Tambang bas sekolah naik 40% mulai 1 Januari 2014 jika SPAD tidak umum kadar baru
TAK PA BR1M RM500 boleh cover..nanti awal Februari dapat laa...
BR1M dapat tiap tiap bulan Ke ??? Cer pikir Cer Pikir..
BARANG NAIK !!!
Tambang bas sekolah naik 40% mulai 1 Jan jika SPAD tidak umum kadar baru
MUAR: Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) akan
menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 40% mulai 1 Januari 2014 jika
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mengumumkan kenaikan
kadar baru sehingga hujung tahun ini.
Presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat berkata, ini kerana lebih 10,000 bas
sekolah yang berada di bawah persekutuan itu sudah tidak dapat
menampung peningkatan kos operasi dan sekiranya perkhidmatan diteruskan
mereka akan menanggung rugi.
Pada 26 November lalu, pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata,
pihaknya akan memperhalusi permohonan tersebut kerana setiap keputusan
yang akan diambil adalah melihat kepada kepentingan semua pihak.
Syed Hamid berkata, tidak semudah itu untuk pihaknya meluluskan kenaikan
tambang bas sekolah kerana jumlah yang diminta bukan kecil serta
mungkin tidak dipersetujui pihak lain dan pengusaha bas sekolah sebelum
ini mengenakan bayaran kepada pelanggan mereka lebih daripada apa yang
telah dipersetujui bersama SPAD.
Kata Syed Hamid lagi, mereka berani melakukan perkara tersebut kerana
tahu perkhidmatan bas sekolah merupakan satu keperluan setiap ibu bapa
yang mempunyai anak yang bersekolah dan keadaan itu membuatkannya tidak
ada pilihan lain.
Amali Munif berkata, PPPBSM dimaklumkan pihak SPAD bahawa permohonan
sebelum ini masih dalam peringkat kajian dan sekiranya kadar 40 peratus
itu tidak diluluskan berkemungkinan banyak pengusaha bas akan
menghentikan operasinya.
Selain masalah itu katanya, PPPBSM juga berdepan dengan syarat yang
ditetapkan kerajaan supaya bas sekolah melebihi usia 30 tahun tidak
dibenarkan lagi beroperasi atas faktor keselamatan.
Beliau memberitahu, terdapat 3,000 bas di bawah PPPBSM sudah melebihi
usia 30 tahun dan walapun dalam bajet 2013 kerajaan meluluskan skim
penggantian bas sekolah SPAD melalui pemberian rebat RM10,000, tawaran
itu tidak dapat menyelesaikan masalah.
Menurutnya, klasifisasi bas melebihi 30 tahun sudah tidak selamat
digunakan agak kurang tepat kerana keadaan bas sekolah bergantung
penggunaan, penyelenggaraan dan model kenderaan itu.
sumber
Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Tuesday, December 17, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..