Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Showing posts with label Idea Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Idea Kreatif. Show all posts

Thursday, February 16, 2017

Lemang periuk kera dapat sambutan




Namun, bagi sepasang suami isteri, mereka memilih pokok herba atau nama saintifiknya, nepenthes sepp itu untuk dijadikan lemang periuk kera.

Kamarul Zulkipli, 34, bersama isterinya, Nor Sidawati Sulaiman, 34, meskipun lemang periuk kera masih baharu, tetapi sambutan amat menggalakkan di negeri ini walaupun sudah ada lemang buluh yang begitu sinonim dengan negeri beradat ini.

Memulakan perniagaan itu tiga tahun lalu selepas merasai keenakan lemang periuk kera di sebuah rumah rakannya di Melaka, dia berkata, sememangnya percubaan pertama berjaya kerana melihat kelongsongnya tidak hancur dan kukuh menyokong pulut dan santan yang dimasak.

Rentetan daripada itu, Kamarul dan isteri, nekad menjual lemang periuk kera yang dibeli di Labis Segamat dan Rompin Pahang.

“Saya perlu beli kelongsong periuk kera ini di dua tempat iaitu Labis dan Rompin sebanyak 2,000. Saya lakukan ini kerana sukakan rasa lemang periuk kera. Walaupun jauh tapi berbaloi.

“Rasanya amat istimewa mungkin disebabkan aromanya yang tersendiri kerana lemaknya dan kelembutan pulut itu sendiri.

“Sesiapa perlu merasai sendiri barulah tahu keenakan lemang periuk kera,” katanya ditemui di rumahnya di Taman Bukit Intan, Senaling.

Menurutnya, pemprosesan penyediaan lemang periuk kera hanya mengambil masa 20 hingga 30 minit sahaja.

“Penyediaannya memang lebih mudah iaitu menggunakan teknik mengukus berbanding lemang biasa yang dibakar.

“Kita perlukan kelongsong periuk kera betina yang berbentuk seperti mangkuk dan perlu dibersihkan sebelum dimasukkan pulut dan santan.

“Periuk kera betina sesuai untuk membuat lemang kerana berbentuk mangkuk, kecil dan mudah diuruskan berbanding periuk kera jantan yang agak lonjong.

“Setelah dimasak, lemang ini mampu bertahan selama 10 hari hingga 12 hari,” katanya bila tiba perayaan Aidilfitri, dia tidak menang tangan menyiapkan tempahan.

Menurutnya, tempahan lemang itu tidak terhad pada musim perayaan sebaliknya sepanjang masa.

“Saya lakukan ini sebagai kerja sampingan sahaja dan jika ada tempahan, saya ambil,” katanya turut menerima tempahan lemang buluh.

Katanya, lemang periuk kera ini dijual dengan harga RM1.50 satu dan sesuai dimakan dengan rendang atau serunding.




















sumber:






Monday, January 16, 2017

INFO DAFTAR PERNIAGAAN : Kos deposit membuka akaun semasa atas nama bisnes


Perniagaan atas talian melalui blog, web, fb, Ig juga perlu didaftarkan dan membuka akaun semasa syarikat utk pengurusan kewangan yg lebih mantap teratur


INFO DAFTAR PERNIAGAAN



Kos deposit membuka akaun semasa atas nama bisnes:

Public Bank: RM5k (perlu introducer) 

Maybank: RM2k (perlu introducer) 

CIMB: RM1k (perlu introducer) 


RHB: RM1k (tak perlu introducer)

Bank Islam: RM1k (tak perlu introducer) 

Bank Rakyat: RM1k 


Ambank: RM500 (tak perlu introducer)

BSN: RM500 

CIMB Islamic RM500 (perlu introducer) 

CIMB Islamic RM1k jika tiada premis 

Hong Leong RM500

Alliance Bank RM 500 (tak perlu introducer) 

Alliance Islamic RM 500 (tak perlu introducer)



p/s : berbeza antara cawangan dgn satu cawangan yg lain..

