Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, August 09, 2017

Harga menjunam, ini masa terbaik beli koleksi duit lama







SIBU: Harga wang kertas dan syiling lama kini menjunam sekurang-kurangnya 30 peratus sejak beberapa bulan lepas, demikian menurut Presiden Persatuan Numismatik Sarawak, John Goh Cheong Huat.

Sebagai contoh, beliau berkata duit syiling RM1 yang dikeluarkan pada 1971 sebelum ini berharga RM30, tetapi kini boleh didapati pada harga RM12.

"Duit syiling perak 20 sen dari tahun 1939 dijual kira-kira RM22 sekeping.

"Ia sebelum ini berharga RM90," katanya ketika ditemui pada program jualan dan pameran duit kertas, syiling, setem dan kad telefon lama pada Ahad.

Goh berkata pemilik barang-barang ini terpaksa menjual koleksi mereka bagi membantu menghadapi situasi kewangan semasa.

"Pada masa yang baik, anda tidak dapat mencari barang-barang ini kerana tiada pengumpul yang mahu menjualnya.

"Jika anda berjaya mencari syiling atau wang kertas, ia hanya pada jumlah yang terhad sahaja.

"Tetapi dalam beberapa bulan yang lalu, pengumpul mula menjual koleksi mereka," katanya.

Tambah beliau, dua bulan yang lalu seorang pengumpul di Kuala Lumpur, mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba mengeluarkan 4,000 keping syiling lama untuk dijual.

"Anda boleh mencari aktiviti jualan dan pameran seperti itu hampir setiap hari di negara ini sekarang," katanya.

Goh berkata terdapat pembeli yang berharap untuk membuat keuntungan besar dengan membeli koleksi lama itu pada masa ini dengan harga yang rendah dan menjualnya kemudian.

"Saya memberitahu mereka bahawa ini adalah masa yang baik untuk melabur dalam hobi ini.

"Bagaimanapun mereka tidak harus menetapkan harapan terlalu tinggi, kerana tiada siapa yang akan tahu nilainya pada masa depan," katanya.

Tambahan pula, nilai juga akan jatuh jika pengumpul tidak tahu bagaimana untuk memastikan koleksi berkenaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Goh yang memiliki kira-kira 40 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan mengambil bahagian dalam penjualan dan pameran barangan antik, termasuk setem, duit syiling dan wang kertas
.
















http://www.mstar.com.my/berita/berit...eli-duit-lama/


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...