Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Friday, December 30, 2016
Pemilik tak sedar wang kertas lama bernilai RM80,000
Seorang pengunjung tertarik dengan pameran mata wang pelbagai negara di Lobi Megamal Pinang, Prai pada 16 Disember 2016. ― Foto Bernama
BUTTERWORTH, 16 Dis ― Mengumpul wang kertas atau syiling lama bukan sahaja satu hobi yang unik, malah merupakan sejenis pelaburan menguntungkan kerana harganya mampu mencecah puluhan ribu ringgit jika dijual.
Penganjur Malayan Banknote Fair, Richard Lim, berkata sejak menganjurkan pameran wang lama tiga tahun lalu, beliau pernah berjumpa dengan pemilik yang mempunyai sekeping wang kertas lama bernilai kira-kira RM80,000.
"Beliau (pengumpul wang lama) itu tidak menyedari wang kertas lama yang dimilikinya berharga sangat tinggi sehinggalah dinilai oleh pakar penilai wang profesional.
"Jika bertemu dengan kes seperti ini kami akan membantu pemilik itu menjual wang lama itu jika dia mahu menjualnya kerana kami ada jaringan dengan peminat dan pengumpul wang lama," katanya kepada Bernama pada pameran Malayan Banknote di sebuah pasaraya di Perai dekat sini, hari ini.
Richard berkata pengetahuan tentang cara menilai wang kertas lama sangat penting bagi memastikan pemilik tidak ditipu oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab semasa melakukan urusan jual beli.
Richard berkata pada pameran anjurannya orang ramai boleh datang untuk melihat serta mendapatkan maklumat mengenai cara menyimpan dan menilai mata wang lama yang dimiliki.
"Kami menyediakan khidmat penilai profesional percuma. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk pameran ini dan orang ramai boleh datang untuk menjual atau membeli wang lama jika ada menyimpannya," katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai penganjuran pameran berkenaan orang ramai boleh hubungi penganjur di talian 018-9405221.
Sementara itu seorang pengumpul mata wang lama yang ditemui pada pameran itu G Bala, 40, berkata beliau merupakan generasi kedua mengumpul wang lama yang diwarisi daripada bapanya.
Bala berkata hobi mengumpul mata wang lama sangat menguntungkan dan beliau menumpukan sepenuh masa melakukannya sebagai sumber pendapatan utama keluarga.
"Saya mampu peroleh keuntungan yang tinggi dan membolehkan saya membuka sebuah kedai di Ipoh, Perak dengan dibantu oleh empat orang pekerja," katanya. ― Bernama
Labels:
Idea Kreatif,
Info,
Macam Macam Ada
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..