Sunday, January 15, 2017

2 ekor lembu disumbat dalam Perodua Bezza






LEMBU yang disumbat ke dalam kereta.


Port Dickson: Cubaan sekumpulan penjenayah melarikan dua lembu yang dicuri tidak kesampaian apabila kereta yang mereka naiki terbabas di tepi jalan di Telok Kemang, di sini, semalam.

Sumber berkata, dalam kejadian antara jam 5 hingga 6 pagi, penjenayah terbabit mencuri haiwan itu di kampung berdekatan dengan menyumbatnya dalam kereta jenis Perodua Bezza.

Kata sumber itu, sewaktu mahu melarikan haiwan itu, kereta yang dipandu seorang suspek hilang kawalan lalu terbabas.

“Akibatnya, kenderaan itu memasuki longkang. Disebabkan bimbang orang awam datang membantu sekali gus membongkar rahsia mereka, penjenayah melarikan diri dan meninggalkan kenderaan serta haiwan itu.

“Kejadian disedari orang ramai yang melalui lokasi kejadian pada jam 8 pagi apabila mendapati kenderaan itu tersadai di tepi jalan. Ketika membuat pemeriksaan, orang ramai terkejut apabila mendapati dua lembu dalam kereta berkenaan,” kata sumber itu di sini, semalam.

Berikutan penemuan itu, sepasukan anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Adzli Abu Shah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Polis masih menjalankan siasatan mengenal pasti dalang di sebalik kejadian ini,” katanya.








KREDIT




Wanita hamil tahan sakit bersalin pakai topeng Chewbacca, Tak henti ketawa





ONTARIO - CANADA. Seorang wanita yang sebenarnya sedang menahan sakit menunggu saat untuk melahirkan anaknya tidak berhenti ketawa selepas memakai topeng Chewbacca

Berdasarkan video yang viral di laman sosial dan laman Youtube, topeng tersebut mampu mengubah suara si pemakai menjadi suara watak Chewbacca dari francais filem Star Wars

Akibatnya, jeritan sakit Katie Stricker Curtis, 32 tersebut bertukar seakan bunyi haiwan yang kelakar dan beliau, suaminya yang merakam video, doktor dan jururawat tidak berhenti gelak

"Tak semestinya saya mahu melahirkan anak, saya tak boleh berkelakuan seperti anak kecil! Bwahahaha!" kata wanita tersebut menerusi akaun Facebooknya

Beliau mengatakan beliau memakai topeng tersebut selama 3 jam dalam tempoh 21 jam proses melahirkan anaknya

Katie selamat menyambut anak pertamanya, seorang bayi perempuan yang dinamakan Jayden Lee pada 3 Januari lepas







kredit


Tuesday, January 10, 2017

TAMPAL LENCANA SEKOLAH Posting VIRAL


TAMPAL LENCANA SEKOLAH 

Tak Perlu Jahit, Ini Cara Termudah Tampal Lencana Sekolah Anak 

Seminggu sebelum sekolah inilah masanya ramai mak-mak kena tampal lencana di baju sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab tu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.
Tapi sekarang cajnya menjahit satu lencana adalah RM3.00 dan lagi RM3 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM6. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.

Jadi M cukup berterima kasih dengan perkongsian daripada Facebook Puan Akmar Laily Omar yang sudi mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat. Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.



Bahan yang diperlukan: 

1.Gam UHU
2.Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
3.Kertas tebal/cardboard/manila kad
4.Seterika




Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana. 
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.
Menurut Puan Akmar Laily, lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.
Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.
Selamat mencuba!









kredit
-copypaste Cikgugrafik.com-



Monday, January 09, 2017

Honda C70 jadi motobot







Jertih: Mohd Faizol Lokman hanya mengeluarkan modal RM50 untuk mengubah suai Honda C70 dan `test’ ciptaannya itu ketika banjir sehingga menjadi viral.

