KUALA
LUMPUR 12 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) mengalu-alukan lebih banyak
bank asing termasuk dari Indonesia untuk memohon lesen operasi
perbankan di negara ini.
Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, setakat ini, Bank Mandiri merupakan satu-satunya bank dari Indonesia yang beroperasi di negara ini yang mendapat lesen operasi perbankan sejak tiga tahun lalu.
Katanya, BNM akan memberi kerjasama dan cuba memenuhi keperluan bank-bank asing yang berminat menjalankan operasi di negara ini.

"Dalam tempoh 30 hingga 40 tahun, BNM hanya mengeluarkan lima lesen
perbankan kepada bank asing termasuk Bank Mandiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran pameran lukisan dua negara bertajuk 'Bersama' di sini hari ini. Yang turut hadir ialah Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno.
Pameran Bersama menampilkan 11 pelukis tempatan dengan sembilan pelukis tersohor dari Indonesia.
Ketika ditanya mengenai Bank Dunia yang menyemak turun pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun depan, Zeti berkata, pada tahun depan, beliau optimis bahawa pertumbuhan ekonomi dijangka dicapai sekitar lima peratus sehingga 5.5 peratus.
Pada tahun ini pula, menurutnya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka tumbuh sekitar 4.5 hingga lima peratus.
Katanya, pertumbuhan ekonomi pada tahun depan pula tetap bergantung kepada faktor persekitaran luaran.
"Permintaan domestik telah meningkat di peringkat serantau dengan pertumbuhan tujuh hingga lapan peratus yang menunjukkan perkembangan baik," katanya.

Bank of iraq pun ada lah tu.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..