Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, January 10, 2014

Gaji minimum tukang cuci lantai ditetapkan RM2,577


Gaji lebih tinggi pekerja pembersihan
9 Jan 2014



TINGKATKAN PRODUKTIVITI: Encik Arif Jumaat mendapat gaji lebih tinggi setelah menjalani latihan yang membolehkannya mahir menggunakan mesin pembersih bermotor.


SINGAPURA - Pekerja pembersihan akan mendapat gaji lebih tinggi di bawah model gaji progresif (PWM) yang wajib dilaksanakan oleh syarikat-syarikat pembersihan mulai September ini.

Gaji permulaan asas median bagi pekerja pembersihan akan ditingkatkan kepada $1,000 (RM2,577) sebulan, atau 20 peratus daripada gaji asas median pekerja pembersihan ketika ini.

Bagi pekerja pembersihan yang terlatih, mereka boleh mendapat gaji asas sekurang-kurangnya $1,400 (RM3,608) atau $1,600 (RM4,123) bagi seorang penyelia pembersihan yang menjaga sekumpulan pekerja.

Syarat itu ditetapkan di bawah satu undang-undang baru yang akan dibentangkan di Parlimen bulan ini, menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam.

PWM, yang diperkenalkan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada Jun 2012, bertujuan membantu pekerja bergaji rendah mendapat gaji lebih tinggi menerusi peningkatan kemahiran dan produktiviti.

Model itu penting bagi industri pembersihan dan keselamatan yang sering mendapat permintaan daripada syarikat yang inginkan bekalan pekerja pembersihan dan keselamatan berkos rendah.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan, akan membentangkan rang undang-undang itu dalam Parlimen bulan ini bagi memperkenalkan aturan lesen wajib di bawah Akta Kesihatan Sekitaran Awam yang mewajibkan kesemua perniagaan pembersihan mempunyai lesen beroperasi.

"Satu syarat pelesenan utama bagi syarikat ialah membayar gaji pekerja pembersihan yang ditentukan di bawah PWM.

"Ini tidak kira sama ada syarikat itu mempunyai kontrak atau tidak dengan pemerintah atau entiti komersial,'' ujar Encik Tharman.

Sekitar 55,000 pekerja pembersihan yang mendapat gaji kasar median sebanyak $850 (RM2,190) sebulan ketika ini dijangka meraih gaji lebih tinggi setelah PWM diwajibkan.





~money2gold : sekali kerja tukang cuci di Singapore daaa






No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...