PENDEKNYA SAAT MEMBESARKAN ANAK ANAK
Satu ketika dulu rumah ini dipenuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurau senda dan bagai lagi. Buku2 pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan di bawah meja. Maka.. kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku2 dan hantar pakaian kotor ke bilik air.
Pagi esoknya.. seorang akan bertanya emak. "Mak... mana pensel saya". Kemudian sorang lagi bertanya, "bedak mana makkk?" Sorang pulak akan tanya,"anak tudung saya mana mak?
Mak segera lupakan jeritan semalam.. "Tu laaa... lain kali jangan sepah barang2."
Mak segera lupakan jeritan semalam.. "Tu laaa... lain kali jangan sepah barang2."
Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak2..😔😔😔 ada katil yg dah kosong. Tmpt sangkut baju pun.. sikit je bajunya.
Apa yg tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran. Mak boleh cam mana satu bau anaknya. Tiap2 anak punyai bau istimewa masing2. Jadi... mak pun hidu udara bilik tu sedalam2nya untuk hilangkan rindu pada anak2.
Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak2. DAN JUGA.. kehangatan badan anak2 di bawah pelukannya masa kecil dulu.
Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur.
Tapi ia seindah padang pasir yang x berpenghuni.
Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit.. suruh anak2 buka atau tutup.
Kamu semua dah ada dunia sendiri.
Dan mak/abah sentiasa memohon.. YA ALLAH... peliharalah anak2 ku walau di mana jua mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.

Nikmatilah waktu yg sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari.
Dedicated to all parents.. untuk kawan2 yang seangkatan dan seusia.😥
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..