PASANGAN dari Perlis yang berkahwin di luar negara termasuk di Thailand hanya perlu bayar kompaun sebanyak RM2,000 bagi daftar semula perkahwinan. – Gambar hiasan
KANGAR – Kerajaan ne*geri Perlis kini dalam proses akhir untuk memudahkan prosedur perkahwinan umat Islam terutama melibatkan pasangan dari negeri ini yang berkahwin di Thailand.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Khairi Hassan berkata, pasangan tersebut tidak lagi perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah di sini sebaliknya hanya perlu membayar kompaun RM2,000 setiap seorang.
“Proses itu bertujuan memastikan umat Islam yang telah bernikah di luar negara atau negara jiran kerana pelbagai sebab termasuk poligami tidak terbeban dengan urusan mendaftar semula perkahwinan mereka di negara ini.
“Kerajaan negeri memandang serius hal ini supaya dapat mengelakkan masalah pada masa akan datang terutama berkaitan urusan waris, dokumentasi anak, harta, persekolahan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Khairi berkata, prosedur baharu itu dicadangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIPs) untuk dilaksa*nakan pada tahun depan.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_04.htm
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..