Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, September 27, 2018

AHLI Parlimen Baling Azeez Abdul Rahim DIreman SPRM






Bekas Pengerusi Tabung Haji Direman Empat Hari


AHLI Parlimen Baling Azeez Abdul Rahim, seorang abangnya dan seorang sepupu mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk permohonan reman berhubung siasatan kes rasuah. 

Azeez, abangnya Latiff dan sepupu mereka itu yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dibawa oleh ke mahkamah pada kira-kira jam 10.35 pagi.

Individu berkenaan dibawa oleh beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiganya ditahan oleh pasukan tersebut semalam dan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM kerana didakwa menerima rasuah.

Sekumpulan kira-kira 50 orang penyokong berhimpun di luar mahkamah sebagai tanda setiakawan.

Laporan media semalam mengaitkan penahanan individu berkenaan dengan kontrak kerajaan di bawah seliaan Azeez.

Kontrak tersebut didakwa diberikan kepada sebuah syarikat yang beliau ada kepentingan.

Media juga melaporkan mereka disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Pada Mei lepas, SPRM menggeledah rumah Azeez di Subang Jaya, Baling dan juga pejabatnya di Jalan Tun Razak.

Pihak berkuasa merampas wang tunai RM500,000 dan wang asing dengan nilai tukaran hampir RM1.2 juta.

Azeez mendakwa wang tersebut untuk membiayai misi ke Gaza, Palestin dan untuk bantuan Ramadan bagi Umno bahagian Baling.

Azeez yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno dilantik ke Lembaga Tabung Haji pada 2011 dan kemudiannya menjadi pengerusi pada 2013 lapor The Malaysian Insight

Kemudiannya laporan dari Malaysiakini mengatakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu direman selama empat hari.

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Abangnya Latiff dan saudaranya Mohamed Nazri turut direman dengan tempoh sama.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Peguam bela S Devanandan berkata ketiga-tiganya ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan beberapa kontrak yang diberikan Lembaga Tabung Haji.



No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...