Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, February 17, 2014

7 empangan di tahap kritikal.


SEREMBAN – Kerajaan negeri meminta kerjasama daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Meteorologi untuk melaksanakan pembenihan awan serta-merta bagi membantu menangani musim kemarau yang berlaku, memandangkan tujuh empangan di negeri ini sudah berada dalam tahap kritikal.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya tidak mahu menunggu saat terakhir untuk berbuat demikian sebelum keadaan yang teruk berlaku.

“Bagaimanapun terpulang kepada kerjasama MKN dan Jabatan Meteorologi untuk membantu kita dalam menangani masalah kemarau ini, kerana langkah itu (pembenihan awan) boleh dilakukan di sini untuk menghasilkan hujan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak supaya satu bentuk keputusan akan dapat dibuat segera.

Dalam perkara berkaitan, menurut Mohamad, pihaknya telah memutuskan beberapa pelan tindakan untuk memastikan supaya kebergantungan penggunaan bekalan air di Empangan Sungai Terip yang selama ini membabitkan beberapa kawasan dapat dikurangkan.

“Pelan tindakan pertama adalah mengaktifkan semula paip-paip lama semasa kita menghadapi masalah kemarau 2006 terutamanya di kawasan Rasah dan Mambau di mana kita akan salurkan bekalan air ke kawasan tersebut daripada Loji Rawatan Air Kuala Sawah,” katanya.

Menurutnya, Loji Rawatan Air Kuala Sawah yang berkapasiti 20 juta gelen air sehari itu menyalurkan bekalan air ke kawasan Rantau dan separuh kawasan Port Dickson mempunyai lebihan 6 juta gelen air sehari.

“Dengan lebihan bekalan air diloji tersebut, kita akan mengubahsuai dari segi pengagihan bekalan air membabitkan sekitar kawasan Seremban yang selama ini bergantung kepada bekalan dari Empangan Sungai Terip .

Apabila langkah itu dilakukan ia boleh mengurangkan penggunaan air dari Empangan Sungai Terip sebanyak enam hingga 10 juta gelen sehari dan dalam masa sama mampu menyimpan bekalan air sehingga 60 hari daripada 43 hari sebelum ini.

Mohamad berkata, pihaknya turut meluluskan kos perbelanjaan sebanyak RM2 juta untuk membina paip baharu bagi menyalurkan bekalan air menerusi Loji Rawatan Air di Springhil ke sekitar kawasan Sendayan.

*“Apabila kerja pembinaan paip dan jajaran baharu ini dapat disiapkan dalam masa kira-kira dua minggu ini, kawasan Sendayan akan mendapat bekalan air terus daripada Loji Rawatan Air di Springhill berbanding memperoleh bekalan air sebelumnya dari Loji Sawah Raja,” katanya.

Sehubungan itu, beliau juga berharap semua rakyat di negeri ini dapat menggunakan air dengan berhemah selain memahami keadaan yang sedang berlaku.

“Jangan membazir penggunaan air, kita tidak perlu panik kerana belum masanya air dicatu. Bagaimanapun saya tidak menafikan ada sesetengah kawasan yang mengalami gangguan air, keadaan ini berada dalam radar kita namun begitu saya akan berusaha menangani masalah ini dengan sebaik mungkin,” katanya.


2 comments:

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...