Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, February 21, 2014

Raja Brook Alaf Baru: Saya seperti Ratu England - Taib Mahmud





Nahh..Saya seperti Ratu England, tidak akan campur tangan, kata Taib
lepas jadi macam ratu england ..apa plak dia nk jadi lpas ni kan??
kahh..kahh..kahhhh

Raja Brook Alaf Baru: Saya seperti Ratu England, tidak akan campur tangan, kata Taib

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud memberi jaminan tidak akan campur tangan dalam pentadbiran pengantinya, Tan Sri Adenan Satem, tetapi bertindak seperti Ratu Elizabeth dalam memerintah England.
Dalam wawancara media yang mungkin terakhir oleh Taib, beliau berjanji hanya akan memberikan pandangan jika diminta selepas melepaskan jawatan itu hujung bulan ini.
"Jika mereka tidak (minta), saya tidak akan beri," katanya.
Di tengah-tengah spekulasi bahawa beliau akan "memerintah dari Astana", Taib berkata, peranannya sebagai Yang Dipertua Negeri hanya akan sama seperti Queen of England yang menjadi model pentadbiran Sarawak selama ini.
"Tidak semestinya mereka mematuhi pandangan saya," katanya.
Taib yang kelihatan gembira bertemu media hari ini juga berkata, Adenan tidak semestinya meminta nasihat daripada beliau.
Katanya, belia, Adenan dan lain-lain pemimpin kanan dalam pentadbiran "membesar bersama" dan berkongsi pengalaman bersama dalam mengendalikan politik serta bagaimana mahu membangunkan negeri.
"Dia juga tahu sebagaimana saya tahu apa yang hendak dibuat dalam 10 tahun akan datang ini.
"Saya tidak tahu sama ada dia memerlukan nasihat saya.
"Jika kepimpinan baru mahukan pandangan, saya bersedia berbuat demikian."

Katanya, berdasarkan sistem pentadbiran ala British, beliau yakin Adenan dan pentadbirannya tidak semestinya meminta nasihat beliau.
"Jika dia (Adenan) menasihati saya, saya mesti mengikutinya selaku ketua negeri.
"Tetapi nasihat saya kepada dia berbeza. Ia hanyalah salah satu pandangan yang dia terima.
"Negeri hanya memerlukan seorang bos iaitu ketua menteri," katanya.
Apabila Taib menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Yaakub sebagai ketua menteri pada 1981, dikatakan bapa saudaranya yang dilantik sebagai ketua negeri cuba memerintah negeri dari Astana.
Perhubungan antara Taib dan bapa saudaranya sangat panas dan menghasilkan krisis politik yang bergelora, termasuk kes Ming Court pada 1987 di mana Abdul Rahman – bukan lagi ketua negeri – cuba menjatuhkan Taib dengan bantuan beberapa Adun.
Taib membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya kecil di mana beliau menang dengan beberapa undi sahaja.




No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...