SINGAPURA: Seorang wanita telah lapan tahun menetap di Lapangan Terbang Changi, lapor Lianhe Wanbao baru-baru ini.
Wanita berkenaan adalah antara lebih 10 yang dipercayai menjadikan lapangan terbang itu 'rumah' mereka, kata media itu.
Berusia dalam lingkungan 50an, wanita yang enggan memaklumkan namanya berkata, dia membeli rumah pangsa tiga bilik di Tampines lapan tahun lalu dan 'menetap' di lapangan terbang itu.
Rumahnya itu disewakan.
Beliau mengakui menjadi mangsa krisis kewangan pada 2008 dan bertindak sedemikian kerana terdesak.
Pada mulanya, dia berhasrat untuk menetap di situ beberapa hari sahaja, bagaimanapun ia berlanjutan sehingga lapan tahun.
Kini, dia akan sentiasa ditemani troli yang penuh denan baju, makanan, kelengkapan dandanan diri dan keperluan harian.
Wanita yang biasanya akan makan di gerai makan di lapangan terbang itu menganggap tinggal di lapangan terbang itu agak selesa kerana di situ ada pasar raya, bilik mandi, penghawa dingin dan Wi-fi percuma, kata Wanbao.
Wanita itu mempunyai pendapatan sewa rumah pangsanya lebih $1,000 sebulan dan kini tidak berdepan masalah kewangan, dan berharap dapat tinggal di rumah yang selesa.
"Saya bercadang menjual rumah pangsa itu dan memohon untuk mendapat unit kediaman lebih kecil untuk keselesaan dirinya," katanya.
Changi Airport Group berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Keluarga dan Sosial dan Pusat Khidmat Keluarga untuk menangani isu berkenaan.
Seorang lagi lelaki yang berusia dalam lingkungan 60an memberitahu Wanbao, dia mula menetap di lapangan terbang itu selepas timbul masalah dengan kenalan serumahnya di Jalan Beach.
Dua tahun lalu, pasangan gelandangan menetap di lapangan terbang itu untuk beberapa bulan telah mendapat perhatian media negara itu. The Straits Times/Asia News Network.
kredit
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..