KUALA LUMPUR - 12-Mac 2013 - Malaysia sentiasa memantau laporan media
Filipina mengenai individu yang kemungkinan menjadi dalang di sebalik
insiden pencerobohan di Lahad Datu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, laporan-laporan media yang dipantau ialah mengenai pendedahan penglibatan individu tertentu dalam kejadian itu.
"Pada hemat saya, banyak lagi bukti-bukti yang akan dikeluarkan oleh media Filipina dan ia akan dikeluarkan jika terbukti (laporan itu) kukuh oleh mereka.
Ahmad Zahid berkata, jika individu yang disebut media negara itu merasakan laporan media Filipina itu sebagai tidak benar, mereka boleh menyaman media berkenaan.
Sementara itu, beliau mengingatkan media Filipina agar tidak menulis laporan atau fakta tidak tepat berhubung kejadian di Lahad Datu kerana ia hanya akan mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.
"Saya harap mereka (media Filipina) lebih berhati-hati menulis fakta
yang sebenar," kata Ahmad Zahid sambil sekali lagi menegaskan bahawa
pasukan keselamatan Malaysia tidak menembak atau membunuh
sewenang-wenangnya seperti yang dilakukan penceroboh militan dari
selatan Filipina itu.
Beliau memberi contoh sebuah portal berita Filipina yang memetik seorang rakyat Filipina sebagai mendakwa kononnya pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan, Sabah dan menyuruh mereka berlari sekuat hati sebelum menembak mereka.
Ditanya mengenai kawalan di perairan Sabah sekiranya Op Daulat ditamatkan, Ahmad Zahid berkata: "Seperti yang dinyatakan PM (Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak), kita akan mempunyai kem tetap di Lahad Datu.
"Kem ini menyerupai apa yang dilakukan di Sarawak dalam Markas Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom). Ia bukan sahaja akan libatkan Angkatan Tentera Malaysia, malah akan libatkan polis, Agensi Penguatkuasa Maritim dan Majlis Keselamatan Negara," katanya. - Bernama.
~ SUMBER & KREDIT +Mencari Sinar KasihMu..
Beliau berkata, laporan-laporan media yang dipantau ialah mengenai pendedahan penglibatan individu tertentu dalam kejadian itu.
"Pada hemat saya, banyak lagi bukti-bukti yang akan dikeluarkan oleh media Filipina dan ia akan dikeluarkan jika terbukti (laporan itu) kukuh oleh mereka.
"Saya tak mahu implikasikan pada mana-mana individu, biarlah media
Filipina yang menyebutnya," katanya pada sidang akhbar selepas
mengumumkan Prestasi Kewangan Tahun 2012 Kementerian Pertahanan, di sini
hari ini.
Ahmad Zahid berkata, jika individu yang disebut media negara itu merasakan laporan media Filipina itu sebagai tidak benar, mereka boleh menyaman media berkenaan.
Sementara itu, beliau mengingatkan media Filipina agar tidak menulis laporan atau fakta tidak tepat berhubung kejadian di Lahad Datu kerana ia hanya akan mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.
Beliau memberi contoh sebuah portal berita Filipina yang memetik seorang rakyat Filipina sebagai mendakwa kononnya pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan, Sabah dan menyuruh mereka berlari sekuat hati sebelum menembak mereka.
Ditanya mengenai kawalan di perairan Sabah sekiranya Op Daulat ditamatkan, Ahmad Zahid berkata: "Seperti yang dinyatakan PM (Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak), kita akan mempunyai kem tetap di Lahad Datu.
"Kem ini menyerupai apa yang dilakukan di Sarawak dalam Markas Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom). Ia bukan sahaja akan libatkan Angkatan Tentera Malaysia, malah akan libatkan polis, Agensi Penguatkuasa Maritim dan Majlis Keselamatan Negara," katanya. - Bernama.
~ SUMBER & KREDIT +Mencari Sinar KasihMu..
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..