CALIFORNIA 10 Jan. – Sebatang pokok gergasi legenda Amerika Syarikat (AS) yang dikenali kerana mempunyai lubang besar pada bahagian teras sehingga boleh dilalui manusia dan kereta hampir tiga abad lalu, akhirnya menyembah bumi kelmarin.
Mail Online melaporkan, pokok gergasi dari jenis sequoia itu yang tumbuh di Taman Negara Calaveras Big Tree di daerah Calaveras, California sejak 1800 lalu tumbang selepas ribut melanda kawasan berkenaan.
Seorang sukarelawan, Jim Allday berkata, pokok yang dinamakan sebagai Pioneer Cabin itu tumbang kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.
“Saya dapat melihat pokok itu menyembah bumi dan seperti jatuh di atas sebuah tasik dengan air melaluinya akibat banjir,” katanya.
Bagaimanapun, masih tidak diketahui punca sebenar yang mengakibatkan Pioneer Cabin tumbang dengan portal San Francisco Chronicle mendakwa insiden itu berlaku kerana sistem akar pokok dan banjir.
Menurut isteri Allday, Joan, struktur pokok itu semakin lemah sejak beberapa tahun lalu dan mula condong.
Ribut kuat melanda kawasan West Coast minggu ini mengakibatkan lebih 1,000 penduduk dipindahkan.
kredit
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..