Ng Zhi Zhi .. penumpang ke sejuta MRT hari ini. - Foto MRT Corp
Kuala Lumpur: Pelajar kolej diraikan sebagai penumpang Transit Aliran Massa (MRT) ke sejuta hari ini, selepas 27 hari perkhidmatan laluan pertama, Sungai Buloh-Kajang (SBK), memulakan operasinya.
Prasarana Malaysia Berhad dan MRT Corp dalam kenyataan bersama berkata, Ng Zhi Zhi dihadiahkan Ipad dan barangan lain termasuk kad Touch 'n Go edisi khas.
Beliau disapa sebaik memasuki pintu masuk tambang di stesen MRT Sungai Buloh oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman dan Pengarah Pengurusan Tanah, Datuk Haris Fadzilah Hassan.
Laluan SBK dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Disember 2016, dengan promosi sebulan perjalanan MRT dan bas pengantara percuma.
Pengguna bagi kedua-dua perkhidmatan itu akan mula membayar tambang pada 17 Januari.
Zohari dipetik sebagai berkata, Rapid Rail akan terus meningkatkan standard perkhidmatan MRT sejajar dengan aspirasi syarikat induknya, Prasarana Malaysia Berhad bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia.
"Ini adalah hari bersejarah buat MRT. Memperoleh sejuta penumpang dalam masa kurang sebulan mencerminkan sambutan amat menggalakkan daripada orang awam," katanya.
Sementara itu, Haris yakin fasa kedua MRT, antara Semantan dan Kajang akan dapat membuka laluannya seperti dijangka iaitu Julai.
"Kerja pembinaan akhir bagi fasa dua, membabitkan seksyen bawah tanah dan selatan sedang giat dijalankan. Pada masa ini, kemajuan (projek) adalah 95 peratus," katanya dalam kenyataan itu.

KREDIT
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..