Semakan Penyata Slip Gaji – Gaji Baru SSM 2012 + Tunggakan Minggu Hadapan?
Setakat maklumat yang diketahui setakat ini, tangga gaji masih perlu menunggu jawatankuasa/suruhanjaya yang dibentuk akan menyemak dan bakal dikeluarkan hujung tahun ini. Setakat ini, formula yang sudah diketahui ramai sebanyak 13% ditambah dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) baru akan digunakan buat sementara waktu. Slip gaji?
Pelaksanaan SSM ini hanya untuk sementara sahaja di mana suruhanjaya ditubuhkan dan bersidang untuk mengkaji skim baru bagi kakitangan awam. SSM yang ada sekarang ini pun dalam diam-diam sudah mahu menginjak masuk ke tahun yang ke 10 tahun pada tahun hadapan. Jadi memang sudah sampai masa dan ketikanya untuk dirombak dan digantikan. Setakat ini slip gaji bulan April masih belum dikeluarkan lagi tetapi ada sesetengah yang sudah menerimannya seperti kakitangan kerajaan negeri.
Ada yang bertanya adakah sempat untuk “merasa” gaji baru SSM bulan ini? Apa yang boleh kami katakan, hampir pasti dapat. Minggu hadapan pelarasan gaji baru SSM+ tunggakan gaji. Nasihat kami, apabila dah dapat nanti anda perlu membuat semakan kiraan semula ini kerana terdapat sesetengah jabatan yang masih lagi kelihatan agak samar-samar bab pengiraan yang ada sekarang ini supaya dapat mengurangkan kesilapan yang berlaku
Dilaporkan terdapat badan berkanun seperti universiti, yang mana gaji baru sudah dimasukkan di dalam sistem. Maknanya hanya perlu menghitung hari dan ketikanya untuk menerima gaji baru SSM. Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan sebarang kemaskini yang terbaru bersama rakan-rakan anda di sini….
P/S : Tunggu slip gaji pada 21 April 2012 ini
PP/S : Apabila dah dapat pelarasan gaji baru SSM nanti, seperti biasa anda bakal berhadapan serangan bertubi-tubi daripada agen Pinjaman peribadi, pandai-pandailah anda mengawalnya dan menepisnya…
gaji dh msuk dh ni..
ReplyDeleteleh la blnje ye..
hehehe...