Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Saturday, December 21, 2013

Selangor mampu halang tol naik.


OLEH: JANATUL FIRDAUS YAACOB & AHMAD NORMAN ABU TALIB
Tarikh: December 20, 2013
SHAH ALAM – Walaupun dengan pegangan minoriti 30 peratus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam beberapa syarikat konsesi tol, ia ada pengaruh bagi merealisasikan hasrat menghalang kenaikan tol.

Pakar Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin berkata, pegangan 30 peratus saham PKNS dalam syarikat konsesi memanglah dilihat hanya mampu bersuara dan tidak akan memuktamadkan keputusan menghalang kenaikan kadar tol tahun depan.

“Bagaimanapun, jika kena dengan percaturan politik perniagaan, hasrat kerajaan Selangor untuk tidak menaikkan kadar tol boleh terlaksana.

“Walaupun hanya memegang 30 peratus saham, ia tidak mustahil,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kerajaan negeri juga ada kuasa menentukan kadar tol jika percaturan itu berjaya dilaksanakan.

Amir* berkata, kerajaan pusat tidak perlu menunggu kerajaan negeri seperti kerajaan Selangor untuk menghalang kenaikan tol kerana kebanyakan syarikat konsesi lebuh raya di negara ini adalah anak syarikat kerajaan (GLC) Persekutuan.

Katanya, kerajaan Persekutuan berkuasa penuh menghalang kenaikan tol sama ada mengurangkan atau menghapuskannya kerana perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi telah memberi pulangan modal dan keuntungan berlipat kali ganda.

“Tiada sebab untuk dinaikkan kadar tol sedangkan bilangan kenderaan yang menggunakan lebuh raya meningkat tiga kali ganda berbanding sebelum ini.

“Pendapat ini bukan bersifat mempersoalkan tindakan kerajaan namun selaku penganalisis ekonomi sewajarnya tiada istilah syarikat konsesi berdepan kerugian sekiranya tidak menaikkan kadar tol sebaliknya cukup mengekalkan keuntungan,” katanya.

Beliau berkata, rakyat ditekan pelbagai beban selepas PRU13 lalu.

“Pelbagai barangan keperluan seperti gula, petrol, tambang bas, LRT dan tarif elektrik terus mencatatkan peningkatan dan sekarang ini rakyat berdepan kenaikan tol namun pendapatan rakyat masih di takuk lama. Ini jelas menekan rakyat.

“Selepas PRU13, kerajaan langsung tidak menghiraukan bebanan rakyat dengan bertindak menaikkan harga barangan, malah setiap rungutan dan bantahan langsung tidak dihiraukan, harga terus melonjak.

“Ini satu penyakit baru. Rakyat tidak boleh bantah kerana tidak dihiraukan. Kalau nak perintah buktikan kepada rakyat tampuk pemerintahan yang dipilih berupaya laksanakan janji. Takkanlah semua naik sedangkan sebelum dipilih, menabur janji,” katanya.

Jika BN mendakwa kerajaan negeri bawah PR tidak berupaya laksanakan janji, katanya, rakyat boleh menilai sebaliknya dan akhirnya rakyat terkapai-kapai tidak tahu pada pihak mana untuk diharapkan.

“Sekiranya mampu,* kerajaan boleh mempertahankan harga barangan dan perkhidmatan sedia ada untuk tempoh* satu* atau dua tahun ataupun lima tahun mendatang. Kerana jarang sekali kita lihat sekiranya harga barangan itu naik akan diturunkan semula," katanya.










No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...