Faizol, 30, yang juga mekanik dari Kampung Gerung, dekat sini, tidak sangka video mengharungi banjir itu menjadi viral.

Katanya, dia tidak sangka video dirakamkan kakaknya, Khazuraimi Lokman, 35, yang juga pembonceng mendapat perhatian netizen, khusus di laman sosial.

Menurutnya, dia sebenarnya sudah beberapa kali mengubah suai motosikal iaitu sejak 2014 untuk mengharungi banjir tetapi tidak pernah merakamkan video.

“Saya ubah suai motosikal dengan memasang paip tangki air kereta ke karburator. Paip getah itu saya halakan ke atas.

“Karburator itu saya letak dalam raga motosikal. Salur minyak tu saya letak kat atas sekali supaya dapat elak daripada masuk air,” katanya.



link berkaitan



kredit











Hanya RM50, pemuda Besut ubah suai motosikal redah banjir hingga tular





Mohd. Fizol Lokman menunjukkan paparan klip videonya nenunggang motosikal. - UTUSAN ONLINE

BESUT 7 Jan. - Klip Video tentang kreativiti seorang pemuda di sini mengubah suai motosikalnya yang digunakan untuk bersantai mengharungi banjir minggu lalu menjadi viral di laman sosial.

Ia ditonton oleh lebih lima juta pengguna, dan turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, dan malam tadi menemukan pihak media dengan Mohd Faizol Lokman, 30, seorang mekanik motosikal itu di Kampung Gerong.


Klip video dengan aksi bersahaja Mohd Faizol memboncengkan kakaknya, Kazuraini, 35, menarik perhatian ramai tentang ‘ciptaan budak kampung’ yang berani mencuba dan hanya 
membelanjakan RM50 .


Mohd Faizol berkata, dengan sedikit kemahiran dalam membaiki motosikal, dia menggunakan bahan terpakai iaitu getah yang dari tangki air kereta yang disambung kepada karburetor motosikal.
 

Katanya, dari karburetor itu disambungkan pula paip getah kecil ke satu kotak plastik yang diisikan dengan minyak petrol untuk memastikan motosikal Honda C70 itu sentiasa hidup apabila meredah banjir.
 

Menurutnya, video yang menjadi viral itu diambil oleh kakaknya dengan memegang monopod semasa membonceng pada 4 Januari lalu dan kemudian diedit dengan memasukkan lagu “Jomblo Happy” nyanyian kumpulan Gamma 1.
 

Sementara itu Mohd Iskandar berkata, usaha Mohd Faizol merupakan lambang kreativiti dan cetusan idea tersembunyi anak muda yang tinggaldi kampung-kampung yang berjaya memanipulasikan minat serta kreativiti mereka.
 

Katanya, jika kreativiti itu digilap dan diberi penambahbaikan besar kemungkinan anak muda itu boleh menghasilkan produk yang komersil untuk digunakan oleh masyarakat terutama mereka yang bekerja di kawasan yang mudah dinaiki air.
 

“Lazimnya kawasan bendang atau kebun terputus hubungan kerana tidak dapat dilalui ekoran a berlaku hujan lebat untuk beberapa 
hari dan keadaan itu menyukarkan pesawah untuk ke sawah bagi meneruskan pekerjaan harian,“ ujarnya. 











Saturday, December 31, 2016

Wang RM1 salah cetak dijual RM1,350







Abdul Aziz Rahim dan isterinya, Siti Aminah menunjukkan antara koleksi wang syiling dan kertas miliknya yang bernilai tinggi.– utusan /Mohamed Saari

LABIS 28 Dis. - Hobi mengumpul mata wang sebagai koleksi bukan semudah yang disangka seperti mencari dan menyimpan, malah banyak ciri yang perlu diambil kira terutamanya keadaan fizikal selain tahun duit tersebut dihasilkan.

