TEMASYA SUKAN OLIMPIK merupakan temasya
sukan yang teragong dan paling berprestij di dunia. Sukan ini bermula
dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis
bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini turut
dikenali sebagai Olimpik Musim Panas diadakan setiap empat tahun sejak
1896 kecuali ketika Perang Dunia. Lima cecincin Olimpik ini direka
bentuk pada tahun 1913, dan diguna buat pertama kali dalam Olimpik Musim
Panas 1920 di Antwerp. Pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah
kembali diadakan di tempat asalnya di Athens, Greece.
Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui
tetapi banyak lagenda tertulis bersama - sama sukan ini. Sambutan
pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun
tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu,
hanya satu acara dipertandingkan.
Sejak itu, sukan mula menjadi penting
dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5
sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai
penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia).
Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan
dijadikan patung.
Temasya yang diadakan empat (4) tahun
sekali ini berjaya menarik penyertaan atlet-atlet terbaik dunia dan
kebiasaannya banyak rekod-rekod dunia yang dicipta di temasya tersebut.
Walaupun hadiah yang diperolehi hanyalah berupa pingat tetapi ianya
tidak menghalang penyertaan atlet-atlet berkenaan. Namun begitu, oleh
kerana prestijnya tinggi, banyak negara memberi insentif lumayan kepada
pemenang-pemenang pingat di temasya berkenaan kerana kejayaan di Sukan
Olimpik akan mendapat liputan yang meluas dan akan menaikkan nama negara
berkenaan di seluruh dunia.
Oleh kerana pertandingan yang semakin
mencabar, penyertaan di Sukan Olimpik bukanlah satu perkara yang mudah.
Kebanyakan sukan telah menghadkan penyertaan dengan menetapkan tahap
kelayakan yang tinggi di samping beberapa jenis sukan yang lain terpaksa
bertanding di pusingan kelayakan mengikut zon atau benua. Ini selaras
dengan hasrat Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menghadkan jumlah penyertaan sekitar 10,000 orang di temasya berkenaan.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..