Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, February 18, 2014

18 lelaki ditahan berlatih guna senjata tiruan M16, AK47 dalam ladang kelapa sawit



Mohd. Kamil (tengah) menunjukkan senjata api tiruan yang dirampas ketika mengadakan sidang akhbar di IPD Segamat semalam.
Segamat: Polis menahan 18 lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an di sebuah ladang kelapa sawit di Jementah dekat sini, selepas dipercayai berlatih menembak menggunakan raifal tiruan, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang itu, polis turut merampas 14 senjata api tiruan termasuk menyerupai M-16 dan AK-47.



Difahamkan, tangkapan itu dibuat selepas polis menerima maklumat daripada seorang pekebun yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dan mencurigai kehadiran sekumpulan lelaki lengkap berpakaian ala tentera berlatih menembak menggunakan senjata itu.

Menurut sumber, bimbangkan keselamatan penduduk berhampiran, pekebun itu membuat laporan di Balai Polis Jementah sebelum sepasukan polis tiba bagi melakukan siasatan.


Foto




Ketika bertemu kumpulan terbabit, katanya, polis dimaklumkan bahawa mereka anggota sebuah Kelab Sukan di Johor Bahru dan melakukan aktiviti menembak menggunakan senjata tiruan.


Berikutan itu, polis merampas 14 senjata tiruan yang menggunakan bateri dan 18 pakaian ala tentera untuk siasatan lanjut, katanya.

Menurut sumber itu lagi, daripada 18 lelaki yang ditangkap itu, empat orang telah dibebaskan manakala 14 lagi ditahan reman sampai esok untuk siasatan lanjut.



~sumber~




SENJATA api tiruan yang dirampas daripada sekumpulan lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Segamat.



5 ORANG DI TAHAN GARA2 "AIRSOFT GUN" DI LADANG KELAPA SAWIT, JEMENTAH.

SEKUMPULAN LELAKI SEDANG BERKUMPUL BERPAKAIAN CELORENG BERSAMA BEBERAPA LARAS PERALATAN MENYERUPAI SENJATAPI TELAH DI TAHAN UNTUK SOAL SIASAT.

1) Siasatan awal yang dijalankan mendapati terdapat (5) orang dari saspek yang masuk pertubuhan airsoft negeri iaitu penama di para 2,8,13,15,14,16,17. Pertubuhan di didaftar pada 2/10/13.

2) Permohonan lesen senjata tiruan telah dipohon pada bulan Disember 2013 di IPD Johor Bahru Selatan, masih dalam proses.

3) Rampasan 14 laras senjata pelbagai jenis disyaki tiruan, 20 magazine, pelbagai aksesori senjata dan 1 baju celoreng. Hasil soal siasat senjata milik penama di para 1,2,5,8,9,11,14,17,18 di beli secara online ( internet.)

4) Senjata menggunakan bateri dan gunakan pellet plastik sebagai peluru.

5) Kebun sawit adalah milik para (1) dan tiada kebenaran dari Polis utk anjurkan permainan 'perang' berkenaan.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...