Lagenda Gusti, Ric Flair, Buat Laporan Polis Dipukul Bini!
Jika di atas pentas, lagenda gusti profesional, Ric Flair merupakan seorang yang kuat dan tangkas dengan badan yang sasa, hinggakan lawannya juga gerun kepadanya.
Selama 45 tahun dia berjaya mengangkat namanya di pentas gusti dan memenangi 30 kejuaraan.
Namun realitinya, Flair berbeza di rumah malah dia rupanya takutkan isteri.
Ini terbukti apabila polis sudah dua kali menerima panggilan daripada penggusti tersebut yang meminta campur tangan pihak berkuasa selepas dia dilaporkan terlibat dalam keganasan rumah tangga.
Pada bulan Februari 2010, isterinya, Jacqueline Bains Beems telah ditahan dalam lokap selepas didakwa menumbuk dan menggigit muka Flair.
Keadaan itu menyebabkan muka juara gusti itu berdarah manakala badannya pula penuh dengan kesan lebam.
Terbaru, pada Isnin lalu apabila pihak polis sekali lagi diminta datang ke kondo mewah milik Flair selepas dia menghubungi 911 bagi meminta pertolongan.
Bagaimanapun, kali ini tiada yang ditangkap atau dibawa ke hospital.
Flair dan Beems bertemu kali pertama pada 2004 ketika penggusti berkenaan membuat penampilan di Chicago.
Mereka kemudiannya telah menjalinkan hubungan selama enam tahun sebelum berkahwin pada 2010.
Mac lalu, Beems telah didakwa kerana memandu dengan cuai ketika di bawah pengaruh dadah.
Sementara Flair pula kini hanya menjadikan gusti sebagai kerjaya masa lapang, namun dia masih muncul di arena profesional.

__________________
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..