Kutipan emas: China di depan, Korea Utara ‘mengganas’
30 Julai 2012
CHINA meneruskan penguasaan kutipan emas pada hari kedua Sukan Olimpik 2012 semalam dengan mengumpulkan 12 pingat termasuk enam emas.
Johan Olimpik 2008 Beijing ini mengumpulkan empat perak dan dua gangsa.
Naib Johan empat tahun, Amerika Syarikat (AS) berada di tempat kedua dengan 11 pingat iaitu tiga emas, lima (perak) dan tiga (gangsa).
Ia disusuli lima negara yang mengutip dua emas setakat semalam iaitu Itali, Korea Selatan, Perancis, Korea Utara dan Kazakhstan.
Austrlia, Brazil, Hungary, Belanda, Rusia, Georgia dan Afrika Selatan masing-masing telah menghimpunkan satu pingat emas.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..