Selain usia serta keadaan fizikal yang menjadi penentu ketinggian nilainya, jumlah yang dikeluarkan serta nombor siri antara faktor utama yang diambil kira oleh pengumpul mata wang dalam menentukan nilainya.

Pengumpul mata wang selalunya tidak berkira dan sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan mata wang yang diingini sebagai koleksi mahupun untuk dijual semula kepada peminat lain.

Menurut Muslim Abdul Aziz, 53, seorang pengumpul mata wang yang sudah ‘jatuh cinta’ dengan hobi tersebut sejak hampir 30 tahun lalu, banyak perkara yang menjadikan duit lama mahupun baharu mampu bernilai tinggi.

“Selalunya ciri-ciri duit yang mempunyai nilai tinggi hanya diketahui oleh mereka yang benar-benar berminat untuk mempelajarinya atau seorang yang telah menjadi pengumpul.

“Ramai yang beranggapan semakin lama usia duit itu semakin tinggi nilainya. Sebenarnya duit baharu yang masih sah dalam pasaran juga mempunyai nilai tinggi sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kecacatan yang tidak disengajakan ketika dicetak,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Malah dia pernah memiliki sekeping wang kertas RM1 baharu yang senget cetakannya dan mampu menjualnya kepada seorang pengumpul wang dengan harga RM1,350 beberapa bulan lalu.

Menurutnya, siri wang kertas cetakan terhad atau siri awal seperti A1 serta siri Z yang sukar diperoleh turut menjadikan duit itu tinggi nilainya sehingga mencecah puluhan atau ratusan kali ganda daripada nilai sah lakunya dalam pasaran.

“Sepanjang hampir 30 tahun menjadi pengumpul mata wang, saya bukan sahaja telah membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan wang yang belum terdapat dalam koleksi, malah sering menjelajah ke beberapa negeri untuk mendapatkan bahan koleksi.

“Ketika ini saya menyimpan pelbagai jenis wang kertas dan syiling lama serta baharu yang dianggarkan bernilai mencecah RM500,000 dalam pasaran. Tapi nilai tersebut bukan nilai sah laku wang tersebut, sebaliknya nilai semasa bagi pengumpul mata wang,” katanya.

Seorang rakannya, Abdul Aziz Rahim, 60, mengakui baru berjinak-jinak secara serius sebagai pengumpul mata wang selepas berkenalan dengan Muslim sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini dia memang menyimpan wang syiling lama, namun hanya sekadar hobi, malah pernah patah semangat untuk terus mengumpul selepas semua wang tersebut hilang ketika melakukan kerja-kerja mengubah suai rumah 15 tahun lalu.

Walaupun nilai wang dalam simpanannya tidak sebanyak yang dimiliki oleh Muslim, namun dia tidak pernah menyimpannya di rumah sewaktu meninggalkan kediaman tersebut tanpa penghuni dalam jangka masa lama.

“Saya akan membawa wang tersebut atau meminta bantuan Muslim untuk menyimpannya sekira saya meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama seperti pulang ke kampung.

“Saya tidak mahu pengalaman kehilangan wang syiling lama dahulu berulang lagi, bukan sahaja kerana nilainya, malah kesukaran mendapatkannya semula jika hilang membuatkan saya serik dan* sentiasa berhati-hati,” 
katanya.




WANG LAMA RM80000





~ kredit Sumber


Friday, December 30, 2016

Pemilik tak sedar wang kertas lama bernilai RM80,000






Seorang pengunjung tertarik dengan pameran mata wang pelbagai negara di Lobi Megamal Pinang, Prai pada 16 Disember 2016. ― Foto Bernama

BUTTERWORTH, 16 Dis ― Mengumpul wang kertas atau syiling lama bukan sahaja satu hobi yang unik, malah merupakan sejenis pelaburan menguntungkan kerana harganya mampu mencecah puluhan ribu ringgit jika dijual.

