Sudah masuk 3 bulan usia perkahwinan
Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi Che Mat. Pastinya Apek dan Leuniey
masih berada di dalam fasa bulan madu. Bercakap mengenai cahaya mata
sebelum ini, kedua-dua pengantin baru ini memberitahu yang mereka tidak
menolak sekiranya diberikan rezeki awal.
Sehingga ke hari ini, masih tiada
pengumuman rasmi daripada mereka berdua mengenai perkara ini. Namun
begitu, kemungkinan Leuniey dengan secara tidak sengaja telah
memberitahu pengikutnya di Instagram bahawa dirinya kini sudah hamil
menerusi salah satu gambar yang diupload ke applikasi sosial tersebut.
Namun hal ini masih tidak boleh
dipastikan kerana Leuniey sememangnya dikenali dengan gurauannya bersama
rakan-rakan rapat. Lagipun kata-kata tersebut dikeluarkan oleh rakan
baik Leuniey, Ezuwan Ismail dan bukannya daripada kata-kata Leuniey
sendiri. Apa pun kalau betul hamil, tahniah diucapkan. Kalau belum,
semoga dimurahkan rezeki dan dipercepatkan urusan.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..