI

Bahan:
Beberapa ekor ketam (perap ngn kunyit n sedikit garam - kemudian goreng.. sekejap je tau)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 paket kecil serbuk kari (ketam/udang/ika)n + sikit air (jadikan pes)
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan (numlaa) - xde pun xpe... kalu ada lg best... ehhehehe
sedikit air asam jawa
2 biji telur (dipukul sekejap)
Sedikit daun kari
Garam dan gula (i x pakai pak aji lgsg)

Cara:

Goreng ketam terlebih dahulu... ketepikan...
tumis bahan tumbuk hingga naik bau...
masukkan pes kari dan kacau hingga sedikit garing
masukkan air asam jawa... sikit je tau... kalu guna adabi punya pes... dlm setengah sudu kecik jer..
masukkan sos ikan dan sos tiram...
masukkan telur dan kacau cepat2... biar jd mcm scrambled egg
last letak ler garam dan gula... secukup rasa... (kuantiti ikut pengalaman sndri jer... ehheheheh)
Bila kuah sedikit kering, letakkan ketam goreng tadi dan daun kari. Balik-balikkan supaya semuanya sebati. Tutupkan api dapur.









Wednesday, June 08, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: AYAM GORENG KUAH KARI





AYAM GORENG KUAH KARI

 bahan kisar dan tumisan
bawang putih 
bawang merah
halia
cili padi 
bawang holland mayang
bawang putih mayang
bawang merah mayang
serai
daun kari

bahan kisar 
bawang merah
bawang putih
halia
cili padi



tumis bahan yg d mayang hga naik bau dn kekuningan layu


setelah bawang yg d mayang kekuningan masukkan bahan kisar tumis hga pecah minyak

 setelah bawang kisar pecah minyak masauk kn rempah kari gaul rata masuk kn air..garam perasa gula..

 kentang potong weges goreng

 ayam goreng matikan air..gaul dgn serbuk kunyit dn garam






RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: MEE JAWA





MEE JAWA

Bahan-bahan:
1 kg mi kuning
300 gm tauge
200 gm daging - direbus dan simpan airnya untuk stok
4 biji telur rebus
6 tangkai daun sup
1 biji cili hidup - dihiris
100 gm bawang goreng

Bahan untuk kuah:

4 biji keledek - rebus dan dilenyek
100 gm udang kering
3 sudu teh serbuk kari
2 ulas bawang putih ditumbuk
Garam
Minyak masak

Cara membuat:

1. Celur mi kuning serta tauge. Ketepikan
2. Panaskan minyak masak dalam periuk kemudian tumis bawang putih, udang kering dan serbuk kari hingga garing.
3. Masukkan stok daging, keledek dan daging. Masak hingga daging lembut.
4. Kemudian masukkan udang dan garam. Biarkan ia hingga mendidih. Angkat dan hidangkan bersama mee, daging, telur, daun sup, cili hidup serta bawang goreng.






RESEPI BERBUKA PALING LAZAT:Resepi Sup Tulang Power + Rempah sup buat sendiri





Resepi Sup Tulang Power + Rempah sup buat sendiri



Bahan-Bahan:

500g Tulang

Bahan untuk rempah tumis –

kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
2-3 tangkai cengkih

Bahan untuk dikisar –

3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih


Bahan untuk dipotong dadu besar –

1/2 batang lobak merah
2 biji kentang sederhana besar
tomato (potong 4)

Cara Membuat:


1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.

2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.

3. Masukkan tuilang,kacau dan biar sebentar.

4. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.

5. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.

6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa.

7. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.



+ Enak dimakan bersama nasi atau mee. Cicah dengan roti pun sedap.




Tuesday, June 07, 2016

RESEPI BERBUKA PALING LAZAT: Telur Mata Masak Masam Manis





Telur Mata Masak Masam Manis




Bahan-Bahan
5 biji telur ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inch halia
2 cawan air
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan gula
garam secukup rasa
1 1/2 cawan mix vege
sedikit minyak untuk menumis




Cara-cara
Telur ayam digoreng style mata kerbau lalu diasingkan
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus.
Panaskan minyak, tumis kesemua bahan yang dihiris
Setelah kekuninggan, masukkan air masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan sos tomato kacau rata, masak hingga mendidih lagi.
Masukkan mix vege, biar masak sebentar.
Masukkan gula dan garam secukup rasa seimbangkan rasa masam manisnya
Susun telur yang telah digoreng tadi atas pinggan
Tuangkan sos masam manis ke atas telur
Sedia dihidangkan....





wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...