Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, August 07, 2017

ARSENAL JUARA PERISAI KOMUNITI



ARSENE Wenger (kanan) memegang Perisai Komuniti bersama penjaga gol Petr Cech selepas menewaskan Chelsea, malam tadi.- Foto EPA

Wenger rayu penyokong Arsenal bersatu



LONDON: Arsene Wenger meminta penyokong Arsenal terus bersatu selepas skuad kendaliannya menunjukkan keazaman tinggi ketika memenangi Perisai Komuniti menewaskan Chelsea, malam tadi.

Selepas menghabiskan musim lalu dengan tekanan daripada penyokong Arsenal yang kecewa, bos The Gunners itu berharap kempen baharu tidak akan melalui perkara sama.

Walaupun memenangi Piala FA penghujung musim lalu, keputusan Wenger menandatangani pemain baharu terbukti keputusan yang sukar untuk sebahagian penyokong Arsenal yang masih berang selepas pasukan itu gagal layak ke Liga Juara-Juara.

Wenger menjadi sasaran penyokong yang masuk ke padang dalam usaha memalukannya dalam perlawanan persahabatan pra musim, bagaimanapun pengendali dari Perancis itu lega apabila memulakan musim baharu dengan tonik tambahan dengan kemenangan mengatasi pasukan juara, Chelsea di Wembley.

Kejayaan pada penentuan sepakan penalti 4-1 memberikan Arsenal motivasi selepas seri 1-1 dalam 90 minit aksi dan Wenger segera meminta semua bersatu menjelang saingan Liga Perdana berdepan Leicester, Jumaat ini.

"Saya mahu mereka terus berada di belakang pasukan ketika kita mungkin akan melalui tempoh yang sangat bagus dan sebahagiannya pula tidak bagus," katanya.

"Kami mahu bersatu dan bersama-sama sepanjang musim.

"Setiap perlawanan adalah peperangan dalam Liga Perdana, seperti hari ini. Menjadi impian kami untuk menggembirakan penyokong, ia impian yang sukar tetapi kami sedaya upaya cuba melakukannya." - AFP

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...