Penganjur Malayan Banknote Fair, Richard Lim, berkata sejak menganjurkan pameran wang lama tiga tahun lalu, beliau pernah berjumpa dengan pemilik yang mempunyai sekeping wang kertas lama bernilai kira-kira RM80,000.

"Beliau (pengumpul wang lama) itu tidak menyedari wang kertas lama yang dimilikinya berharga sangat tinggi sehinggalah dinilai oleh pakar penilai wang profesional.

"Jika bertemu dengan kes seperti ini kami akan membantu pemilik itu menjual wang lama itu jika dia mahu menjualnya kerana kami ada jaringan dengan peminat dan pengumpul wang lama," katanya kepada Bernama pada pameran Malayan Banknote di sebuah pasaraya di Perai dekat sini, hari ini.

Richard berkata pengetahuan tentang cara menilai wang kertas lama sangat penting bagi memastikan pemilik tidak ditipu oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab semasa melakukan urusan jual beli.

Richard berkata pada pameran anjurannya orang ramai boleh datang untuk melihat serta mendapatkan maklumat mengenai cara menyimpan dan menilai mata wang lama yang dimiliki.

"Kami menyediakan khidmat penilai profesional percuma. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk pameran ini dan orang ramai boleh datang untuk menjual atau membeli wang lama jika ada menyimpannya," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai penganjuran pameran berkenaan orang ramai boleh hubungi penganjur di talian 018-9405221.

Sementara itu seorang pengumpul mata wang lama yang ditemui pada pameran itu G Bala, 40, berkata beliau merupakan generasi kedua mengumpul wang lama yang diwarisi daripada bapanya.

Bala berkata hobi mengumpul mata wang lama sangat menguntungkan dan beliau menumpukan sepenuh masa melakukannya sebagai sumber pendapatan utama keluarga.

"Saya mampu peroleh keuntungan yang tinggi dan membolehkan saya membuka sebuah kedai di Ipoh, Perak dengan dibantu oleh empat orang pekerja," katanya. ― Bernama



Tuesday, June 30, 2015

10 Blog Paling Popular di Malaysia

http://www.ezprofit2u.com/


Ini dia senarai terkini top 10 blog paling popular 2013 di Malaysia mengikut ranking Alexa. 

1. BeautifulNara.com (73) 
2. Pen Patah Blog (126) 
3. PaulTan (130) 
4. Blog Serius (140) 
5. Roti Kaya (144) 
6. Denaihati (204) 
7. AhmadFaizal.com (237) 
8. Blog New And Old (269) 
9. Ameno World (272) 
10. Mia Liana (276) 

Nampaknya, BeautifulNara masih lagi mengungguli dunia blogging di Malaysia. Kepada rakan-rakan blogger sekalian, selamat berblogging dan teruskan mewarnai dunia penulisan alam maya ini...:P

P/s: Ramai blogger yang buat duit dengan Churp-churp dan 8share. Tak der blog pun boleh join. Salah satu cara buat duit online. Selain itu jika anda mempunyai blog, tempeklah iklan CPM PopAds untuk meningkatkan pendapatan pasif dari blog anda. Earning dikira macam Advertlets tapi tak kan ganggu Gliteratti Nuffnang korang.

P/s: Jika anda berminat nak mulakan bisnes sampingan secara online, boleh cuba affiliate bersama Lazada Malaysia. Promote bermacam-macam barang dari sana. Komisyen 4% dari jualan.

http://www.ezprofit2u.com/


Wednesday, June 24, 2015

Warna Bas JDT Paling Cool Dalam Malaysia




Lain Dari Yang Lain !! Warna Bas JDT Paling Cool Dalam Malaysia



JANGAN BUAT SEPERTI APA YANG SAYA LAKUKAN, BUAT SEPERTI APA YANG SAYA KATA.


