Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, August 09, 2017

Real Madrid Juarai Piala Super Eropah, Tewaskan Man. United 2-1




Real Madrid menewaskan Manchester United di Skopje untuk memastikan kejuaraan ke-4 Piala Super Eropah mereka.
Real mendahului menerusi Casemiro pada separuh masa pertama ataupun lebih tepat, minit ke-24. Sebelum itu, Casemiro melakukan tandukan yang terkena palang gol.
Pada separuh masa kedua, Real menambah jaringan menerusi pemain terbaik perlawanan, Isco pada minit ke-52. Ianya selepas Isco bermain 1-2 yang cantik dengan Gareth Bale.
United merapatkan kedudukan menerusi Romelu Lukaku, 10 minit kemudian. Penyerang Belgium itu meyambut bola muntah selepas cubaan deras oleh Matic.
Sebelum itu, Lukaku terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol daripada peluang terhidang.
Namun United gagal untuk mendapat gol penyamaan yang mereka cari. Real Madrid pula gagal menambahkan jaringan hasil daripada beberapa serangan balas.
Real Madrid menang 2-1. Zinedine Zidane dan Real Madrid menjadi pasukan pertama yang mempertahankan Piala Super Eropah sejak 1990.
Real Madrid ternyata pasukan yang lebih baik pada separuh masa pertama. Namun United melakukan perubahan taktikal dengan bertukar kepada sistem 3-5-2.
Kemasukan Fellaini dan Rashford banyak memberikan impak kepada mereka. Rashford berkasi cemerlang dan banyak sentuhan yang tajam.
Real Madrid ternyata bertuah dengan kualiti pemain yang mereka ada terutama sekali untuk tengah mereka yang dibarisi Casemiro, Modrid dan Kroos.
Cristiano Ronaldo dimasukkan pada minit ke-83, disambut dengan gegak gempita oleh penyokong kedua-dua pasukan.







No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...