Seorang pengguna media sosial mempersendakannya dengan kapsyen: "Ini sahaja yang anda boleh buat. Anda hanya boleh lihat sampah".
ARAB SAUDI - Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang sapu tidak sedar komen menyindir tentangnya di media sosial menyebabkan beliau menjadi mewah dalam beberapa jam.
Nuzroul Abdul Karim, 50an yang berasal dari Bangladesh telah dirakam gambarnya ketika sedang melihat barang kemas di sebuah kedai.
Seorang pengguna media sosial yang muat naik gambar Nuzroul telah mempersendakannya dengan kapsyen: "Ini sahaja yang anda boleh buat. Anda hanya boleh lihat sampah".
Komen itu telah menghiris perasaan warga Arab Saudi.
Seorang ahli perniagaan telah menulis di Twitter @ensaneyat dan memulakan kempen mencari Nuzroul.
Beliau kemudian tweet dan retweet sebanyak 6,000 kali dan dalam tempoh tiga jam, tukang cuci itu berjaya ditemui.
Nuzroul menerima enam barangan kemas yang mahal, tujuh telefon bimbit dan wang tunai.
Tukang cuci itu berpinga-pinga pada awalnya kerana tidak tahu apa yang berlaku sehingga dimaklumkan oleh rakan-rakannya.
Katanya, hadiah yang diterima itu akan diberikan kepada isteri dan empat anak-anaknya.
Nuzroul berkata, beliau berhasrat untuk mengerjakan umrah sebagai tanda syukur dengan penghargaan yang diterima daripada warga Arab Saudi.
Warga Arab Saudi berkata, individu yang muat naik gambar Nuzroul dengan komen yang bersifat rasis tidak mewakili rakyat negara itu yang dikenali dengan sifat baik dan murah hati.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..