Bas utama pasukan Johor Darul Ta'zim tampil unik dengan penukaran warna badan yang sangat menarik apabila DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bersetuju untuk memilih warna 'chrome' sebagai warna bas tersebut. Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mahukan kelainan terhadap bas utama pasukan JDT dan ianya akan digunakan untuk membawa pemain pada perlawanan yang akan datang. Luaskan Kuasamu Johor!






















KREDIT & SUMBER : johorsoutherntigers.com.my










Tuesday, June 23, 2015

Membuat Perangkap Nyamuk dengan Botol Plastik


http://www.ezprofit2u.com/



 Cara mudah menggunakan bahan-bahan murah yang bisa menurunkan populasi nyamuk. Perangkap ini diletakkan di sekitar rumah dan bisa  bertahan selama 10-14 hari. Berikut ini cara sederhana membuat perangkap nyamuk dengan botol plastik.

Alat dan bahan yang digunakan sangat sederhana dan mudah dicari di lingkungan sekitar. Seperti air panas, gram gula merah, gram ragi roti, botol bekas plastik. Berikut ini  langkah-langkahnya untuk mempermudah anda. 

1. Potong dengan hati-hati botol plastik seperti gambar di bawah ini


2. Campur 50 gram gula merah dengan 200 mililiter air panas. Biarkan campuran dingin.


3. Tuang campuran ke bagian bawah botol plastik.


4. Tambah ragi. tidak perlu diaduk nanti akan menghasilkan karbon dioksida sebagai penarik perhatian nyamuk.


5. Letakkan bagian corong, terbalik, kedalam separuh botol tadi.


6. Bungkus botol dengan sesuatu yang berwarna hitam (isolasi), dan letakkan di beberapa sudut rumah, toko, sekolah, rumah sakit, ladang dll. (Terlindung hujan ). Pada titik ini, bagian atas botol harus jauh di atas garis air. Jika tidak, kosongkan sedikit  sehingga nyamuk dewasa akan dapat terbang dan tidak tenggelam dalam cairan.


Bongkar botol setelah 10-14 hari dan kembali Isi dengan bahan kimia segar dan memasang kembali perangkap.cara sederhana diatas bisa membantu anda untuk mengurangi nyamuk di lingkungan sekitar. Semoga informasi ini bermanfaat dan terimakasih sudah membaca.




Video Cara Buat Perangkap Nyamuk







http://www.ezprofit2u.com/

Saturday, May 16, 2015

Kapal Tangki Jadi Bangunan



BLACK GOLD : KAPAL TANGKI MINYAK DIKITAR SEMULA MENJADI BANGUNAN (10 GAMBAR)








Black Gold Project ialah sebuah konsep mengubahsuai kapal tangki minyak gergasi menjadi bangunan pelbagai guna. Di masa hadapan kapal tangki minyak gergasi tidak lagi diperlukan kerana dunia sudah kehabisan minyak. Kapal tangi ini boleh diubah menjadi kawasan kediaman, hotel, pusat membeli belah dan pusat komuniti dengah mudah. Hanya labuhkan kapal di pesisiran pantai dan sebuah bandar mini boleh tercipta. Nampak seperti something out of Fallout 3. Idea yang cool dan post apocalyptic tetapi in realiti bangunan dari kapal tangki ini akan berkarat dengan cepat.



























Friday, May 15, 2015

Kereta terbaru gunakan angin dan air sahaja.








Kereta terbaru gunakan angin dan air sahaja.

Phinergy drives car by metal, air, and water


Phinergy is a leading developer of breakthrough, absolutely zero emission, high energy density systems based on metal air energy technologies, mainly Aluminum-Air and Zinc-Air. Unlike conventional batteries that carry oxygen, these batteries freely breathe oxygen from the ambient air to release the energy contained in metals.

Say Goodbye to Arab Oil and Hello to Israel’s Car That Runs on Air and Water..

Malaysia kita ada perodua dan proton..bila agaknya boleh gunakan teknologi macam ini?

__________________

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...