Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, February 27, 2014

Kantoi isi diesel guna dua nozzle serentak.

BUKIT MERTAJAM - Sepasukan penguat kuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (PPDNKK) Cawangan Seberang Perai Tengah (SPT) menggagalkan cubaan penyelewengan diesel bersubsidi yang dianggar bernilai RM4,000 di stesen minyak Jalan Baharu, dekat sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK SPT, Md Nasir Mohamed berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa yang menahan sebuah lori yang sedang mengisi diesel menggunakan dua muncung pam (nozzle) serentak.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua tangki di dalam lori yang mampu menampung sehingga 2,000 liter diesel setiap satu.

“Sebanyak 1,900 liter diesel yang diisi dan pemandu berusia 28 tahun itu ditahan bagi manakala pam minyak terbabit disita sehingga siasatan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, intipan dilakukan sejak dua minggu lalu selepas menerima maklumat orang awam.

Menurutnya, modus operandi yang dijalankan berbeza masa dan mereka sering kali memilih lokasi berlainan bagi mengelakkan dari dikesan.

“Berdasarkan siasatan awal kesemua diesel ini dikumpulkan sebelum dibawa ke sempadan oleh pemborong.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1991 yang mana tertuduh boleh didenda maksimum RM100,000, tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu manakala denda RM200,000 untuk kesalahan pertama dan kesalahan kedua, RM500,000 bagi syarikat jika sabit kesalahan,” katanya.




~ sumber

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...