PRU13 sejurus selepas cuti Aidilfitri?
23 Julai 2012
Seperti tulisan-tulisan sebelum ini, ramalan PRU13 berlarutan buat tahun ketiga.
Tidak silap saya, ramalan bahawa PRU13 akan diadakan "dalam waktu terdekat" sudah kedengaran ketika Ramadan 2010. Ketika itu ramai meramalkan Bajet 2011 adalah "bajet pilihan raya" dan PRU13 akan diadakan akhir 2010 ataupun awal 2011.
Ia ternyata meleset!
Ramalan yang sama muncul ketika Ramadan tahun lalu. Bulan Ramadan menjadi tumpuan banyak pihak. Ramai mengatakan bulan Ramadan juga menjadi sebahagian tempoh berkempen secara tidak langsung. Majlis dan program sepanjang Ramadan diatur sedemikian rupa seolah-olah menggambarkan PRU13 tidak lama lagi.
Sekali lagi ia meleset!
Hari ini, kita berada di bulan Ramadan 2012. Sudah pasti PRU13 bukan pada bulan ini. Aidilfitri dijangka jatuh pada 19 atau 20 Ogos ini.
Ia akan disusuli dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
Jika begitu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parliman awal September?
Ini spekulasi terbaru. Tarikh Bajet 2013 pada 28 September juga diambil kira.
Tingkap September 2012 masih menjadi pilihan ramai. Kebanyakan tidak mahu PRU13 diadakan tahun depan.
Dua laporan Bernama semalam tidak memberi gambaran tepat yang PRU13 akan diadakan bulan September.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengumumkan bahawa Umno telah mengerakkan kesemua 6,667 Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk mengukuhkan jentera bagi menghadapi PRU13.
Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini, menurut beliau, telah membuat keputusan untuk mengaktifkan PDM di kesemua 191 bahagian Umno dan 20,000 cawangan di seluruh negara.
Laporan awal pagi semalam memetik tokoh politik Umno, Tan Sri Abdul Aziz Tapa menjangkakan PRU-13 akan diadakan pada tahun depan, bukannya dalam tempoh terdekat ini.
"Pilihan raya kali ini tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat atau tahun ini sebaliknya ia lebih elok diadakan pada tahun depan," katanya.
Tiga hari yang lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas Aidilfitri akan datang.
Alasan digunakan Abdul Hadi ialah N berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.
"Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini.
"Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya.
Beberapa hari sebelum itu Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.
Dalam kenyataannya, Muhyiddin turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang."
Perbualan dengan beberapa penganalisis semalam menunjukkan beberapa gambaran mengenai spekulasi PRU13.
Setengah penganalisis dan pemerharti dengan yakin mengatakan September masa yang sesuai mengambil persekitaran politik dan ekonomi tempatan dan global. Ada yang mengatakan awal November iaitu selepas berakhirnya musim haji. Ada yang mengaitkan November dengan angka "11" pilihan
Najib. Sama ada ia masih menjadi satu faktor sudah untuk diterima sepenuhnya.
Bagaimanapun ramai memilih tempoh tiga minggu pertama September, sebelum sidang Parlimen akan datang, sebagai masa yang terbaik bagi semua pihak - sama ada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) - dari segi persiapan, semangat, 'mood' ahli dan pengikut parti, dan juga 'bebas' masalah-masalah bebas.
Pun begitu beberapa penganalisis juga mengakui bahawa meskipun Najib selaku Perdana Menteri, Presiden Umno dan Menteri Kewangan telah menyelesaikan beberapa isu pokok, masih ada isu yang belum menemui penyelesaian sepenuhnya. Jadi beliau kemungkinan memerlukan beberapa bulan untuk menyelesaikan.
Mandat Kerajaan Pusat semasa mempunyai masa sembilan bulan lagi sebelum ia berakhir di penghujung 2013. Apa pun boleh berlaku sepanjang lapan bulan ini.
Justeru, ruang atau tingkap terbaik semakin mengecil menjelang 28 April 2013. Jadi, Perdana Menteri akan menggunakan ruang kecil, yang terbaik ini - yakni September 2012 - untuk memanggil PRU13.
~sumber
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..