Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, August 09, 2017

Perbandingan harga mingguan Ogos 2017







Perbandingan harga mingguan Ogos 2017

3-9 Ogos
RON95 RM2.07 naik 4 sen
RON97 RM2.32 naik 4 sen
Diesel RM2.05 naik 6 sen





Ada cadangan semak harga minyak seminggu sekali - Johari

Cadangan semakan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel secara mingguan memberi manfaat kepada pengguna, pengusaha stesen serta syarikat-syarikat minyak sendiri sama ada dalam keadaan harga naik atau sebaliknya. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR 24 Dis: Cadangan semakan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel secara mingguan dikatakan dapat mengelak lebih 3,200 pengusaha stesen-stesen minyak di seluruh negara dari mengalami kerugian.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, ia sekali gus memberi manfaat kepada pengguna, pengusaha stesen serta syarikat-syarikat minyak sendiri sama ada dalam keadaan harga naik atau sebaliknya.

"Persatuan pengusaha-pengusaha stesen minyak telah datang berjumpa saya membuat aduan mengenai masalah yang mereka hadapi mengenai sistem pengapungan harga minyak yang ditetapkan sekarang ini mengikut harga pasaran dengan perubahan harga dibuat setiap sebulan sekali.

"Apa yang berlaku sekarang ini, banyak syarikat-syarikat minyak telah menggunakan kesempatan ini dengan menghantar bekalan minyak kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak dengan kuantiti yang banyak setiap hujung bulan jika mereka jangkakan bahawa harga runcit minyak akan jatuh untuk bulan hadapan.

"Sebaliknya jika harga runcit minyak dijangkakan naik pada bulan seterusnya, mereka akan mengurangkan penghantaran bekalan minyak kepada pengusaha stesen minyak pada setiap hujung bulan berikutnya," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Johari mengulas pertemuannya dengan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia, Khairul Annuar Abdul Aziz yang diadakan beberapa kali sebelum ini.

Dalam pada itu kata Johari, antara keluhan yang diterima adalah kerugian lebih 70 peratus pengusaha stesen minyak bumiputera yang dilantik oleh sarikat-syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Caltex, Petron dan BHP.

"Kerana itu pengusaha stesen minyak telah mencadangkan supaya harga minyak ini 'disemak' mengikut harga pasaran seminggu sekali dengan perbezaan harga maksima lima sen supaya perubahan harga ini tidak menjadi terlalu ketara berbanding jika ianya dilakukan setiap bulan," jelasnya.

Sementara itu, Khairul Annuar menjelaskan, permintaan semakan secara mingguan itu akan menyenangkan pengusaha minyak selain mengurangkan risiko kerugian yang terpaksa dihadapi.

"Kami minta kekerapan semakan harga, ia sebenarnya lebih memudahkan semua pihak. Semakan sebulan sekali hanya akan mengakibatkan pengusaha stesen mengalami kerugian yang lebih besar," katanya.

Pada 2014, kerajaan mengumumkan penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah Pengapungan Terkawal dan kaedah itu menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), yang diguna pakai kerajaan sejak 1983 bagi penetapan harga runcit bahan api negara.



http://www.astroawani.com/berita-mal...i-johari-86502

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...