Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, January 09, 2014

Melaka tolak tuntutan Noor Jan

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka hari ini menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka'.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu.


Beliau berkata, tuntutan Raja Noor Jan Shah mencabar Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan Melaka satu daripada negeri ditadbir dan diurus wakil Persekutuan selaku ketua negeri iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka akan meneliti
Foto
perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan dakwaan mengelirukan terhadap status kesultanan negeri itu.
"Tuntutan sebegini dibuat ketika Melaka menjadi antara negeri termaju di
Malaysia...ini tidak lain cubaan mengambil kesempatan terhadap kemakmuran dan
keharmonian Melaka," katanya dalam sidang berita di Seri Negeri, di sini, hari
ini.

Baru-baru ini, Idris menerima surat daripada Raja Noor Jan Shah yang mahu
perbincangan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai 'Sultan Melaka'
kerana mendakaw beliau mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan
Antarabangsa.

Idris turut kesal dengan tindakan Raja Noor Jan Shah yang cuba mengelirukan
rakyat Melaka dan meminta semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya percaya
dengan dakwaan tidak berasas melibatkan sejarah kesultanan di Melaka.

"Saya juga memohon pihak media supaya melaporkan isu sebegini dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab supaya rakyat tidak terkeliru dengan dakwaan seperti ini," katanya.

Menurutnya, Melaka hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran
yang diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

"Kita tidak mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan oleh
pihak lain.

"Dalam isu Lembaga Adat Naning memberikan pingat baru-baru ini, kita mengiktiraf lembaga itu hanya sebagai sebuah kumpulan adat sahaja, kita tidak
iktiraf mereka memberikan pingat-pingat sedemikian," katanya.

Selain Lembaga Adat Naning, kerajaan negeri turut menerima laporan adanya
individu dikenali sebagai 'Bonda Ratu Kerajaan Melayu Melaka' memberikan pingat
kebesaran di negeri ini.

"Mereka yang menerima pingat daripada pihak ini, kita akan pastikan tidak akan menerima pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka... yang menerima (pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka) kita akan lihat kemungkinan untuk tarik balik (pingat itu)," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...