Bukan Padding! – Tasha Shilla
Selain daripada Neelofa yang mendapat kritikan pedas dengan fesyen peliknya, Tasha Shilla turut mendapat perhatian daripada pengikut tegar perkembangan seni tempatan.
Memang tidak dapat dinafikan, busana yang dipakai oleh Tasha nampak cantik, tiada cacat cela, dan berjaya menyerlahkan bentuk badannya dengan sempurna.
Bagaimanapun, timbul pula spekulasi yang mengatakan Tasha memakai padding supaya bahagian dada dan punggungnya kelihatan lebih menonjol.
Tasha yang dihubungi oleh OHBULAN! sebentar tadi menafikan perkara itu sekeras-kerasnya sambil menegaskan badannya adalah original.
Saya taknak komen banyak pasal ni. Terpulanglah orang nak cakap apa. Apa yang ada di badan saya memang original sebab saya selalu amalkan senaman. Saya tak perlukan padding.Dalam masa yang sama, Tasha juga berkongsi serba sedikit mengenai hubungannya bersama seorang jejaka bernama Hans yang sering menemaninya sejak kebelakangan ini.
Kalau orang kat luar sana nak bentuk badan macam saya, pergilah buat senaman. Kawan saya, Sakinah pun dah buat kelas senaman, boleh ikut serta untuk miliki badan yang cantik dan sihat.
Memang saya berkawan rapat dengan dia. Untuk beritahu yang kami bercinta atau dia kekasih saya, itu mustahil. Sebab bagi saya, selagi kami belum berkahwin lebih elok rasanya saya katakan kami sedang berkawan dan saya bahagia sekarang ni.Mengenai kerjaya pula, Tasha kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk sebuah drama berjudul Gerimis Salju Naminara di samping Afiq Muiz dan Nazim Othman sehingga bulan April sebelum memikirkan untuk menerima tawaran lain pula selepas ini.
~ KREDIT SUMBER ~
Pose Istimewa utk Peminat Tasha
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..